Jumlah Calon Pelajar Gred A SPM 2015 Mengikut Negeri

Pendidikan

Pendidikan

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2015 telah diumumkan secara rasmi pada hari Khamis, 3 Mac 2016 oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof

Keputusan SPM 2015 menyaksikan seramai 9,721 orang calon telah mendapat keputusan cemerlang (Gred A+, A, A-) dalam semua mata pelajaran, namun pencapaian tersebut dicatat menurun 0.25 peratus berbanding 11,289 calon pada 2014

Pencapaian keseluruhan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2015 adalah menurun berdasarkan indeks Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 5.15 mata berbanding 5.08 pada 2014

Jumlah Calon Atau Pelajar Mendapat Keputusan Gred A (Cemerlang) SPM 2015 Mengikut Negeri

Berikut ringkasan laporan berhubung dengan jumlah pelajar yang memperoleh keputusan Gred A (cemerlang) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 mengikut negeri

Kedah

  • Jumlah calon SPM 2015 di negeri Kedah yang memperoleh gred A atau cemerlang bagi semua mata pelajaran dicatat menurun berbanding tahun sebelumnya iaitu daripada 484 calon kepada 446 calon. Penurunan itu melibatkan seramai 38 calon atau 0.09 peratus
  • Pencapaian keseluruhan calon sedikit menurun dengan nilai Gred Purata Nasional (GPN) 5.23 mata berbanding 5.19 mata pada tahun 2014
  • Berdasarkan GPN, pencapaian calon bandar dan luar bandar memperoleh 5.12 mata dan 5.52 mata yang mana keputusan itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya

Perak

  • Seramai 890 atau 2.66 peratus daripada 33,493 calon sekolah kerajaan yang menduduki SPM di Perak memperoleh keputusan cemerlang semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil
  • Keputusan berkenaan menurun sedikit berbanding 934 calon yang cemerlang tahun sebelumnya
  • Berdasarkan indeks Gred Purata Negeri (GPN) 2015 pula adalah 5.22 berbanding 5.20 pada 2014, penurunan sebanyak 0.02 mata

Kuala Lumpur (KL)

  • Seramai 578 calon SPM 2015 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memperoleh keputusan cemerlang semua A (A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran diduduki berbanding 776 calon pada 2014
  • Indeks Purata Negeri (GPN) bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 2015 adalah 4.85 iaitu menurun 0.12 mata berbanding 4.73 pada 2014
  • Pencapaian negeri ini adalah jauh lebih baik mengatasi GPN nasional iaitu 5.15
  • Sejumlah besar calon yang memperoleh keputusan cemerlang ini terdiri daripada kumpulan calon yang menduduki sembilan dan 10 mata pelajaran

Selangor

  • Sebanyak 1,629 calon SPM 2015 di Selangor telah memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran yang diduduki
  • Berbanding pada SPM 2014, Selangor memperoleh GPN 4.95 dan Jumlah berkenaan menunjukkan penurunan sebanyak 0.11
  • Penurunan GPN bagi keputusan SPM 2015 berikutan bilangan calon mendapat A dan A+ berkurangan

Kelantan

  • Jumlah calon cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 di Kelantan meningkat 26 orang menjadi 340 calon, berbanding tahun sebelumnya
  • Semua calon itu memperoleh Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran yang diambil, manakala lima orang dinobatkan terbaik Kelantan
  • Secara keseluruhan 21,601 orang daripada 32,431 calon berdaftar lulus dan layak untuk memperoleh sijil
  • Gred Purata Negeri (GPN) adalah 5.03 menyamai pencapaian pada 2014, serta mengatasi Gred Purata Nasional

Sabah

  • Seramai 142 calon SPM 2015 di negeri Sabah memperoleh Gred A bagi semua mata pelajaran dan jumlah berkenaan menurun berbanding jumlah 160 orang yang memperoleh keputusan sama pada tahun 2014
  • Jumlah calon yang lulus semua mata pelajaran menunjukkan peningkatan seramai 15,352 orang berbanding 13,030 orang pada tahun 2014

Pahang

  • Prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 di negeri Pahang menunjukkan penurunan apabila hanya 306 calon mendapat keputusan cemerlang semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding 341 calon pada 2014

Johor

  • Seramai 1,099 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 di negeri Johor telah berjaya mendapat keputusan cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki
  • Pencapaian tersebut bagaimanapun mencatat sedikit penurunan sebanyak 0.04 peratus berbanding keputusan tahun lalu iaitu 1,204 calon pada tahun 2014
  • Pada tahun 2015, sebanyak 52,512 calon telah menduduki peperiksaan terdiri daripada pelbagai kategori calon berbanding 54,731 pelajar bagi tahun 2014 berkurangan sebanyak 2,219 calon
  • Indeks Gred Purata Nasional (GPN) adalah sebanyak 5.06 mata berbanding 5.00 bagi tahun lalu. GPN SPM negeri Johor mengatasi GPN Nasional sejak 2011

Negeri Sembilan

  • Seramai 586 calon SPM 2015 di Negeri Sembilan memperoleh keputusan cemerlang
  • Pencapaian calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 di kawasan luar bandar adalah lebih baik berbanding kawasan bandar
  • Daripada jumlah itu 586 atau 3.74 peratus calon mendapat semua A bagi semua mata pelajaran
  • Gred Purata Negeri (GPN) adalah 4.90 iaitu penurunan sebanyak 0.05 mata berbanding pada tahun 2014 iaitu 4.85

Terengganu

  • Seramai 360 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 di negeri Terengganu telah berjaya mendapat keputusan cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki
  • Peratusan calon mendapat semua A (A+, A, A-) bagi semua mata pelajaran juga meningkat, iaitu seramai 360 calon tahun lalu berbanding 348 calon tahun
  • GPN SPM tahun 2015 dicatat sedikit menurun, iaitu daripada 5.00 kepada 5.06 tahun ini, namun masih mengatasi Gred Purata Nasional iaitu 5.15

Melaka

  • Seramai 280 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 di negeri Melaka telah berjaya mendapat keputusan cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki

Pulau Pinang

  • Seramai 745 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 di negeri Pulau Pinang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki

Sarawak

  • Seramai 582 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 di negeri Sarawak telah berjaya mendapat keputusan cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki

Perlis

  • Seramai 41 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 di negeri Perlis telah berjaya mendapat keputusan cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan