Tarikh untuk melihat atau mencerap Anak Bulan Ramadhan 2023 bagi menentukan serta menetapkan tarikh permulaan awal puasa tahun ini adalah pada lewat petang hari Rabu, 22 Mac 2023 Masihi bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijrah
Sebagai makluman, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan, melalui radio dan televisyen
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab
Tarikh Dan Lokasi Mencerap Anak Bulan Ramadan – Penetapan Awal Puasa 2023
Berikut adalah senarai lokasi atau tempat untuk program cerapan di seluruh negeri di Malaysia untuk melihat anak Bulan Ramadan pada 22 Mac 2022 bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijrah
Perlis
Kuala Sungai Baru, Simpang Empat
Kedah
Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda
Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
Menara Alor Setar, Alor Setar
Pulau Pinang
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh
Perak
Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong
Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur
Selangor
Bukit Melawati
Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat
Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam
Putrajaya
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Negeri Sembilan
Telok Kemang, Port Dickson
Melaka
Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara
Johor
Pontian Kechil
Pahang
Bukit Tanjong Batu, Nenasi
Gunung Berincang, Cameron Highlands
Bukit Pelindung, Kuantan
Terengganu
Bukit Besar, Kuala Terengganu
Bukit Geliga, Kemaman
Pulau Perhentian, Besut
Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu
Kelantan
Bukit Peraksi, Pasir Putih
Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu
Sarawak
Tanjung Lubang, Miri
Teluk Bandung, Kuching
Tanjung Batu, Bintulu
Sabah
Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan
Labuan
Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan