Borang permohonan online kad diskaun pelajar KTM i Card student

KTM i Card Student Online Terkini

Pelajar sekolah, kolej dan semua universiti di Malaysia boleh merebut peluang bagi mendapatkan diskaun harga tambang perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sehingga 50 peratus dengan membuat permohonan KTM i- Card Student

KTMB-i- Card Student diperkenalkan oleh pihak yang terlibat untuk mengelakkan penyalahgunaan tambang konsesi pelajar oleh bukan pelajar sekolah, kolej dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ataupun yang sudah menamatkan pengajian. Dengan itu, para pelajar IPTA dan IPTS layak mendapat potongan diskaun 40% dari harga tambang perjalanan untuk perkhidmatan tren Intercity/ETS dan 50% untuk perkhidmatan tren Komuter di Lembah Klang sahaja

Sehubungan dengan itu, mereka yang layak perlu membuat permohonan KTMB-i- Card Student kerana selepas ini tidak lagi boleh menerima diskaun dengan menggunakan kad pelajar sedia ada. Untuk makluman, bermula 5 April 2016, para pelajar boleh membuat permohonan “KTMB i-Card Student” secara atas talian (online) dengan menerusi portal rasmi KTMB

Pemohon boleh mengisi borang pendaftaran secara online dan membuat pembayaran yuran pendaftaran sebanyak RM33 (termasuk caj pengurusan). Pembayaran boleh dibuat secara “internet banking” sama ada melalui kad kredit / debit atau saluran “online banking” yang ditawarkan seperti maybank2u, cimbclicks dan lain-lain

PERMOHONAN TERKINI KAD DISKAUN PELAJAR KTM I-CARD SECARA BORANG ONLINE

Berikut adalah keterangan lanjut mengenai cara terkini membuat permohonan kad diskaun pelajar KTM i-Card serta maklumat penting lain yang berkaitan.

SYARAT PERMOHONAN KTMi – CARD STUDENT
1. Pelajar sekolah menengah, kolej dan Universiti di Malaysia
2. Warganegara Malaysia
3. Bayaran yuran tahunan sebanyak RM33.00 termasuk caj pengurusan
4. Tempoh sah guna kad adalah setahun dari tarikh permohonan atau setelah tamat pengajian
5. Pelajar berumur 24 tahun dan ke atas wajib menyertakan sekali surah pengesahan sebagai pelajar daripada universiti / kolej
PERMOHONAN KTMi-CARD STUDENT SECARA ONLINE

Portal KTMi-Card Online

Aplikasi Permohonan KTMi-Card Online
nota:
Mulai 16 April 2018, KTMi-Card telah memperkenalkan KTMi-Card “Virtual Card” yang lebih cepat, mudah dan dapat menikmati keistimewaan kad dengan lebih segera
KTMi-Card “Virtual” ini boleh digunakan dengan cara menunjukkannya melalui telefon pintar pemegang kad beserta kad pengenalan apabila membeli tiket di kaunter tiket dan semasa pemeriksaan tiket di dalam tren ETS & KTM Intercity
Penggunaan kad fizikal KTMi-Card secara fizikal yang digunapakai sebelum ini hanya boleh digunakan sehingga 30 April 2018 dan semua pelajar perlu menggunakan KTMi-Card  Virtual sepenuhnya bermula 1 Mei 2018
CARA MEMBUAT PERMOHONAN KTMi-CARD STUDENT SECARA ONLINE
1. Layari pautan yang disediakan di atas dan klik butang “New Application”
2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik butang “Check eligibility”
3. Isikan semua maklumat yang diperlukan dan klik butang “Save and proceed next”
4. Isikan maklumat pendidikan dan klik butang “Save education information and proceed next”
5. Isikan semua maklumat yang diperlukan dan klik butang “Save and proceed next”
6. Bagi pelajar berumur 24 tahun dan ke atas sila muatnaik surat pengesahan pelajar dan klik butang “Submit for approval” dan permohonan anda telah berjaya disimpan serta akan diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja
CARA MEMBUAT PEMBAYARAN PERMOHONAN KTMi-CARD STUDENT SECARA ONLINE
1. Setelah berjaya menghantar permohonan secara online, pemohon dikehendaki melakukan pembayaran dengan klik butang “login”
2. Tiba di paparan status permohonan, klik pada butang “proceed payment”
3. Tandakan petak kosong “terms and conditions” dan klik butang “agreed and process with payment”
4. Selesai proses pembayaran, sila tunggu sehingga permohonan anda diluluskan dan boleh menikmati KTMi-Card

 

MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN
Sekiranya sistem aplikasi permohonan secara online KTM i-Card Student mengalami gangguan, pemohon boleh mendapatkan borang manual di portal rasmi KTMB untuk membuat permohonan
Sila Klik Link Portal Rasmi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTMB di saluran dan kaedah seperti berikut
+603 2267 1200
Email: callcenter@ktmb.com.my
Stesen-stesen KTMB yang berhampiran
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan