Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) atau Karnival Jom Masuk U Tahun 2020 dijangka akan diadakan di beberapa lokasi atau zon di seluruh Malaysia dari hujung bulan Januari sehingga April 2020. Bagi tahun 2021 akan dikemaskini
Karnival KPTN akan memasuki edisi ke 15 pada tahun 2020 ini dan program karnival adalah anjuran Jabatan Pengajian Tinggi (JPT). Tujuan penganjuran adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai terutama para pelajar dalam mendapatkan maklumat terperinci berkaitan program pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Malaysia (ILKA).
KPM telah mengumumkan untuk membatalkan semua program Jom Masuk IPT 2020 bagi 4 zon iaitu di Perak Terengganu, Sarawak dan Selangor | ||
Pembatalan ini adalah bagi mencegah penularan wabak COVID-19 dengan mengelakkan perhimpunan yang melibatkan orang ramai. Diharap semua anggota masyarakat bertanggungjawab untuk mengamalkan kebersihan diri dengan baik dan mengikuti semua saranan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia |
TARIKH DAN LOKASI KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA TAHUN 2021
Pelajar yang ingin melanjutkan pengajian tinggi mereka adalah disarankan untuk hadir ke Karnival KPTN kerana mereka boleh berjumpa terus dengan wakil-wakil dari universiti dan kolej semasa pameran. Ianya untuk mendapatkan maklumat melanjutkan pengajian, pembiayaan pendidikan dan syarat-syarat kelayakan yang diperlukan.
Manfaat hadir ke karnival Jom Masuk IPT |
1. Mendapatkan maklumat mengenai institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini termasuk pelbagai program yang ditawarkan |
2. Mendapatkan maklumat jelas berhubung peluang melanjutkan pengajian di IPT termasuk program ditawarkan mengikut kesesuaian kelayakan akademik seseorang pelajar |
3. Memudahkan pelajar untuk membuat keputusan yang tepat dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kelak |
4. Memberi idea dalam melanjutkan pengajian tinggi dan halatuju pengajian seterusnya |
5. Mendapat nasihat pemilihan program pengajian dari wakil IPT |
6. Memperolehi maklumat yang lanjut berkaitan pilihan program pengajian yang diminati |
7. Membuat perbandingan di antara satu institusi dengan institusi pengajian tinggi yang lain |
Para pelajar adalah digalakkan untuk membawa keputusan peperiksaan yang terkini semasa di Karnival KPTN nanti |
Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara Tahun 2020 (Karnival Jom Masuk U)
Berikut dikongsikan Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2020 (KPTN) atau Jom Masuk U. Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh, lokasi dan negeri/zon. KPTN 2020 telah diadakan dari hujung bulan Januari sehingga awal bulan April 2020.
JADUAL KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA TAHUN 2020 | ||||||||||||||
ZON 1 / JOHOR
| ZON 2 / PAHANG
| ZON 3 / KEDAH
| ||||||||||||
ZON 4 / SABAH
| ZON 5 / PERAK
| ZON 6 / TERENGGANU
| ||||||||||||
ZON 7 / SARAWAK
| ZON 8 / SELANGOR
| |||||||||||||
|
Untuk maklumat lengkap berhubung dengan Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan Tinggi Negara tahun 2019, sila layari maklumat penting yang disertakan di bawah
|
|