Calon-calon ujian Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi 3 dahulunya dikenali sebagai sesi November 2023 boleh membuat semakan dan mendapatkan keputusan (result) masing-masing pada minggu terakhir Januari 2024
Sebagai permakluman, tarikh rasmi bagi keputusan MUET Sesi 3 tersebut turut akan diumumkan melalui portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam ruangan pengumuman yang tersedia di portal berkenaan
Dalam pada itu, calon-calon boleh mendapatkan keputusan MUET sesi November 2023 masing-masing melalui semakan secara atas talian (online) atau menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) mulai jam 10 pagi bermula pada tarikh yang telah ditetapkan
Semakan Keputusan MUET Sesi November 2023 (Sesi 3) Secara Online Dan SMS
Semakan keputusan bagi sesi November 2023 akan dikemaskini, berikut adalah rujukan bagi sesi lepas. Maklumat berkaitan, sila rujuk kepada pengemaskinian ringkasan info dalam ruangan berikut
Tarikh Keputusan MUET Sesi 3 2022
- Tarikh : 12 Januari 2023
- Jam : 10.00 pagi
Mekanisme Semakan MUET Sesi 3 November 2022
Semakan Online
Sistem aplikasi semakan Ujian MUET bagi sesi 3 November 2022 secara dalam talian (online) hanya akan diaktifkan (dibuka) bermula pada tarikh dan masa seperti yang telah dinyatakan
Pada hari pertama semakan boleh dibuat, calon berkemungkinan akan menghadapi gangguan capaian untuk mengakses laman sistem aplikasi semakan berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada satu-satu masa yang melebihi kemampuan proses server
Calon-calon disarankan melayari laman sistem aplikasi semakan online berkenaan bukan di waktu puncak
Semakan SMS
- Taip: MUET (jarak) RESULT (jarak) No. Kad Pengenalan dan SMS ke 15888
- Contoh: MUET RESULT 931029084444 sms ke 15888
Keputusan Ujian MUET Sesi 3 November 2022
Keputusan ujian MUET bagi calon sekolah / institusi juga akan dihantar kepada Pengetua sekolah / institusi yang berkenaan melalui SPP JPN. Manakala bagi calon persendirian individu, keputusan akan dihantar kepada calon melalui pos
Permohonan Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET Sesi 3 November 2022
Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan ujian MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan ujian. Caj bagi rayuan penyemakan semula ini ialah RM70.00. Tarikh tutup rayuan penyemakan semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan
Sila rujuk Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) untuk maklumat lebih lanjut
Maklumat Lanjut
Sebarang keterangan dan maklumat lanjut, sila Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di pautan http://www.mpm.edu.my