Tarikh PRU 15 Hari Mengundi Pilihan Raya Umum 2022 Terkini

pilihan raya spr

"

Desas desus pembubaran parlimen kian dibicarakan di media sosial dan media massa. Hal ini kerana dengan pembubaran ini, ia akan menentukan bilakah rakyat Malaysia akan mengundi bagi pilihan raya umum yang akan datang iaitu, PilihanRaya Umum ke-15 (Tarikh PRU 15).

Menerusi sidang media terkini, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri telah mengumumkan Parlimen akan dibubarkan pada hari Isnin, 10 Oktober 2022 selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong

Tumpuan kini beralih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan menentukan tarikh-tarikh penamaan calon dan mengundi

Justeru itu, SPR perlu menetapkan tarikh pilihan raya diadakan di mana Pilihan Raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh Parlimen dibubarkan dan ini bermakna PRU 15 akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada bulan Disember tahun 2022

Parlimen akan dibubarkan secara automatik sekiranya mencapai umur lima tahun dan jika kurang dari 5 tahun, pembubaran parlimen hanya boleh dilakukan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Tarikh Mengundi PRU 15 Pilihan Raya Umum 2022

Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pembubaran Parlimen ke-14, memberi laluan kepada pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 60 hari

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perkara itu dalam perutusan yang disiarkan pada jam 3 petang pada hari Isnin, 10 Oktober 2022

“Selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, telah bertindak menurut budi bicara Baginda dengan memperkenankan permintaan saya, supaya Parlimen Ke- 14 dibubarkan pada hari ini, Isnin 10 Oktober 2022

“Saya mengesyorkan Ketua-ketua Kerajaan Negeri kecuali Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor supaya mengambil tindakan sewajarnya, bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing- masing pada tarikh yang sama dengan Pilihan Raya Umum Peringkat Parlimen, meskipun beberapa buah negeri telah memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masing- masing

“Ia wajar dilaksanakan serentak bagi memastikan rakyat tidak terbeban, selain kelancaran proses demokrasi serta menjimatkan kos,” kata perdana menteri

Berikut adalah tarikh-tarikh penting sepanjang pilihan raya umum ke 15 tahun 2022 tertakluk kepada pengumuman rasmi

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Tahun 2022

  • 19 November 2022 (Sabtu)

Tarikh-tarikh penting yang berkaitan PRU 15 :

  • Pembubaran parlimen : 10 Oktober 2022
  • Mesyuarat Suruhanjaya Pilihanraya SPR Malaysia : 20 Oktober 2022
  • Penamaan calon PRU 15 : 5 November 2022 (Sabtu)
  • Tarikh Berkempen : 5 November hingga 18 November jam 1159 malam
  • Mengundi Awal : 15 November 2022 (Selasa)
  • Hari Mengundi PRU 15 : 19 November 2022 (Sabtu)
  • Pengumuman Keputusan Pilihanraya Ke 15 : 19 November 2022 (Sabtu)
  • Akan dikemaskini berdasarkan maklumat terkini SPR

Tarikh Mengundi PRU15 Tarikh PRU 15 Hari Mengundi Pilihan Raya Umum 2022 Terkini

Sebagai rujukan, di bawah merupakan tarikh penting bagi pilihan raya sebelum ini

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Tahun 2018

  •  19 Mei 2018 (Rabu)

Tarikh-tarikh penting yang berkaitan PRU :

  • Pembubaran parlimen : 7 April
  • Pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) di Axiata Arena : 7 April
  • Mesyuarat Suruhanjaya Pilihanraya SPR Malaysia : 10 April
  • Penamaan calon PRU 14 (Pilihanraya UMUM ke 14) : 28 April
  • Tarikh Berkempen : 28 April hingga 8 Mei jam 1159 malam
  • Mengundi Awal : 5 Mei
  • Hari Mengundi PRU 14 : 9 Mei (Rabu)
  • Pengumuman Keputusan Pilihanraya Ke 14 : 9 Mei (Rabu)

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 April 2018 sebagai tarikh penamaan calon manakala hari mengundi pada 9 Mei 2018, Rabu bagi Pilihan Raya Umum Ke-14. Tempoh berkempen adalah selama 11 hari bermula dari tarikh penamaan calon sehingga jam 1159 malam, 8 Mei 2018

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah telah mengumumkan tarikh mengundi awal pada mesyuarat khas SPR pada hari Selasa, 10 April 2018

9 Mei Cuti Peristiwa Khas Sekolah Dan Cuti Umum Tambahan Sempena PRU14

  • Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid telah mengumumkan bahawa tarikh 9 Mei 2018 (Hari Rabu) adalah cuti peristiwa khas untuk semua sekolah seluruh negara sempena hari mengundi PRU
  • Kerajaan mengisytiharkan 9 Mei 2018 sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena hari mengundi pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Menurut Pejabat Perdana Menteri, ianya bagi membolehkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi berikutan tarikh hari mengundi PRU14 adalah merupakan hari bekerja

Pengumuman Tarikh PRU14 Tahun 2018

pru14 Tarikh PRU 15 Hari Mengundi Pilihan Raya Umum 2022 Terkini

Fakta Pilihanraya Umum Ke 14 Tahun 2018

  1. Bilangan kerusi yang dipertandingkan dalam PRU-14 – 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN
  2. PRU-14 adalah yang PRU kedua di bawah kepemimpinan PM Najib, yang akan memimpin jentera Barisan Nasional (BN) selepas mengambilalih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009
  3. Sarawak terkecuali daripada mengadakan PRN kerana baru sahaja diadakan pada 7 Mei pada 2017
  4. BN telah memenangi 133 daripada 222 kerusi Dewan Rakyat, manakala pembangkang di bawah Pakatan Rakyat ketika itu, memenangi 89 kerusi PRU13 yang diadakan pada 5 Mei 2013
  5. Seramai 14.9 juta pemilih berdaftar layak mengundi berdasarkan kepada Daftar Pemilih Suku Keempat 2017. Daripada jumlah tersebut, 14,637,716 orang merupakan pemilih biasa, 300,255 orang pemilih awal (tentera dan pasangan/polis) dan 3,653 orang pengundi tidak hadir luar negara

Related : perdana menteri datuk seri ismail sabri yaakob, masa terdekat, dewan undangan negeri, tarikh pilihan raya umum ke-15 pru15, selepas mesyuarat, for the website to, kuala lumpur, orang pengundi, bagi pilihan raya umum ke-15 pru15, pengundian bagi pilihan raya, pengerusi spr tan sri abdul ghani salleh, hari pengundian bagi pilihan, hari penamaan calon, suruhanjaya pilihan raya umum ke-15 pru15, pegawai pengurus, kerusi dewan negeri perak, pengundian awal, negeri pahang 15 kerusi, 3,653 orang pengundi bagi pilihan raya umum ke-15 pru15, 300,255 orang pengundi bagi pilihan raya umum ke-15 pru15, pengerusi spr tan sri abdul ghani salleh hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-15 pru15,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan