Permohonan IPMA MARA 2024 IKM KKTM MJII

Pendidikan

Pendidikan

Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) dan Institusi Pendidikan Mara memperlawa calon yang berminat dengan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (Technical and Vocational Education and Training) (TVET)  mengemukakan permohonan kemasukan ke IPMa bagi pengambilan sesi Januari, April dan Julai 2024 (Untuk MJII Beranang & KKTM Kuantan/Ledang/Petaling Jaya)

Sebagai makluman, permohonan kemasukan ke Institusi pendidikan Mara (IPMa) mengikut pilihan pemohon seperti IKM / KKTM / MJII boleh dibuat secara atas talian (online)

Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), dan MARA-Japan Industrial Institute (MJII) adalah intitusi-institusi pendidikan di bawah pengurusan Majlis Amanah Rakyat (MARA). IPMa telah ditubuhkan bagi memberikan peluang kepada belia bumiputera dengan menyediakan latihan dan pendidikan untuk melahirkan lebih ramai belia berkemahiran tinggi yang bekerja di dalam industri

Terdapat pelbagai tahap pengajian yang disediakan antaranya termasuklah pengajian peringkat sijil di IKM dan peringkat diploma di KKTM. Kesemua institusi pendidikan MARA telah diiktiraf kelulusannya daripada Kementerian Pendidikan Malaysia

Permohonan Secara Online Kemasukan IPMA (MARA) 2024 IKM KKTM MJII

Dalam ruangan berikutnya, MYsumber sertakan maklumat berkaitan syarat am kelayakan dan info permohonan kemasukan ke Institusi pendidikan Mara (IPMa) IKM / KKTM / MJII bagi sesi pengambilan Januari 2024 yang akan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Tarikh-Tarikh Penting Permohonan Ke IKM KKTM MJII

Permohonan Kemasukan IKM KKTM MJII Sesi Januari 2024

  • Permohonan Dibuka : 15 Oktober 2023
  • Permohonan Ditutup : akan dikemaskini

Permohonan Kemasukan Ke IKM, KKTM, MJII Sesi Julai 2023

Fasa 1

  • Permohonan Dibuka : 1 Mac 2023
  • Permohonan Ditutup : 15 April 2023

Fasa 2

  • Permohonan Dibuka : 16 Mei 2023
  • Permohonan Ditutup : 15 Jun 2023 dilanjutkan sehingga 17 Julai 2023

Cara Buat Permohonan Kemasukan Ke IKM KKTM MJII Sesi Januari 2024

  1. Permohonan kemasukan ke IKM KKTM MJII boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem aplikasi SPUPIM borang permohonan online Institusi pendidikan Mara (IPMa)
  2. Permohonan kemasukan ke IKM KKTM MJII bagi sesi Januari 2024 adalah percuma tidak perlu sebarang pembelian no. pin
  3. Pengguna baru dikehendaki terlebih dahulu mendaftar sebagai pengguna sistem berkenaan bagi membolehkan borang permohonan online dapat diakses sepenuhnya

Aplikasi Permohonan Kemasukan ke IKM KKTM MJII

Syarat Am Kelayakan

Sijil

  1. Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM) Bagi SPM 2015 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
  2. Bumiputera
  3. Warganegara Malaysia
  4. Berumur 18 hingga 40 tahun
  5. Sihat tubuh badan
  6. Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)

Diploma

  1. Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM) Atau LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA ≥ 2 (Permohonan lepasan IKM hanya memerlukan kepujian Bahasa Malaysia sahaja di peringkat SPM) Bagi SPM 2014 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
  2. Bumiputera
  3. Warganegara Malaysia
  4. Berumur 18 hingga 40 tahun
  5. Sihat tubuh badan
  6. Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)

Institusi TVET

  1. IKM : Institut Kemahiran MARA
  2. KKTM : Kolej Kemahiran Tinggi MARA
  3. MJII : MARA – JAPAN Industrial Institut

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai urusan pengambilan pelajar, sila hubungi atau layari Portal Rasmi TVETMARA menerusi judul pautan di bawah

  • Unit Pengambilan Pelajar,
    Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
    Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur
  • Telefon: +60 3 2613 4258
  • Fax: +60 3 2691 4510
  • e-mel : infobkt@mara.gov.my
  • Portal Rasmi TVETMARA
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan