Senarai Barang Yang Dikenakan Dan Dikecualikan SST 2.0

Informasi

Informasi

Bermula 1 September 2018, penguatkuasaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) telah dijalankan di Malaysia bagi menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang telah dilaksanakan sejak 4 tahun yang dulu bermula 1 April 2015.

Berikutan peralihan tampuk pemerintahan kerajaan Malaysia daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan melalui Pilihan Raya Umum ke 14 berlangsung pada 9 Mei 2018 yang lalu, pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ini dikatakan dapat membantu meringankan lagi beban rakyat.

Ini berdasarkan kenyataan SST memberikan pengecualian kepada 5443 barangan berbanding GST sebanyak 545 barangan sahaja iaitu 10 kali ganda lebih besar daripada GST dan kerajaan berharap dengan ini sekiranya berlaku kenaikan harga barangan, kesannya adalah kurang daripada separuh berbanding ketika GST dilaksanakan.

Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dikenakan pada barangan yang dihasilkan oleh individu atau syarikat dengan pulangan tahunan melebihi RM500,000 dan barangan yang diimport ke dalam Malaysia.

Senarai Barang Yang Dikenakan Dan Dikecualikan SST 2.0

Fakta Penting SST 2.0

  1. SST merupakan cukai seperingkat ataupun “single-stage tax” yang secara amnya dikenakan ke atas pihak pengeluar atau pengilang bukannya pengguna.
  2. Kadar cukai jualan untuk barangan adalah 0% (dikecualikan), 5%, 10% atau pada kadar lain yang ditentukan oleh kerajaan.
  3. Kadar cukai perkhidmatan pula adalah sebanyak 6%.
  4. Senarai lengkap barangan dan perkhidmatan yang dikenakan SST telah dipaparkan di laman sesawang Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan belum dimuktamadkan lagi.

Cukai Jualan  

Berikut adalah sebahagian barangan yang dikenakan dan dikecualikan cukai SST:

Kadar (5%)

  1. Daging (segar, sejuk beku, tin) – Unta, Monyet, Arnab, Ular, Ikan Paus, Ikan Lumba-lumba.
  2. Makanan Laut (segar, sejuk beku, tin) – Abalone, Ikan Jeruk, Ikan Kering, Ikan Masin Bulu Ayam, Ikan Pekasam, Obor-obor, Tiram, Kerang, Gamat, Udang Geragau, Udang Kering.
  3. Produk Tenusu -Mentega, Yogurt berperisa, Minyak Sapi, Keju.
  4. Sarang burung dan Madu
  5. Sayur- sayuran – Bawang Jeruk, Cendawan (Dalam Tin), Jagung Manis (Sejuk beku), Sayur Campur (Sejuk beku), Cendawan (kering), Sawi masin.
  6. Buah-buahan – Kacang gajus, Kacang Almond, Kacang Hazel, Kacang Hitam, Kacang Kuda, Kacang Merah, Kacang Walnut, Kacang Tanah, Campuran Buah-buahan Kering, Campuran Kekacang Kering, Gambir
  7. Minyak – Minyak Jagung Masakan, Minyak Jajoba, Minyak Bijan, Minyak Zaitun,
  8. Daging diproses – Ayam goreng, Burger Ayam, Burger Daging, Daging Cincang, Keropok Ikan, Keropok Udang.
  9. Makanan kering – Biskut, Tepung susu protein, Bertih Jagung, Oat, Susu Cair, Santan (segar, dalam tin dan kotak), Cili Boh, Cili Giling, Air Kelapa, Jem Buah, Jeruk Buah, Kerepek, Kuaci, Koktel Buah, Aiskrim, Cincau, Kopi Segera, Teh Segera, Serbuk Perasa, Vitamin, MSG.

Kadar (10%)

  1. Gula – Coklat putih (bar), Lozenge tekak, gula-gula, gula-gula getah
  2. Koko – Coklat cip, Serbuk koko (Mengandung gula), Coklat, Coklat Masakan.
  3. Minuman – Malt Coklat, Oat mengandungi koko, Air Berkarbonat, Air Kotak, Air Tin, Arak.
  4. Rokok – semua jenis kecuali tembakau.
  5. Barangan kosmetik & Minyak Wangi – Penyegar Udara, Bedak Bayi, Bedak Talkum, Deodorant, Pewarna Rambut, Ubat Gigi, Pengetip Kuku.
  6. Sabun – Sabun Mandi, Sabun Basuh, Sabun Cuci Kereta, Sabun Cuci Pinggan

Barangan kegunaan harian dan kesihatan merupakan antara yang dikecualikan dari cukai SST.

Dikecualikan Cukai Jualan

  1. Ayam, Itik, Ayam belanda, Lembu, Kambing, Ikan (Hidup, Daging Segar, Sejuk, Sejuk Beku)
  2. Telur Ayam, Telur Itik, Telur Masin, Telur Puyuh, Telur Pindang.
  3. Bihun, Mee Kuning, Kuey Tiaw dan semua jenis Pasta.
  4. Daun Pandan, Daun Kari, Daun Sup, Rempah Ratus, Serbuk Rempah dan Garam.
  5. Bijirin, Oat, Beras, Serbuk Kopi, Teh, Gula Pasir, Gula Melaka, Gula Batu, Gula Merah.
  6. Sayur-sayuran – Bawang Besar, Bawang Merah, Bawang Putih, Cili, Brokoli, Jagung, Kailan, Kangkung, Lobak, Petai, Timun, Tomato
  7. Buah-buahan – Epal, Betik, Kelapa, Mangga, Cempedak, Delima, Durian, Jambu, Limau, Oren, Pisang, Tembikai
  8. Vitamin, Ubat-ubatan, Barangan First-Aid, Minyak Panas, Minyak Angin. Racun Pembunuh Serangga

Cukai Perkhidmatan 

Berikut ialah antara servis yang dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6%:

Kadar (6%)

  1. Penyediaan Makanan dan Minuman – Restoran, Kafe, Katering
  2. Insurans dan Takaful
  3. Hotel – Rumah Penginapan, Homestay
  4. Kelab – Kelab Malam, Kelab Golf
  5. Pertaruhan dan Perjudian – Kasino, Loteri.
  6. Penyediaan Bekalan Elektrik
  7. Perkhidmatan Telekomunikasi dan Saluran TV Berbayar.

*Senarai ini akan diperbaiki dari semasa ke semasa berdasarkan maklum balas semua pihak dan pindaan akan dibuat pada hujung tahun 2018.

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan