PRN Melaka 2021 : Keputusan rasmi terkini 20 November

Keputusan PRN Melaka 2021

Setelah episod kemelut politik kerajaan pusat, kini kerajaan negeri Melaka turut dilanda perkara sama. Politik Melaka bergolak apabila sekurang-kurangnya empat orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sebelum ini menyokong kerajaan menarik balik sokongan masing-masing. Dengan hilangnya 4 kerusi maka kerajaan yang memegang kuasa tidak lagi mempunyai majoriti justeru Pilihan Raya Negeri (PRN) boleh diadakan.

Empat orang ADUN yang telah mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali adalah ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron (BN), ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan (BN), ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas) dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu)

Untuk makluman, sebelum ini kerajaan Melaka merupakan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) yang diwakili 17 ADUN terdiri daripada 14 UMNO, 2 (Bersatu) dan 1 Bebas, manakala pembangkang pula mempunyai 11 kerusi iaitu 7 DAP, 2 (PKR) dan 2 (Amanah). Oleh itu pada 4 Oktober 2021, Speaker DUN Melaka telah mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berikutan kemelut politik yang berlaku

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengadakan mesyuarat khas dan memutuskan PRN Melaka perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran. Pada 18 Oktober 2021, SPR telah mengumumkan tarikh bagi hari penamaan calon, hari mengundi awal dan hari pengundian yang akan dikongsikan di bawah. Tempoh berkempen pula adalah 12 hari mulai pengisytiharan calon sehingga jam 11.59 malam pada 19 November 2021

Keputusan Pilihan Raya Negeri PRN Melaka 2021 rasmi terkini

Berikut adalah keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka tahun 2021 terkini yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa setelah diumumkan

TERKINI : SPR mengumumkan Barisan Nasional telah berjaya memenangi sejumlah 15 kerusi dari 28 kerusi yang diperuntukkan dan berjaya memperolehi majoriti melebihi 50% daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan.

Tarikh Penting Pilihanraya Negeri Melaka 2021

Perkara  Tarikh
Tarikh Penamaan Calon8 November 2021
Tarikh Mengundi Awal16 November 2021
Tarikh PRN Sabah20 November 2021

Seramai 28 pengurus pilihan raya dilantik dan akan dibantu 80 Penolong Pegawai Pengurus. Untuk pemantauan pula, SPR telah menubuhkan 28 pasukan petugas kempen pilihan raya yang terdiri daripada wakil-wakil calon bertanding, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Jumlah pengundi atau daftar pemilih terkini adalah seramai 495,196 setakat dikemaskini sehingga 3 Oktober 2021

Jumlah Kerusi DUN Melaka yang dipertandingkan

Sejumlah 28 kerusi DUN akan dipertandingkan pada PRN Melaka. Untuk membentuk kerajaan, mana-mana gabungan parti perlu menang sekurang-kurangnya 15 daripada 28 kerusi yang dipertaruhkan

Jumlah Kerusi DUN Dimenangi Parti Bertanding Di PRN Melaka 2021

Barisan Nasional
Parti Jumlah Kerusi Dimenangi
UMNO18
MCA2
MIC1
Jumlah21
Perikatan Nasional
Parti Jumlah Kerusi Dimenangi
BERSATU2
PAS0
GERAKAN0
Jumlah2
Pakatan Harapan
Parti Jumlah Kerusi Dimenangi
AMANAH1
PKR0
DAP4
Jumlah5
Lain-lain
Parti Jumlah Kerusi Dimenangi
BEBAS0
PARTI BUMIPUTRA PERKASA MALAYSIA0
Jumlah0

Jumlah 28 Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)

Siaran Langsung/ Live Streaming Keputusan Terkini PRN Melaka 2021

Keputusan Rasmi PRN Melaka Mengikut DUN

Berdasarkan laman Dashboard SPR, senarai rasmi calon yang bertanding dalam pilihan raya negeri Melaka pada 20 November 2021 adalah seperti berikut. Turut dikongsikan adalah keputusan rasmi berdasarkan laporan media dari semasa ke semasa :

N.01 Kuala Linggi
1. ROSLI BIN ABDULLAH – BARISAN NASIONAL : 3,554 (Majoriti)
2. USTAZ JULAS  – PAKATAN HARAPAN : 1,718
3. DATO KAMISAN BIN PALIL  – BEBAS : 51
4. AZIAH BINTI MOHD SA’AD  – PARTI PERIKATAN NASIONAL : 1,645

N.02 Tanjung Bidara
1. MAS ERMIEYATI – PARTI PERIKATAN NASIONAL : 3,195
2. ZAINAL BIN HASSAN – PAKATAN HARAPAN : 489
3. DATUK SERI AB RAUF – BARISAN NASIONAL : 3,559 (Majoriti)

N.03 Ayer Limau
1. DATUK HJ HAMEED BASHEER – BARISAN NASIONAL ; 3,838 (Majoriti)
2. KAK MAZ – PAKATAN HARAPAN : 798
3. DR. NORDINA – PARTI PERIKATAN NASIONAL : 2,753

N.04 Lendu
1. MEJAR DOLAH – PARTI PERIKATAN NASIONAL : 1,382
2. ASRI IBRAHIM – PAKATAN HARAPAN : 1,155
3. SULAIMAN MD ALI – BARISAN NASIONAL : 4,486 (Majoriti)

N.05 Taboh Naning
1. CIKGU HASHIM – PARTI PERIKATAN NASIONAL  : 1,345
2. ZULKIFLEE BIN MOHD ZIN – BARISAN NASIONAL : 3,170 (Majoriti)
3. ZAIRI BIN SUBOH – PAKATAN HARAPAN (PH) : 1,024

N.06 Rembia
1. MURALI A/L KRISHNAN – BEBAS : 64
2. ZAMRI BIN PAKIRI – PAKATAN HARAPAN : 3,364
3. SABARUDIN BIN KUDUS – BEBAS : 67
4. MUHAMMAD JAILANI BIN KHAMIS – BARISAN NASIONAL :4,224 (Majoriti)
5. ZAMZURI – PARTI PERIKATAN NASIONAL : 2,433

N.07 Gadek
1. VP SHANMUGAM (VP SHAN) – BARISAN NASIONAL : 3,022 (Majoriti)
2. AZAFEN – BEBAS :60
3. LAILA NORINDA BINTI MAON – PARTI BUMIPUTRA PERKASA MALAYSIA : 68
4. MOHAN – BEBAS : 23
5. AMIR MUHARAM – PARTI PERIKATAN NASIONAL : 2,041
6. G. SAMINATHAN – PAKATAN HARAPAN : 2,463

N.08 Machap Jaya
1. NGWE HEE SEM – BARISAN NASIONAL : 3,732 (Majoriti)
2. LAW BING HAW – PAKATAN HARAPAN : 2,794
3. ABDUL AZIZ – PARTI PERIKATAN INDIA MUSLIM NASIONAL : 167
4. AZLAN BIN DAUD – BEBAS : 101
5. TAI SIONG JIUL – PARTI PERIKATAN NASIONAL : 1,202

N.09 Durian Tunggal
1. MOHD ERFAN MAHRILAR – BEBAS : 58
2. ZAHARI BIN ABD KALIL – BARISAN NASIONAL : 3,663 (Majoriti)
3. SOFI WAHAB – PAKATAN HARAPAN : 13,104
4. JA’AFAR BIN OTHMAN – PARTI PERIKATAN NASIONAL : 2,208

N.10 Asahan
1. MOHD NOOR BIN SALLEH – BEBAS : 44
2. FAIRUL NIZAM (ALONG) – BARISAN NASIONAL : 5,659 (Majoriti)
3. AZMAR B AB HAMID – BEBAS : 99
4. DHANESH BASIL – PARTI PERIKATAN NASIONAL : 1,364
5. DATUK SERI IR. IDRIS HARON – PAKATAN HARAPAN : 2,666
6. MOHD AKHIR AYOB – BEBAS : 136

N.11 Sungai Udang

1. MOHAMAD ALI BIN MOHAMAD – BARISAN NASIONAL : 6,259
2. DR. MOHD ALEEF BIN YUSOF – PARTI PERIKATAN NASIONAL : 6,789 (Majoriti)
3. HASMORNI BINTI TAMBY – PAKATAN HARAPAN : 2,035
4. MOHD ZAHAR BIN HASHIM – BEBAS : 471

