Berikut adalah maklumat senarai perincian bagi jadual cuti umum, cuti negeri di Malaysia dan cuti serta takwim penggal persekolahan seluruh negeri tahun 2022 bersertakan lampiran kalendar
Senarai perincian kalendar cuti umum (Malaysia Public Holidays) disertakan ini turut merangkumi Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Negeri bagi tahun 2022 semua negeri adalah rasmi
Maklumat berdasarkan rujukan yang telah dibuat oleh MYsumber terhadap Jadual terkini Hari Kelepasan AM Persekutuan Dan Negeri bagi tahun 2022 sepertimana telah diterbitkan oleh Laman Web Bahagian Kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan. Jabatan Perdana Menteri
Tahun 2022 merupakan tahun yang bakal melihat proses pemulihan semua sektor di Malaysia susulan pandemik COVID-19 yang melanda negara dan dunia. Semoga usaha vaksinasi dan perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan pada tahun 2021 mampu mengembalikan kita kepada norma terdahulu.
Kalendar Senarai Perincian Cuti Umum Dan Negeri Bagi Malaysia Tahun 2022
Sebagai makluman, berikut adalah kalendar kuda 2022 serta MYsumber telah membahagikan senarai perincian jadual tarikh cuti umum 2022 (2022 calendar) mengikut bulan supaya lebih memudahkan orang ramai membuat semakan berhubung dengan tarikh cuti sambutan ataupun perayaan di Malaysia pada tahun 2022
PETUNJUK WARNA |
Cuti Umum / Hari Kelepasan AM Persekutuan |
Cuti Negeri / Hari Kelepasan AM Negeri |
Lampiran Kalendar Kuda Serta Jadual Perincian Hari Kelepasan Am Persekutuan Dan Negeri Tahun 2022
Januari 2022
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
1 Jan | Sabtu | Tahun Baru 2022 | Semua negeri. kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu |
14 Jan | Jumaat | Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan | Negeri Sembilan |
18 Jan | Selasa | Hari Thaipusam | Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Penang, Perak, Putrajaya & Selangor |
Februari 2022
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
1 Feb | Selasa | Tahun Baru Cina | Semua Negeri |
1 Feb | Selasa | Hari Wilayah Persekutuan | Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya |
2 Feb | Rabu | Tahun Baru Cina (Hari Kedua) | Semua Negeri kecuali Terengganu & Kelantan |
Mac 2022
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
1 Mac | Selasa | Israk dan Mikraj | Kedah, N. Sembilan, Terengganu & Perlis |
4 Mac | Jumaat | Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu | Terengganu |
23 Mac | Rabu | Hari Keputeraan Sultan Johor | Johor |
April 2022
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
3 Apr | Ahad | Awal Ramadhan * | Johor, Kedah & Melaka |
15 Apr | Jumaat | Good Friday | Sabah & Sarawak |
15 Apr | Jumaat | Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah | Melaka |
19 Apr | Selasa | Hari Nuzul Al-Quran | Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, N. Sembilan, Sabah, Sarawak dan Melaka |
26 Apr | Selasa | Hari Keputeraan Sultan Terengganu | Terengganu |
*Hari Raya Aidilfitri telah diumumkan pada 2 Mei 2022 bersamaan hari Isnin sepertimana yang diisytihar oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Mei 2022
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
1 Mei | Ahad | Hari Pekerja | Semua Negeri |
2 Mei | Isnin | Hari Raya Puasa Aidilfitri * | Semua Negeri |
3 Mei | Selasa | Hari Raya Puasa Aidilfitri (Hari Kedua) * | Semua Negeri |
15 Mei | Ahad | Hari Wesak | Semua Negeri |
17 Mei | Selasa | Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis | Perlis |
22 Mei | Ahad | Hari Hol Pahang | Pahang |
30 Mei | Isnin | Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) | Sabah dan Labuan |
31 Mei | Selasa | Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) (Hari Kedua) | Sabah dan Labuan |
Jun 2022
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
1 Jun | Rabu | Perayaan Hari Gawai Dayak | Sarawak |
2 Jun | Khamis | Perayaan Hari Gawai Dayak (Hari Kedua) | Sarawak |
6 Jun | Isnin | Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong | Semua Negeri |
19 Jun | Ahad | Hari Keputeraan Sultan Kedah | Kedah |
Julai 2022
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
7 Jul | Khamis | Hari Ulang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan Dunia | Pulau Pinang (Penang) |
9 Jul | Sabtu | Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang | Pulau Pinang (Penang) |
9 Jul | Sabtu | Hari Arafah | Terengganu |
10 Jul | Ahad | Hari Raya Korban /Haji/ Aidiladha * | Semua Negeri |
11 Jul | Isnin | Hari Raya Korban /Haji/ Aidiladha (Hari Kedua) * | Terengganu & Kelantan |
22 Jul | Jumaat | Hari Kemerdekaan Sarawak | Sarawak |
30 Jul | Sabtu | Awal Muharram | Semua Negeri |
30 Jul | Sabtu | Hari Keputeraan Sultan Pahang | Pahang |
Ogos 2022
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
24 Ogos | Rabu | Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka | Melaka |
31 Ogos | Rabu | Hari Kebangsaan (Kemerdekaan) | Semua Negeri |
September 2022
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
3 Sept | Sabtu | Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar | Johor |
16 Sept | Rabu | Hari Malaysia | Semua Negeri |
Oktober 2022
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
1 Okt | Sabtu | Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah | Sabah |
8 Okt | Sabtu | Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sarawak | Sarawak |
9 Okt | Ahad | Maulidur Rasul | Semua Negeri |
24 Okt | Isnin | Hari Deepavali * | Semua Negeri Kecuali Sarawak |
November 2022
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
4 Nov | Jumaat | Hari Keputeraan Sultan Perak | Perak |
11 Nov | Jumaat | Hari Keputeraan Sultan Kelantan | Kelantan |
12 Nov | Sabtu | Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Hari Kedua) | Kelantan |
Disember 2022
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
11 Dis | Ahad | Hari Keputeraan Sultan Selangor | Selangor |
25 Dis | Ahad | Hari Krismas | Semua Negeri |
Bagi cuti sambutan bertanda * adalah tertakluk kepada pindaan
Sebarang pindaan rasmi terhadap tarikh cuti akan dikemaskini dengan kadar segera. Perubahan setiap tarikh cuti bagi negeri yang berkenaan adalah berdasarkan pengumuman rasmi oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan Jabatan Perdana Menteri dihebahkan di Portal Rasmi
Rujukan: Bahagian Kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan. Jabatan Perdana Menteri
- Jadual Rasmi Hari Kelepasan AM Persekutuan Dan Negeri (HKA) Tahun 2022 (Kemaskini)
- Kalendar Bulan Islam Tahun 2022 Dan Tarikh-Tarikh Penting
Jadual Cuti Panjang Tahun 2022 Seluruh Malaysia
Berikut adalah jadual cuti panjang untuk tahun 2022 yang telah dikumpulkan oleh MYSumber untuk kemudahan orang ramai
Tarikh Cantik 2022
Jadual Cuti Sekolah dan Penggal Persekolahan Tahun 2022 Seluruh Negeri Malaysia
Bahagian pengurusan sekolah harian dan maklumat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerbitkan perincian takwim jadual rasmi penggal sesi persekolahan termasuk cuti sekolah dan cuti perayaan 2022 menerusi portal rasmi KPM, www.moe.gov.my
Takwim cuti sekolah 2022 tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan A dan B mengikut sekolah-sekolah di seluruh negeri di Malaysia meliputi cuti pertengahan penggal 1 & 2, cuti pertengahan tahun dan cuti akhir tahun. Pindaan takwim dan tarikh cuti sekolah bergantung kepada KPM
Kumpulan A | Kedah, Johor, Kelantan Dan Terengganu
Kumpulan B | Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sabah, Sarawak, Selangor, WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan
Lampiran Jumlah Hari Cuti Sekolah Sempena Sambutan Perayaan Tahun 2022
Jenis-Jenis Cuti Perayaan Di Malaysia
Perayaan | Penerangan |
Tahun Baru Cina | Tahun Baru Cina adalah perayaan ulang tahun yang amat penting untuk masyarakat berketurunan Cina di seluruh dunia. Ia disambut dalam musim bunga dan ditetapkan mengikut kalendar lunar Cina. Menurut perspektif Barat, tarikhnya berubah-ubah namun tetap diraikan dalam bulan Januari atau Februari setiap tahun |
Hari Raya Aidilfitri | Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam seluruh dunia dan merupakan antara sambutan perayaan terbesar di Malaysia. Sambutan Hari Raya Aidilfitri ditentukan menggunakan kalendar Hijrah iaitu pada bulan Syawal setiap tahun setelah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan |
Hari Deepavali | Perayaan Hari Deepavali merupakan hari perayaan yang disambut oleh setiap penganut agama Hindu di dunia. Kebanyakan negara yang mempunyai penduduk beragama Hindu yang ketara menetapkan Deepavali sebagai cuti am rasmi, termasuk Malaysia |
Hari/Pesta Kaamatan | Pada 30 dan 31 Mei setiap tahun, Pesta Menuai disambut secara meluas di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang turut dikenali sebagai Pesta Ka’amatan. Perayaan ini menandakan kitaran akhir penanaman padi beras, yang merupakan tanaman utama di Sabah telah tiba, seraya tiba masa untuk proses penuaian dijalankan |
Hari Gawai Dayak | Hari Gawai jatuh pada 1 dan 2 haribulan Jun setiap tahun. Ia merupakan suatu majlis keagamaan dan sosial yang disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak. Hari Gawai melambangkan tamatnya musim menuai dan dipenuhi dengan nyanyian serta tarian sebagai tanda untuk mereka memulakan musim pertanian baru |
Hari Krismas | Sambutan Hari Krismas merupakan perayaan yang disambut oleh penganut agama Kristian untuk meraikan kelahiran Jesus Christ. Sambutan perayaan ini disambut di seluruh dunia pada 25 Disember setiap tahun termasuklah di Malaysia |
Sumber Rujukan Rasmi: Takwim Persekolahan 2022 – Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia
Related : pahang perak perlis pulau, ahad hari keputeraan, perak perlis pulau pinang, sabtu hari jadi, kaamatan pesta menuai sabah, ahad hari raya, hari gawai dayak sarawak, isnin hari raya aidilfitri