Ucapan dan pantun selamat berpuasa bulan Ramadhan 2017

02:17 MYredaksi

Maklumat terkini untuk artikel ini telah dikemaskini pada 27 Mei 2017 jam 01:31 PM

Ucapan Puasa Ramadhan Whatsapp Terkini

Menjelang Ramadhan, setiap insan pastinya akan menggunakan kesempatan ini dengan menyampaikan ucapan memohon maaf mahupun ucapan selamat menjalankan ibadah puasa

Moga koleksi ucapan yang disertakan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama insan dalam menyambut bulan puasa Ramadhan Al-Mubarak

SENARAI KOLEKSI UCAPAN DAN PANTUN SELAMAT BERPUASA BULAN RAMADHAN 2017

Berikut MYsumber sertakan koleksi ucapan Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan tahun 2017 bersamaan 1438 Hijrah untuk mereka yang mahu dedikasikan melalui sistem aplikasi komunikasi WhatsApp atau di Facebook, Twitter dan Instagram mahupun di laman jaringan sosial yang lain

Ucapan Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan 2017
Apabila dalam kata dan perbuatan terukir salah dan khilaf,
Yakni dengan segala kerendahan hati kecil ini ingin terucap mohon maaf setulus-tulusnya.
Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan.
Ya Allah, muliakan dan sayangilah saudaraku ini,
Bahagiakan keluarganya limpahkan rezekinya,
Kuatkan Imannya,
Berikanlah kenikmatan ibadahnya, jauhkan dari segala fitnah. Amin. “AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN”
Marhaban ya Ramadhan,
Pucuk selasih bertunas menjulang,
Dahannya patah tolong betulkan,
Puasa Ramadhan kembali menjelang,
Salah dan khilaf mohon dimaafkan,
Selamat Menunaikan Ibadah puasa bagi tahun 2017 (1438 Hijrah)
Mengharap padi dalam lesung,
Yang ada cuma rumpun jerami,
Harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang ucapan ini.
Sebelum cahaya padam, Sebelum hidup berakhir.
Sebelum pintu taubat tertutup, Sebelum Ramadhan datang.
Saya mohon maaf zahir dan batin
Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT lah penawarnya,
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAKWA dan TAUBAT lah UBATnya.
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya,
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.
Kerana Gelap malamMU ku terjaga,
KeranaMU ku bergerak melangkah menuju mentariMU,
Kusambut pemberianMU , dengan harapan kudapat kerinduanMu.
Selamat menunaikan Ibadah Puasa.
Manusia tak pernah lari dari salah dan khilaf,
Kerana manusia bukan makhluk yang sempurna,
Di bulan yang suci ini mari kita bermaafan,
Agar tiada dendam dan hasad dengki,
Marhaban ya Ramadhan,
Mohon maaf zahir batin.
Perkataan yang indah adalah ALLAH,
Lagu yangg merdu adalah AZAN,
Media yang terbaik adalah AL-QURAN,
Senam yang sihat adalah SOLAT,
Diet yang sempurna adalah PUASA,
Kebersihan yang menyegarkan adalah WUDHU,
Perjalanan yang indah adalah HAJI,
Khayalan yang baik adalah ingat akan  DOSA dan TAUBAT,
Mudah-mudahan di bulan yg suci ini hadir membawa iman dan takwa. AMIN
Dahulunya ingin sekali ku memohon maaf padamu,
Oleh kerana diriku terlalu malu ku pendamkan hasrat itu,
Hari ini ku beranikan diri pinta sesuatu darimu,
Menjelang puasa Ramadhan ini, ku harap kau berikan maafmu,
Setitik tinta jadi noda,
Setitik salah jadi dosa,
Bulan penuh berkat segera tiba,
Mari tekun ibadah di bulan puasa,
Marhaban ya Ramadan, sambutlah dengan senyuman.
CINTA datang dan pergi tanpa di duga,
KASIH SAYANG datangnya tanpa terasa,
HATI berkata tanpa dusta,
Datangnya bulan RAMADHAN adalah RAHMAT, marilah kita menyambut BULAN ini dengan CINTA dan KASIH SAYANG.
Indah malam kerana bintang,
Indah taman kerana bunga,
Indah cinta kerana kasih sayang,
Indah hidup kerana silaturahim,
Oleh itu mari indahkan bulan Ramadhan dengan ibadah.
Butang FacebookButang TwitterButang Google