Petrol merupakan antara keperluan utama rakyat di setiap negara dan juga komoditi terpenting di dunia. Harga jualan runcit petrol di sesebuah negara lazimnya bergantung pada harga minyak dunia serta beberapa lagi faktor termasuklah polisi kerajaan. Kerajaan Malaysia sememangnya telah lama mengambil berat tentang hal ini dengan memberikan subsidi secara pukal kepada seluruh rakyat. Terkini, kerajaan mengumumkan pengenalan Program Subsidi Petrol yang akan bermula pada tahun 2020. bagi meringankan beban kepada rakyat yang berkelayakan dan memerlukannya
Program Subsidi Petrol (PSP) merupakan program subsidi secara bersasar seperti yang diumumkan pada Belanjawan 2020. Seperti yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan Janji-7 iaitu menyediakan subsidi minyak bersasar, kerajaan telah memperkenalkan PSP melalui prinsip pengagihan semula subsidi yang saksama dan juga dasar berpandukan data. Ini bermaksud, hanya mereka yang benar-benar layak akan menerima bantuan tersebut.
Pemilihan calon penerima yang layak menerima bantuan ini dilakukan secara teliti menerusi silang semak data di Jabatan Pengangkutan Jalan dan juga data Kementerian Kewangan (Bantuan Sara Hidup). Penilaian juga mengambil kira pelbagai faktor lain seperti pendapatan seisi rumah. jumlah pemilikan kenderaan serta kriteria kenderaan itu sendiri sebelum layak menerima bantuan PSP. Seperti diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), seramai 2.9 juta orang dijangka bakal menerima manfaat PSP.
Terkini, Belanjawan 2020 telah dibentangkan dan PSP turut akan diberikan kepada bukan penerima BSH yang dijangka akan dilaksana bermula suku pertama 2020. Justeru, bagi yang layak menerima boleh membuat semakan secara atas talian di Portal yang disediakan khas oleh KPDNHEP. Namun, sekiranya nama tidak tersenarai tetapi melepasi syarat kelayakan dan kriteria yang diberikan boleh membuat permohonan rayuan seperti cara yang disediakan di bawah.
Borang Permohonan Rayuan Program Subsidi Petrol (PSP) Secara Online
Kemaskini: Penangguhan Pelaksanaan PSP
Pelaksanaan PSP akan ditangguhkan dari bulan Januari 2020 sehingga ke suatu tarikh yang akan diumumkan nanti. Tujuan penangguhan ini adalah untuk memberi ruang kepada golongan isi rumah berpendapatan pertengahan 40 peratus (M40) untuk menjalani proses pendaftaran penerima yang bakal dikendalikan Kementerian Kewangan
Berikut akan dikongsikan maklumat mengenai Permohonan Rayuan Program Subsidi Petrol (PSP) termasuklah cara membuat permohonan secara atas talian, tarikh penting serta informasi lanjut berkenaan PSP.
Tarikh Permohonan Rayuan Program Subsidi Petrol (PSP)
- Dibuka : 15 Oktober 2019
- Ditutup : 30 November 2019
Aplikasi Permohonan Rayuan PSP KPDNHEP Online
- Portal KPDNHEP :Permohonan Rayuan Program Subsidi Petrol
Cara Mohon Rayuan Program Subsidi Petrol (PSP)
1. Layari pautan yang disediakan di atas dan klik butang “Semak Kelayakan”
2. Masukkan No. Kad Pengenalan (MyKad), tandakan kotak kosong “Saya faham dan bersetuju” dan klik butang “Semak”
3. Paparan keputusan kelayakan akan ditunjukkan dan sekiranya gagal, klik butang “Ingin Merayu”
4. Isikan nama penuh, pilih Nama Bank serta masukkan No. Akaun bagi akaun bank tersebut dan klik butang “Simpan”
5. Permohonan rayuan telah berjaya direkodkan.
Rujuk Panduan: Manual Penggunaan PSP
Penerangan Status Semakan Kelayakan PSP
Kod | Penerangan |
KOD01 | Tiada rekod sebagai penerima BSH |
KOD02 | Alamat pemohon di Sabah/Sarawak/Labuan |
KOD03 | Tiada kenderaan berdaftar dengan JPJ |
KOD04 | Tidak menepati kriteria kelayakan kenderaan yang ditetapkan |
KOD05 | Melebihi kelayakan pemilikan kenderaan yang ditetapkan |
Tarikh Keputusan Permohonan Rayuan PSP
- Dibuka : –
- Ditutup : –
Tempoh keputusan permohonan rayuan PSP akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja diumumkan
Syarat kelayakan penerima PSP yang dikongsikan di bawah adalah berdasarkan Portal PSP KPDNHEP. Bagi kategori baru iaitu penerima bukan BSH seperti diumumkan ketika Belanjawan 2020, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja diperolehi. |
Syarat Kelayakan Penerima
Pemohon mestilah menepati SEMUA syarat kelayakan yang ditetapkan seperti di bawah untuk menerima manfaat PSP
1. Penerima BSH iaitu berpendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah serta beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja
2. Memiliki kenderaan persendirian yang berdaftar dengan JPJ
3. Lesen Kenderaan Motor yang dimiliki juga hendaklah masih sah tempoh laku
4. Kadar had pemilikan maksimum adalah 2 buah kereta dan 2 buah motosikal sahaja
5. Kenderaan yang layak berdasarkan kapasiti enjin seperti berikut:
Jenis Kenderaan | Kapasiti Enjin / Kriteria Kenderaan |
Kereta | 1600cc dan ke bawah |
Lebih besar daripada 1600cc, berusia 10 tahun dan ke atas | |
Motosikal | 150cc dan ke bawah |
Lebih besar daripada 150cc, berusia 7 tahun dan ke atas |
6. Setiap individu hanya layak menerima subsidi bagi satu kenderaan sahaja dengan subsidi berikut:
JUMLAH KERETA | JUMLAH MOTOSIKAL | PENERIMAAN SUBSIDI |
1 | – | ![]() |
1 | 1 | ![]() |
1 | 2 | ![]() |
2 | – | ![]() |
2 | 1 | ![]() |
2 | 2 | ![]() |
– | 1 | ![]() |
– | 2 | ![]() |
– | 3 | Tidak Layak |
1 | 3 | Tidak Layak |
3 | 1 | Tidak Layak |
3 | – | Tidak Layak |
Nota: Kenderaan yang diklasifikasikan sebagai kenderaan mewah tidak layak menerima PSP
Tarikh Bayaran Dan Mekanisme PSP
Bagi Penerima BSH, subsidi petrol akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima yang layak pada April 2020 dengan jumlah subsidi bagi tempoh 4 bulan (Januari hingga April 2020). Jumlah yang akan diterima bagi subsidi kereta adalah sebanyak RM120 dan subsidi motosikal sebanyak RM48
Bagi bukan penerima BSH, Kad95 akan diberikan kepada penerima yang membolehkan mereka menikmati subsidi petrol pada kadar 30 sen per liter dengan had maksimum 40 liter sebulan bagi motosikal dan 100 liter sebulan bagi kereta. Mekanisme Kad95 akan dilaksanakan secara berperingkat pada suku pertama tahun 2020
- Soalan Lazim (FAQ) : Soalan Lazim PSP
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan rayuan Program Subsidi Petrol boleh rujuk butiran di bawah atau hubungi serta layari laman web rasmi KPDNHEP seperti berikut:
- Hotline KPDNHEP : 1-800-886-800
- Whatsapp PSP : 019-2786356
- E-mel : psp@kpdnhep.gov.my
- Alamat : Bahagian Pengurusan Subsidi Petroleum Kenderaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,62623 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Laman Web Rasmi KPDNHEP
Semak Kembali Artikel
- Borang Permohonan Rayuan Program Subsidi Petrol (PSP) Secara Online
- Tarikh Permohonan Rayuan Program Subsidi Petrol (PSP)
- Aplikasi Permohonan Rayuan PSP KPDNHEP Online
- Cara Mohon Rayuan Program Subsidi Petrol (PSP)
- Tarikh Keputusan Permohonan Rayuan PSP
- Syarat Kelayakan Penerima
- Tarikh Bayaran Dan Mekanisme PSP