Panduan Dan Cara Pangkah Kertas Undi PRU 15

Pilihan Raya

Pilihan Raya

Pilihan raya adalah proses pemilihan pemimpin yang akan mentadbir sesebuah kawasan sehingga ke peringkat negara. Setiap negara mempunyai peraturan dan cara penganjuran pilihan raya tersendiri. Di Malaysia, sebuah suruhanjaya yang diberi nama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah ditubuhkan bagi menguruskan seluruh proses pilihan raya dengan adil dan efektif

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah ditubuhkan pada 4 September 1957. Seperti yang tertakluk dalam Perkara 114 – Perlembagaan Malaysia, kuasa diberikan kepada SPR untuk mengadakan pilihan raya umum ke atas Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serta mengadakan pilihan raya kecil jika berlaku kekosongan

Selain itu, SPR berfungsi untuk mendaftarkan warganegara yang layak sebagai pemilih supaya mereka dapat menyertai proses pilihan raya. Kajian persempadanan semula bahagian pilihan raya juga perlu dilaksanakan oleh SPR bagi memastikan proses pilihan raya berjalan dengan adil dan saksama. SPR diterajui oleh pengerusi, timbalan pengerusi dan lima ahli suruhanjaya. Kesemua ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas dipersetujui Majlis Raja-Raja

Berikut adalah 7 langkah mudah untuk melaksanakan tanggung jawab selaku pengundi pada hari Pilihan Raya Umum atau kecil. Perkongsian ini adalah panduan bagi individu yang pertama kali keluar mengundi untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang daftar pemilih SPR

Panduan Dan Cara Pangkah Kertas Undi PRU15 – Pilihan Raya Umum 2022

Sebelum itu sebaiknya anda mengetahui terlebih dulu dimana lokasi untuk anda mengundi dengan membuat semakan klik Semakan SPR pusat untuk mengundi

1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk

2. Serahkan MyKad/Dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari

3. Bergerak ke hadapan kerani Pengundian kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil

4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih

Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga

5. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja

6. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen

7. Keluar segera dari tempat Mengundi

Ucapkan Tahniah kepada diri anda sendiri kerana telah berjaya melalui proses pengundian. Anda telah melaksanakan tanggungjawab anda dengan baik

Langkah Cara Nak Buang Undi di PRU

Pilihan Raya

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan