Pengisytiharan pengumuman hari mula puasa 2020 Ramadhan

Dikemaskini pada

Pengumuman Pengisytiharan Tarikh Puasa Ramadhan Terkini

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa bulan Ramadhan bagi tahun 2020 bersamaan 1441 Hijrah di Malaysia melalui radio dan televisyen

Pengumuman yang dinantikan oleh semua umat Islam di Malaysia itu akan dibuat selepas mendapat laporan melihat anak bulan Ramadan di beberapa lokasi mencerap di seluruh negeri yang diadakan lewat petang pada hari Khamis, 23 April 2020

Dalam pada itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa bulan Ramadhan adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi)

PENGISYTIHARAN ATAU PENGUMUMAN TARIKH HARI MULA PUASA DI BULAN RAMADHAN TAHUN 2020

Berikut ialah ruangan pengemaskinian maklumat berhubung dengan tarikh rasmi permulaan puasa tahun 2020 bagi negara Malaysia yang akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi dibuat
Maklumat Tarikh Rasmi Permulaan Puasa Bulan Ramadhan 2020M / 1441H Di Malaysia
Info
PerkaraSaluran Pengumuman
Pengisytiharan hari mula puasa bulan Ramadhan 2020 di MalaysiaRTM TV1 (jam 8:00 malam, 23 April 2020)
Tarikh Rasmi Hari Permulaan Puasa Ramadhan Tahun Ini (2020) Di Malaysia
24 April 2020 bersamaan 1 Ramadan 1441H 
 * Tarikh adalah RASMI seperti diumumkan oleh Penyimpan Mohor Raja-Raja
Laporan
Umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan mulai hari Jumaat, 24 April 2020M bersamaan 1 Ramadhan 1441 Hijrah
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Khamis, 23 April 2020 bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja
Pengumuman tarikh permulaan puasa itu disiarkan menerusi RTM (TV1) serta di stesen penyiaran tempatan yang lain
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia sebelum ini menetapkan hari Khamis, 23 April 2020M bersamaan 29 Syaaban 1441H untuk melihat atau cerapan anak bulan serta menyatakan beberapa lokasi untuk tujuan tersebut
Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab
Pengumuman Penetapan Awal Puasa Ramadhan 2020M / 1441H 
Pautan BerkaitanInfo Berkaitan
Sila Klik LinkJadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadhan Seluruh Negeri Tahun 2020 / 1441H JAKIM
Sila Klik LinkKalendar Islam Tarikh Penting Tahun 2020 (1441/ 1442H)
Sila Klik LinkTarikh Hari Raya Aidilfitri (Hari Raya Puasa) Tahun 2020
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!
Close