Setiap kali munculnya tahun baru, orang ramai pasti ingin mengetahui takwim perjalanan tahun tersebut bagi melihat tarikh-tarikh penting seperti cuti sekolah, cuti perayaan dan sebagainya. Antara kalendar yang kerap menjadi rujukan sejak dari dahulu adalah kalendar kuda berikutan informasinya yang lengkap seperti tarikh kalendar tahun Islam dan juga kalendar tahun Cina.
Melalui kalendar ini, orang ramai bolehlah merancang aktiviti sepanjang tahun mereka seperti perancangan percutian khususnya bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah, dapatlah menggunakan masa cuti sekolah dengan sebaik mungkin dengan meluangkan masa bersama keluarga. Untuk yang bakal mendirikan rumah tangga atau mengadakan majlis kenduri juga boleh berbuat demikian
Berikut dipaparkan maklumat senarai perincian bagi Kalendar 2023 yang turut memaparkan cuti umum, cuti bagi setiap negeri di Malaysia, cuti penggal persekolahan, termasuklah Hari Kelepasan Am Persekutuan dan juga Hari Kelepasan Am Negeri bagi tahun 2023 yang rasmi sepertimana yang diterbitkan oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.
Kalendar Kuda 2023 Senarai Cuti Umum Malaysia Dan Setiap Negeri
Untuk perhatian semua, berikut dikategorikan senarai perincian jadual cuti mengikut susunan bulan agar ianya dapat membantu memudahkan orang ramai untuk membuat semakan mengenai tarikh-tarikh penting dan kalendar cuti sepanjang tahun 2023.
Petunjuk Warna :
Cuti Umum / Hari Kelepasan AM Persekutuan
Cuti Negeri / Hari Kelepasan AM Negeri
Lampiran Kalendar Kuda Serta Jadual Perincian Hari Kelepasan Am Persekutuan Dan Negeri Tahun 2023
Januari
Tarikh
Hari
Cuti
Negeri Terlibat
1 Jan
Ahad
Tahun Baru 2023
Semua negeri. kecuali Kelantan, Kedah, , Perlis, Johor dan Terengganu
14 Jan
Sabtu
Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Negeri Sembilan
22 Jan
Ahad
Tahun Baru Cina
Semua Negeri
23 Jan
Isnin
Tahun Baru Cina (Hari Kedua)
Semua Negeri
Februari
2) BULAN FEBRUARI
Tarikh
Hari
Cuti
Negeri Terlibat
1 Feb
Rabu
Hari Wilayah Persekutuan
Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan
5 Feb
Ahad
Hari Thaipusam
Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang
18 Feb
Sabtu
Israk & Mikraj
Negeri Sembilan, Kedah & Perlis
Mac
Tarikh
Hari
Cuti
Negeri Terlibat
4 Mac
Sabtu
Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu
Terengganu
23 Mac
Khamis
Hari Keputeraan Sultan Johor
Johor
23 Mac
Khamis
Awal Ramadhan*
Johor, Kedah & Melaka
April
Tarikh
Hari
Cuti
Negeri Terlibat
7 Apr
Jumaat
Good Friday
Sabah dan Sarawak
8 Apr
Sabtu
Hari Nuzul Al-Quran
Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu
15 Apr
Sabtu
Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah
Melaka
22 Apr
Sabtu
Hari Raya Puasa*
Semua Negeri
23 Apr
Ahad
Hari Raya Puasa (Aidilfitri)
Semua Negeri
26 Apr
Rabu
Hari Keputeraan Sultan Terengganu
Terengganu
Mei
Tarikh
Hari
Cuti
Negeri Terlibat
1 Mei
Isnin
Hari Pekerja
Semua Negeri
4 Mei
Khamis
Hari Wesak
Semua Negeri
17 Mei
Rabu
Hari Ulangtahun Keputeraan Raja Perlis
Perlis
22 Mei
Isnin
Hari Hol Pahang
Pahang
30 Mei
Selasa
Pesta Kaamatan (Pesta Menuai)
Sabah dan Labuan
31 Mei
Rabu
Pesta Kaamatan (Pesta Menuai)
Sabah dan Labuan
Jun
Tarikh
Hari
Cuti
Negeri Terlibat
1 Jun
Khamis
Perayaan Hari Gawai Dayak
Sarawak
2 Jun
Jumaat
Perayaan Hari Gawai Dayak
Sarawak
5 Jun
Isnin
Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
Semua Negeri
18 Jun
Ahad
Hari Keputeraan Sultan Kedah
Kedah
28 Jun
Rabu
Hari Arafah
Terengganu
29 Jun
Khamis
Hari Raya Korban /Haji/ Aidiladha *
Semua Negeri
30 Jun
Jumaat
Hari raya haji / korban / Aidiladha (Hari Kedua)
Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu
*cuti pertengahan tahun sekolah
Julai
Tarikh
Hari
Cuti
Negeri Terlibat
7 Jul
Jumaat
Hari Ulang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan Dunia
Pulau Pinang (Penang)
8 Jul
Sabtu
Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang
Pulau Pinang (Penang)
19 Jul
Rabu
Awal Muharram
Semua Negeri
22 Jul
Sabtu
Hari Kemerdekaan Sarawak
Sarawak
30 Jul
Ahad
Hari Keputeraan Sultan Pahang
Pahang
Ogos
Tarikh
Hari
Cuti
Negeri Terlibat
23 Ogos
Rabu
Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar
Johor
24 Ogos
Khamis
Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Melaka
Melaka
31 Ogos
Khamis
Hari Kebangsaan (Kemerdekaan)
Semua Negeri
September
Tarikh
Hari
Cuti
Negeri Terlibat
16 Sept
Sabtu
Hari Malaysia
Semua Negeri
28 Sept
Khamis
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)
Semua Negeri
Oktober
Tarikh
Hari
Cuti
Negeri Terlibat
7 Oct
Sabtu
Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sabah
Sabah
14 Oct
Sabtu
Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sarawak
Sarawak
November
Tarikh
Hari
Cuti
Negeri Terlibat
3 Nov
Jumaat
Hari Keputeraan Sultan Perak
Perak
11 Nov
Sabtu
Hari Keputeraan Sultan Kelantan
Kelantan
12 Nov
Ahad
Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Hari Kedua)
Kelantan
12 Nov
Ahad
Hari Deepavali
Semua Negeri Kecuali Sarawak
Disember
Tarikh
Hari
Cuti
Negeri Terlibat
11 Dec
Isnin
Hari Keputeraan Sultan Selangor
Selangor
25 Dec
Isnin
Hari Krismas
Semua Negeri
*Tarikh awal Ramadan, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha adalah tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Sebarang pindaan rasmi terhadap tarikh cuti akan dikemaskini dengan kadar segera. Perubahan setiap tarikh cuti bagi negeri yang berkenaan adalah berdasarkan pengumuman rasmi oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan Jabatan Perdana Menteri dihebahkan di Portal Rasmi
Rujukan: Bahagian Kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan. Jabatan Perdana Menteri
Jadual Cuti Panjang Tahun 2023
Berikut adalah jadual cuti panjang bagi tahun 2023 yang telah dikumpulkan oleh MYSumber untuk kemudahan orang ramai berdasarkan Kalender Cuti Umum untuk tahun 2023
Tarikh Cantik Tahun 2023
Jadual Cuti Sekolah Dan Penggal Persekolahan 2023
Bahagian pengurusan sekolah harian dan maklumat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menerbitkan perincian takwim jadual rasmi penggal persekolahan bagi sesi tahun 2023 menerusi portal rasmi atau laman web KPM, www.moe.gov.my
Takwim sesi persekolahan tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan A dan B mengikut sekolah-sekolah di seluruh negeri di Malaysia untuk maklumat semua.
Kumpulan A | Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu
Kumpulan B | Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, N. Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan
Cuti Perayaan Tahun 2023
Related : muat turun hari cuti rakyat malaysia januari 2023 memaparkan tarikh tarikh cuti sekolah cuti sekolah 2023 disember 2023, kalendar islam