N.12 Pantai Kundor

1. TS. MOHAMAD RIDZWAN BIN MUSTAFA – PARTI PERIKATAN NASIONAL : 3,133
2. DATUK NOR AZMAN BIN HASSAN – PAKATAN HARAPAN : 2,799
3. TUMINAH KADI – BARISAN NASIONAL : 3,960 (Majoriti)

N.13 Paya Rumput

1. DATUK RAIS BIN YASIN – BARISAN NASIONAL : 6,830 (Majoriti)
2. SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN – PAKATAN HARAPAN : 6,201
3. MUHAMMAD FARIS IZWAN BIN MAZLAN – PARTI PERIKATAN NASIONAL : 3,972
4. MOHAMAD HASHIDI BIN MOHD ZIN – PARTI BUMIPUTRA PERKASA MALAYSIA : 81
5. MEJAR HAJI MOHD JAINI BIN HAJI DIMON (BERSARA) – BEBAS : 127

N.14 Kelebang

1. BAKRI BIN JAMALUDDIN – PARTI PERIKATAN NASIONAL : 3,884
2. DATUK LIM BAN HONG – BARISAN NASIONAL : 5,028 (Majoriti)
3. GUE TECK – PAKATAN HARAPAN : 4,152

N.15 Pengkalan Batu

1. MUHAMAD DANISH ZAINUDIN – PAKATAN HARAPAN : 4,708
2. MOHD AZRUDIN BIN MD IDRIS – PARTI PERIKATAN NASIONAL : 2,681
3. NORHIZAM BIN HASSAN BAKTEE – BEBAS : 1,218
4. MOHD ALUWI BIN SARI – PARTI BUMIPUTRA PERKASA MALAYSIA : 82
5. DATUK HJH KALSOM NOORDIN – BARISAN NASIONAL – (BN) : 4,839 (Majoriti)

N. 16 Ayer Keroh

1. MICHAEL GAN – PARTI PERIKATAN NASIONAL : 2,479
2. KERK CHEE YEE – PAKATAN HARAPAN : 9,459 (Majoriti)
3. YONG FUN JUAN – BARISAN NASIONAL : 3,835

N.17 Bukit Katil

1. DATUK WIRA HAJI HASNOOR BIN SDG HUSIN – BARISAN NASIONAL : 5,748
2. ABDUL HAMID – BEBAS : 109
3. ADLY ZAHARI – PAKATAN HARAPAN : 6,805 (Majoriti)
4. MUHAMMAD AL AFIZ BIN YAHYA – PARTI PERIKATAN NASIONAL : 3,715

N.18 Ayer Molek

1. DATUK RAHMAD BIN MARIMAN – BARISAN NASIONAL : 6,348 (Majoriti)
2. AHMAD MUAZ – BEBAS : 90
3. MOHD FADLY SAMIN – PARTI PERIKATAN NASIONAL : 3,546
4. CIKGU RAFEE – PAKATAN HARAPAN : 2,446

N.19 Kesidang

1. SEAH SHOO CHIN (ALLEX SEAH) – PAKATAN HARAPAN : 14,769 (Majoriti)
2. PATRICK NG CHIN KAE – PARTI PERIKATAN NASIONAL : 3,124
3. LEONG HUI YING – BARISAN NASIONAL : 4,532

N.20 Kota Laksamana

1. FONG KHAI LING – PARTI PERIKATAN NASIONAL : 1,190
2. BENJAMIN LOW CHIN HONG – BARISAN NASIONAL : 2,014
3. LOW CHEE LEONG – PAKATAN HARAPAN : 13,508 (Majoriti)

N.21 Duyong

1. GAN TIAN SOH – BEBAS : 60
2. MOHD FAIZAL BIN AMZAH – PARTI BUMIPUTRA PERKASA MALAYSIA : 52
3. MOHD NOOR HELMY – BARISAN NASIONAL : 4,684 (Majoriti)
4. DAMIAN BABA YEO – PAKATAN HARAPAN : 4,484
5. DATUK KAMARUDIN BIN HJ. SIDEK – PARTI PERIKATAN NASIONAL : 2,874
6. MUHAMAD HAFIZ ISHAK – BEBAS : 57

N.22 Bandar Hilir

1. MAK CHEE KIN – BEBAS : 159
2. LENG CHAU YEN – PAKATAN HARAPAN : 9,091 (Majoriti)
3. LEE KAH SEAN – BARISAN NASIONAL : 1,313
4. CLARICE CHAN MING WANG – PARTI PERIKATAN NASIONAL : 634

N.23 Telok Mas

1. DATUK WIRA MOHD RAFIQ NAIZAMOHIDEEN – PARTI PERIKATAN NASIONAL : 3,976
2. ARIFF ADLY – BEBAS : 153
3. DATUK ASHRAF MINGHAT – PAKATAN HARAPAN : 3,891
4. ABDUL RAZAK BIN ABDUL RAHMAN – BARISAN NASIONAL : 6,052 (Majoriti)

N.24 Bemban

1. DR MOHD YADZIL BIN YAAKUB – PARTI PERIKATAN NASIONAL : 4,211 (Majoriti)
2. AZMI KAMIS – BEBAS : 130
3. NG CHOON KOON – BEBAS : 850
4. TEY KOK KIEW – PAKATAN HARAPAN : 3.095
5. DATUK KOH CHIN HAN – BARISAN NASIONAL : 3,883

N.25 Rim

1. AZALINA ABDUL RAHMAN – PARTI PERIKATAN NASIONAL : 2,710
2. PRASANTH KUMAR BRAKASAM – PAKATAN HARAPAN : 2,163
3. KHAIDHIRAH BINTI ABU ZAHAR – BARISAN NASIONAL : 4,037 (Majoriti)

N.26 Serkam

1. DATO’ DR AZLAN – BEBAS : 86
2. USTAZ HAJI AHMAD BILAL – PARTI PERIKATAN NASIONAL : 4,959
3. USTAZ MUHAMMAD – PAKATAN HARAPAN : 1,535
4. ZAIDI ATTAN – BARISAN NASIONAL : 5,038 (Majoriti)

N.27 Merlimau

1. CIKGU AZRIN BIN AB MAJID – PAKATAN HARAPAN : 2,385
2. DR AKMAL SALEH – BARISAN NASIONAL : 5,633 (Majoriti)
3. ABD ALIM BIN SHAPIE – PARTI PERIKATAN NASIONAL : 1,622

N.28 Sungai Rambai

1. MUHAMMAD JEFRI BIN SAFRY – PARTI PERIKATAN NASIONAL : 2,664
2. FARZANA HAYANI NASIR – PAKATAN HARAPAN : 1,356
3. NAZATUL ASYRAF BIN MD.DOM – PARTI BUMIPUTRA PERKASA MALAYSIA : 84
4. SITI FAIZAH BINTI ABDUL AZIS – BARISAN NASIONAL : 3,801 (Majoriti)

Informasi terperinci dan terkini boleh disemak melalui laman dashboard SPR pada pautan berikut:

Pembentukan Kerajaan Negeri Melaka

  • Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 selepas Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi PRN Melaka. Majlis angkat sumpah diadakan di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) di hadapan Yangdi-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam. Senarai Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Melaka akan diumumkan pada minggu hadapan.

Sebagai rujukan, berikut disediakan pautan bagi senarai calon dan parti yang telah bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tahun 2019 bagi negeri Melaka. Disediakan juga pautan laman web rasmi SPR bagi sebarang pertanyaan atau rujukan.

Related : bakal mengumumkan, kementerian kesihatan, prosedur operasi standard sop, beliau berkata, luar negara, pusat mengundi, pilihan raya spr menetapkan 20, pilihan raya berkuat, keluar mengundi, dun melaka dibubarkan pada 4, pengerusi spr datuk abdul ghani salleh berkata, spr menetapkan 20 november, perdana menteri, tiga penjuru, pakatan harapan ph, perikatan nasional pn, kuala lumpur, sungai udang datuk abdul ghani salleh berkata, sungai udang datuk nor, seri ab rauf yusoh membuat keputusan umno melaka datuk seri,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan