Menurut sumber, Kejohanan bola sepak Piala Malaysia 2020 juga edisi ke-94 akan membuka tirai saingan bermula pada 6 November 2020 dan kemuncak saingan iaitu perlawanan akhir (final) dijadual berlangsung pada 22 November 2020
Format pertandingan TM Piala Malaysia akan dirombak berikutan pandemik COVID-19 di mana tiada saingan peringkat kumpulan akan diadakan dan hanya 16 pasukan akan beraksi secara kalah mati satu pusingan termasuk suku akhir dan separuh akhir
16 pasukan yang layak beraksi dalam saingan Piala Malaysia 2020 terdiri dari 11 pasukan Liga Super dan 5 pasukan Liga Premier dan setiap pasukan di undi untuk perlawanan secara kalah mati termasuk perlawanan suku akhir dan separuh akhir. Undian untuk menentukan perlawanan awal dan juga pasukan tuan rumah akan dilakukan sebelum kejohanan manakala Shopee Piala FA dan Challenge Cup tahun ini dibatalkan.
Telekom Malaysia (TM) yang menarik diri menjadi penaja utama Piala Malaysia bagi musim 2019 telah bersetuju menaja semula dan kini dinamakan sebagai TM Piala Malaysia 2020. Untuk edisi kali ini, pasukan Johor Darul Takzim adalah juara bertahan selepas menewaskan Kedah dengan jaringan 3-0 pada perlawanan akhir musim lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil
Senarai Sub-Topik
Jadual Terkini Keputusan Dan Kedudukan Carta Piala Malaysia 2020
Jadual keputusan dan kedudukan carta Piala Malaysia 2020 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
INFO TERKINI: PEMBATALAN TM PIALA MALAYSIA 2020
Malaysian Football League (MFL) telah mencapai kata sepakat untuk mengumumkan pembatalan kejohanan TM Piala Malaysia 2020 berkuatkuasa 12 November 2020 susulan keputusan penangguhan oleh MKN
Berikut adalah perincian kejohanan bola sepak Piala Malaysia 2020 yang merangkumi jadual perlawanan terkini, keputusan dan kedudukan carta melibatkan semua pasukan yang bertanding dengan bermula saingan peringkat kumpulan sehingga ke peringkat akhir sebagai rujukan umum
Nota
Tarikh, jadual perlawanan dinyatakan adalah rasmi serta masih tertakluk kepada pindaan semasa oleh Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP). Sebarang perubahan pada jadual perlawanan akan dikemaskini dengan kadar segera
1. Saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2020 dimainkan secara satu pusingan sahaja (kalah mati)
2. Pemenang di pusingan suku akhir dan pemenang pada peringkat seterusnya (separuh akhir) akan mara ke perlawanan akhir (Final)
JADUAL PERLAWANAN PIALA MALAYSIA 2020 (ROUND OF 16)
Game/ Tarikh
Masa
Tuan Rumah
Venue
Pelawat
6 Nov
9:00PM
Pulau Pinang
3 – 1
Felda United FC
6 Nov
9:00PM
Kedah
3 – 2
Pahang
6 Nov
9:00PM
JDT
1 – 0
Kuching FA
–
–
Kuala Lumpur
BYE
–
7 Nov
9:00PM
Terengganu FC
1 – 0
PJ City FC
7 Nov
9:00PM
Perak
4 – 0
Kelantan United FC
8 Nov
9:00PM
UiTM FC
3 – 2
Kelantan
8 Nov
9:00PM
Selangor
2 – 1
Melaka
JADUAL PERLAWANAN SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA 2020
Game/ Tarikh
Masa
Tuan Rumah
Venue
Pelawat
9:00PM
Pulau Pinang
–
UiTM FC
9:00PM
JDT
–
Kuala Lumpur
9:00PM
Terengganu FC
–
Perak
9:00PM
Kedah
–
Selangor
JADUAL PERLAWANAN SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA 2020