Kalendar Hijriah atau lebih dikenali sebagai Kalendar Islam Malaysia merupakan panduan yang penting dalam urusan kehidupan seorang muslim. Berdasarkan Al-Biruni, kalendar ini dimulai pada 16 Julai 622M setelah dipersetujui dan diguna pakai ketika zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab yang memilih tahun penghijrahan Rasulullah S.A.W. sebagai permulaan tahun hijrah dan bulan Muharram sebagai bulan pertama.
Melalui kalendar hijrah, penentuan penting seperti tarikh-tarikh puasa sunat, tarikh puasa wajib (Ramadhan), tarikh perayaan Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha dan beberapa lagi tarikh penting dapat dilihat terlebih dahulu sebelum diisytiharkan dengan tepat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.
Tarikh-tarikh berpuasa sunat mengikut bulan Islam serta puasa fardhu bulan ramadhan juga dapat dilihat menerusi kalendar hijrah ini justeru memudahkan kita membuat perancangan dan persiapan. Bagi yang bakal menunaikan haji juga dapat bersiap sedia dalam menyiapkan diri untuk menjadi tetamu Allah pada tahun tersebut.
Semoga dengan pengkongsian oleh MYsumber mengenai Takwim Kalendar Hijriah dan tarikh penting dalam bulan Islam ini dapat membantu umat Islam di Malaysia untuk membuat semakan dan juga persediaan bagi menyambut hari perayaan mahupun hari kebesaran Islam pada tahun ini dengan melakukan amalan sunat yang digalakkan.
Kalendar Takwim Bulan Islam Tahun 1443-1444 H/ 2022 Masihi Dan Tarikh Penting
Berikut adalah senarai perincian bagi Kalendar Islam serta tarikh-tarikh penting (Hari Perayaan dan Kebesaran) dalam Islam di Malaysia bagi tahun 1443H-1444H (Hijrah) bersamaan 2022M (Masihi). Senarai perincian yang disertakan ini adalah rasmi berdasarkan Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2022/ 1443-1444H Malaysia
Tarikh Hijri (1443/1444) | Tarikh Masihi (2022) | Hari Perayaan / Kebesaran Islam |
27 Rejab | 1 Mac | Israk dan Mikraj |
15 Syaaban | 18 Mac | Nisfu Syaaban |
1 Ramadhan* | 3 April | Awal Ramadhan / Berpuasa |
17 Ramadhan | 19 April | Nuzul Al-Quran |
1 Syawal* | 2 Mei (Rasmi) | Hari Raya Puasa / AidilFitri |
10 Zulhijjah* | 10 Julai | Hari Raya Korban / Aidiladha |
1 Muharam 1444 | 30 Julai | Awal Muharam / Maal Hijrah |
12 Rabiulawal 1444 | 9 Oktober | Maulidur Rasul |
Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malayu
Tarikh Awal Bulan Islam Dan Kalendar Masihi
Berikut adalah tarikh awal bulan islam dikira berdasarkan takwim islam yang telah dikeluarkan
Tarikh Hijri | Tarikh Masihi | Hari |
1 Jamadilakhir 1443 | 4 Januari 2022 | Selasa |
1 Rejab 1443 | 3 Februari 2022 | Khamis |
1 Syaaban 1443 | 4 Mac 2022 | Jumaat |
1 Ramadan 1443 | 3 April 2022 | Ahad |
1 Syawal 1443 | 2 Mei 2022 (Rasmi) | Isnin |
1 Zulkaedah 1443 | 1 Jun 2022 | Rabu |
1 Zulhijjah 1443 | 1 Julai 2022 | Jumaat |
1 Muharram 1444 | 30 Julai 2022 | Sabtu |
1 Safar 1444 | 29 Ogos 2022 | Isnin |
1 Rabiulawal 1444 | 28 September 2022 | Rabu |
1 Rabiulakhir 1444 | 27 Oktober 2022 | Khamis |
1 Jamadilawal 1444 | 26 November 2022 | Sabtu |
Berikut dikongsikan juga oleh MYsumber Takwim 2022 Miladiah /1444-1443 Hijriah bagi Malaysia seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui laman sesawang rasminya
Takwim 2022 Miladiah/ 1443-1444 Hijriah
Berikut adalah takwim islam 2022 Miladiah atau 1443-1444 hijrah.
Kalendar Masihi 2022 & Bulan Islam 1443H
Di bawah dikongsikan kalendar masihi 2022 serta bulan Islam 1443 Hijrah dalam takwim hijri untuk panduan orang ramai
Related : bulan mengelilingi bumi, 354 atau 355 hari, mengelilingi matahari, nabi muhammad saw, bulan zulhijjah, kalendar lunar qamariah yang dikira berdasarkan kepada pergerakan bumi mengelilingi matahari, awal zulhijjah,