Tanda dan tarikh malam Lailatul Qadar 2017 di Malaysia

07:01 MYredaksi

Maklumat terkini untuk artikel ini telah dikemaskini pada 14 Jun 2017 jam 09:06 PM

Tanda Dan Kelebihan Doa Malam Lailatul Qadar

Sepuluh malam terakhir Ramadhan merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan tertentu

Terdapat satu malam, dalam 10 malam terakhir di bulan Ramadhan yang diyakini paling istimewa iaitu Malam Lailatul Qadar

Malam Lailatul Qadar yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam merupakan satu malam penuh rahmat dan nikmat paling besar daripada Allah S.W.T

TANDA DAN ALAMAT MALAM LAILATUL QADAR

Bulan Ramadhan, Al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan Hadis Rasulullah S.A.W di antaranya firman Allah SWT

Tanda Malam Lailatul Qadar
Ada beberapa pendapat berhubung dengan tanda atau alamat malam Lailatulqadar antaranya seperti berikut
BetulOrang yang menemui malam Lailatulqadar, dia akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita
BetulMendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat
BetulMerasakan bahawa segala yang ada di bumi dan di langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah
Info
Sebagai kesimpulannya, yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadhan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar
Tarikh berlakunya Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, bila atau masa dan kepada siapa yang dapat dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendakiNya
Secara umumnya tiada ibadah khusus yang ditetapkan. Bagaimanapun, umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam yang kesepuluh akhir bulan Ramadhan iaitu dengan mengerjakan sembahyang terawih, membaca Quran, berzikir, berdoa, memohon keampunan dan sebagainya kerana sesungguhnya Allah S.W.T. akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut

Tarikh 10 Malam Terakhir Ramadhan Lailatul Qadar 2017

VIDEO CERAMAH TANDA MENDAPATKAN MALAM LAILATUL QADAR

 

Butang FacebookButang TwitterButang Google