Bacaan Doa Akhir Awal Tahun Hijrah 1445 Dan Amalan Sunat

Agama

Agama

Di Malaysia tarikh 1 Muharram 1445 Hijrah (Awal Muharram / Maal Hijriah) adalah bersamaan 19 Julai 2023 Masihi yang juga merupakan salah satu hari kebesaran Islam

Awal Muharram juga menandakan bermulanya tahun baru di dalam kalendar (Takwim) Islam, dimana ia akan disambut oleh seluruh umat Islam di serata dunia

Tahun Hijrah adalah tahun Islam yang dipersetujui dan dipilih bermula pengiraannya dari tarikh perpindahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah pada tahun 622 Masihi

Hijrah difahami sebagai perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah namun dalam kehidupan masa kini konsep hijrah mestilah difahami dengan betul bagi menjadikan seseorang Islam dapat memanfaatkan apa yang tersurat dan tersirat disebaliknya

Bacaan Doa Akhir Dan Awal Tahun 1444-1445 Hijrah Dan Amalan Sunat

Umum memahami peristiwa hijrah adalah perpindahan besar Rasulullah SAW serta pengikut-pengikut baginda waktu itu dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Kita mengetahui bahawa peristiwa hijrah Rasul itu membuka lembaran baru ke arah penyebaran Islam yang lebih cemerlang. Perpindahan itu bukanlah semata-mata kerana putus asa atau melarikan diri, tetapi ia adalah usaha untuk merubah keadaan yang lebih baik, merencanakan strategi yang lebih mantap supaya dapat mengembangkan syiar Islam di muka bumi ini.

Hijrah dalam konsep kehidupan masa kini adalah mencari kehidupan lebih baik, maju dan sempurna pada masa akan datang. Hijrah sepatutnya membawa perubahan dalam hidup ke arah yang lebih baik, sempurna dan diredai Allah, dimana hasilnya ialah kemenangan kita dalam mempertahankan akidah, agama, cara hidup dan nilai-nilai yang kita amalkan

Sebagai kesimpulan, Hijrah adalah suatu bentuk perubahan yang memerlukan pengorbanan. Tanpa pengorbanan yang ikhlas, proses penghijrahan sukar dilakukan. Pengorbanan pula menuntut semangat jihad dan keyakinan yang tinggi dalam diri. Oleh itu, perubahan dan pengorbanan adalah suatu tuntutan hidup, iaitu berubah dari suatu yang buruk kepada yang baik, dari yang baik kepada yang terbaik

Bersempena dengan Maal Hijrah, umat Islam digalakkan untuk membaca doa akhir dan awal tahun. Berikut adalah lampiran doa akhir dan awal tahun hijrah berserta penerangan waktu untuk mula membaca doa tersebut

Doa Akhir Tahun 1444H

Doa akhir tahun (1444H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1444 Hijrah bersamaan 18 Julai 2023 Masihi (Selasa)

Agama

Doa Awal Tahun 1445H

Doa awal tahun (1445H) pula dibaca selepas menyempurnakan fardhu Maghrib pada 29 Zulhijjah 1444 bersamaan 18 Julai 2023 (malam 1 Muharram 1445H)

*Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas masuknya waktu Maghrib

Agama

Hukum Membaca Doa Akhir Dan Awal Tahun Hijrah

Pada setiap tahun, umat Islam di Malaysia pasti keliru mengenai hukum membaca doa tersebut memandangkan akan ada pihak yang tampil terutamanya di laman media sosial dengan mendakwa bahawa membaca Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun merupakan satu perbuatan yang dilarang

Ia secara tidak langsung akan menimbulkan pelbagai persoalan benarkah apa yang didakwakan itu selain mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat Islam yang ingin beramal pada hari tersebut

Bagi menjelaskan, MYsumber sertakan beberapa video ceramah agama yang boleh menjawab atau jawapan kepada persoalan berhubung dengan perkara ini

Video Penerangan Hukum Membaca Doa Akhir Dan Awal Tahun Hijrah

Amalan Sunat Di Bulan Muharram

Menurut pendapat umum ulama, di antara lain amalan yang boleh dilakukan di bulan Muharram adalah berpuasa sunat pada 10 Muharam (puasa Hari Asyura)

Banyak peristiwa penting berlaku pada 10 Muharam yang menunjukkan dan membuktikan akan kebesaran Allah SWT

Tema Dan Sambutan Maal Hijrah 1445H Di Malaysia

  • Tema sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun 1445H/2023M adalah “Perpaduan Teras Malaysia Madani”
  • Sambutan akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 19 Julai 2023 jam 7.00 pagi
  • Siaran langsung akan bermula jam 7.00 pagi di RTM TV1 dan media sosial rasmi JAKIM

Tema Dan Sambutan Maal Hijrah 1444H Di Malaysia

  • Tema sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun 1444H/2022M adalah “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”
  • Maklumat lain akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Tema Dan Sambutan Maal Hijrah 1443H Di Malaysia

  • Tema sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun 1443H / 2021M adalah “Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti”. Tahun lepas adalah :Ummah Rabbani Negara Harmoni”
  • Pemilihan tema “Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti” adalah bertepatan dengan realiti kehidupan rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk berbilang bangsa, bahasa dan agama yang telah pun dicontohkan di zaman Nabi Muhamad SAW
  • Kewujudan masyarakat yang bersatu atas kepelbagaian ini bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam
  • Ummah Rabbani teras kekuatannya adalah modal insan yang berkualiti dan merupakan tunjang dalam kebanyakan pelan-pelan yang dibangunkan oleh kerajaan
  • Konsep negara harmoni dalam kepelbagaian ini amat berkait rapat dengan maqasid Syariah dan perkara ini turut dinyatakan oleh Imam AI-Ghazali sebagai maslahah yang mengambil manfaat dan menolak keburukan

Related : bacaan doa akhir tahun, 1 muharam, tahun baharu, tahun baru islam, Ya Allah,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan