Calon-calon (pelajar) yang telah membuat application ke Program Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2022 boleh membuat semakan status tawaran secara dalam talian (online)
Sebarang pengumuman atau pemberitahuan berkaitan dengan Keputusan dan Tawaran ke Program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2022 akan diumumkan melalui Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Dalam pada itu, MYsumber akan memaklumkan info seperti tarikh semakan boleh dibuat dan pautan (link) sistem aplikasi semakan keputusan tawaran secara online serta cara membuat rayuan bagi calon yang tidak berjaya
Senarai Sub-Topik
Semakan Keputusan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2022
Sila ikuti maklumat tersebut menerusi ruangan dibawah
Tarikh Semakan Keputusan Tawaran KV & SMT
Tarikh yang dinyatakan adalah rasmi~
- Dibuka : 15 Mac 2022
- Ditutup : 20 Mac 2022
Mekanisme Semakan Tawaran Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik
Terdapat dua kaedah semakan yang boleh digunakan oleh calon untuk membuat keputusan tawaran seperti berikut:
Semakan Online
*Sistem aplikasi semakan hanya diaktifkan (dibuka) bermula pada tarikh seperti yang telah dinyatakan
Sila masukkan / lengkapkan No MyKad anda dalam ruangan yang disediakan di laman sistem aplikasi semakan berkenaan
Kemudian klik pada butang Semakan untuk mengetahui status keputusan tawaran
Semakan SMS
- Semakan melalui perkhidmatan SMS tidak disediakan
Pelajar Berjaya (Cetakan Tawaran Dan Pendaftaran)
- Pelajar yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan
- Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak KV / SMT semasa hari pendaftaran mengikut ketetapan tarikh yang telah dinyatakan dalam surat tawaran
Pelajar Gagal Rayuan
- Pelajar yang gagal dalam mendapat tawaran boleh mengemukakan rayuan
Tarikh Penting KV/SMT 2022, Semakan Keputusan, Rayuan & Pendaftaran
Bil | Perkara | Tarikh | Tindakan / Nota | ||||
1. | Sistem Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) dibuka dan ditutup | 10 Oktober 2021 hingga | Pelajar | ||||
2. | Semakan Pusat PKSK | 7 Januari 2022 | Pelajar | ||||
3. | Semakan keputusan tawaran ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) | 15 hingga 20 Mac 2022 | Pelajar murid Aliran Perdana, semakan tawaran boleh dibuat secara online di laman sesawang KPM· Bagi murid Aliran PAV, surat tawaran akan diserahkan kepada guru SMK PAV oleh KV yang terlibat | ||||
4. | Pendaftaran Murid | – | Pelajar | ||||
5. | Rayuan | 15 hingga 29 Mac 2022 | Calon (pelajar rayuan) boleh hadir terus ke institusi yang terlibat atau yang dipohon untuk membuat rayuan bermula pada tarikh yang akan dinyatakan | ||||
6. | Keputusan Rayuan | 29 April 2022 | Pelajar |
Walk-in / rayuan adalah bergantung kepada kekosongan tempat dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid