Syarat terkini masuk aliran sains tingkatan 4 lepasan PT3

Dikemaskini pada

Syarat terkini masuk aliran sains tingkatan 4 sekolah menengah

Baru-baru ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Pakej Mata Pelajaran Menengah Atas (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5) yang akan dijalankan bermula tahun 2020. Ini bermaksud, sistem aliran sains dan sastera seperti yang dijalankan sebelum ini akan digantikan dengan sistem pelbagai pakej

Rasional Pakej Mata Pelajaran Menengah Atas ini diperkenalkan adalah bagi memberikan peluang kepada murid-murid untuk mengenalpasti serta memilih mata pelajaran berdasarkan kecenderungan, minat, dan kebolehan beserta syarat kelayakan yang telah digariskan oleh Institut Pendidikan Tinggi (IPT). Pakej juga disusun mengikut keperluan murid dalam menyambung pengajian ke peringkat IPT seperti Universiti, Matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, Tingkatan 6 dan setaraf

Walaupun mempunyai kebebasan untuk memilih, murid-murid perlu membuat pilihan berdasarkan minat dan kecenderungan dengan mengambil kira pencapaian murid dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Ujian Psikometrik serta Pentaksiran Bilik Darjah. Selain itu, ia juga bergantung kepada kemudahan dan tenaga pengajar yang ada di sekolah. Guru kaunseling serta guru berperanan dalam membantu murid membuat pilihan mata pelajaran yang sesuai

KSSM Menegah Atas akan dilaksanakan dengan memperkenalkan tiga kumpulan mata pelajaran iaitu matapelajaran teras, mata pelajaran wajib, dan mata pelajaran elektif. Mata pelajaran elektif pula akan ditawarkan dengan dua pakej utama iaitu pakej Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik (STEM) serta pakej Sastera & Kemanusiaan

KRITERIA ATAU SYARAT TERKINI KEMASUKAN ALIRAN SAINS TINGKATAN 4

Berikut adalah syarat atau kriteria bagi kemasukan pelajar ke Tingkatan 4 aliran Sains di Sekolah Menengah yang digunapakai semenjak tahun 2015. Disediakan juga jenis-jenis mata pelajaran yang ditawarkan bermula tahun 2020 mengikut kategori serta contoh-contoh pakej mata pelajaran bagi memudahkan murid-murid untuk membuat rujukan

SYARAT KEMASUKAN ALIRAN SAINS TINGKATAN 4 TAHUN 2015
Kriteria 1
Butiran
Pelajar yang mendapat keputusan dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Sains dan Matematikdigalakkan mengikuti aliran Sains di Tingkatan 4 Sekolah Menengah
Kriteria 2
Butiran
Pelajar yang mendapat gabungan gred A/C, B/C atau C/C dalam mata pelajaran Sains dan Matematik mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut, serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik dibenarkan mengikuti aliran Sains di Tingkatan 4
Kes Khas
Butiran
Pelajar yang mendapat gabungan Gred A/D, B/D atau C/D dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam Pentaksiran Sekolah bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut, serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik dibenarkan mengikuti aliran Sains di Tingkatan 4
Tidak Digalakkan
Butiran
Pelajar yang mendapat Gred E dalam mana-mana mata pelajaran Sains dan Matematik tidak digalakkan mengikuti aliran Sains di Tingkatan 4
Info
Maklumat Lanjut
Pelajar yang berminat untuk belajar dalam aliran Sains di Tingkatan 4 boleh berhubung terus dengan pihak sekolah masing-masing bagi mendapatkan keterangan lanjut seandainya keputusan PT3 yang diperolehi menepati kriteria atau syarat sepertimana yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Rujukan
Sumber Rujukan
Sila Klik LinkPDF LampiranSurat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Kriteria Kemasukan Pelajar Tingkatan 4 Aliran Sains Berdasarkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Peringkat Menengah Rendah
MATA PELAJARAN KSSM TINGKATAN 4 DAN 5 TAHUN 2020
Mata Pelajaran Teras
Wajib dipelajari oleh semua murid di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Swasta
Bahasa MelayuBahasa Inggeris
MatematikSains
SejarahPendidikan Islam / Pendidikan Moral
Mata Pelajaran Wajib
Wajib dipelajari oleh semua murid di Sekolah Kerajaan, dan Sekolah Bantuan Kerajaan
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Mata Pelajaran Elektif
Maksimum mana-mana LIMA mata pelajaran elektif (boleh mengambil gabungan daripada kumpulan elektif)*
Elektif STEMElektif Bahasa
Elektif Pengajian IslamElektif Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas
MYNota
*Kenyataan ini tidak terpakai untuk murid di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan murid yang mengambil Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)
MATA PELAJARAN ELEKTIF KSSM
Elektif STEM
SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN
FizikKimia
BiologiMatematik Tambahan
SAINS GUNAAN DAN TEKNOLOGI
Sains Tambahan*Grafik Komunikasi Teknikal
Asas KelestarianPertanian
Sains Rumah TanggaReka Cipta
Sains KomputerSains Sukan
Pengajian Kejuruteraan Awam**Pengajian Kejuruteraan Mekanikal**
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik**Lukisan Kejuruteraan**
MYNota
*Murid yang telah mengambil mata pelajaran Sains Tambahan tidak dibenarkan mengambil bersama-sama mata pelajaran Sains Tulen. Walau bagaimanapun, murid digalakkan untuk mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan sebagai kombinasi
**Pelaksanaan perlu merujuk kepada Surat Siaran Bil. 10 Tahun 2019 dan hanya ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik
MATA PELAJARAN VOKASIONAL
Pembinaan Domestik Pembuatan Perabot
Produksi Reka TandaMenservis Peralatan Elektrik Domestik
Rekaan dan Jahitan PakaianKatering dan Penyajian
Landskap dan NurseriTanaman Makanan
Reka Bentuk Grafik DigitalProduksi Multimedia
Sains KomputerSains Sukan
Pemprosesan MakananAkuakultur dan Haiwan Rekreasi
Pendawaian DomestikMenservis Automobil
Gerantologi Asas dan GeriatikPenjagaan Muka dan Penggayaan Rambut
Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-KanakHiasan Dalaman
Kerja Paip DomestikKimpalan Arka dan Gas
Menservis MotosikalMenservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara
Elektif Bahasa
Bahasa ArabBahasa Cina*
Bahasa TamilBahasa Iban
Bahasa KadazandusunBahasa Semai
Bahasa PerancisBahasa Jepun
Bahasa JermanBahasa Korea**
Bahasa Cina Komunikasi**
MYNota
*Pelaksanaan Bahasa Cina Sekolah Comforming tertakluk kepada surat KP(BS)8502/15/006(22) bertarikh 16 November 2000
**Pelaksanaan di Tingkatan 4 bermula pada tahun 2021
Elektif Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas
Prinsip PerakaunanEkonomi
PerniagaanPengajian Keusahawanan*
Pendidikan Seni VisualPendidikan Muzik
GeografiKesusasteraan Melayu Komunikatif
Kesusasteraan Inggeris**Kesusasteraan Cina
Kesusasteraan Tamil
MYNota
*Pelaksanaan perlu merujuk kepada Surat Siaran Bil. 10 Tahun 2019 dan hanya ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik
**Masa Minimum Jam Setahun adalah 64 jam di Tingkatan 4 dan 32 jam di Tingkatan 5 (rujuk Surat Siaran Bil. 9 Tahun 2019)
Elektif STEM
Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
Pendidikan Syariah IslamiahTasawwur Islam
MATA PELAJARAN KBD
Usul Al-DinAl-Syariah
Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirahAl-Adab wa Al-Balaghah
Al-Manahij Al-Ulum Al-Islami
MATA PELAJARAN VOKASIONAL
Hifz Al-QuranMaharat Al-Quran
Turath Dirasat Al-IslamiahTurath Bahasa Arab
Turath Al-Quran wa Al-Sunnah
PAKEJ MATA PELAJARAN MENENGAH ATAS KSSM 2020
Berikut merupakan antara contoh pakej mata pelajaran menengah atas Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bermula tahun 2020
Terdapat dua pakej mata pelajaran elektif iaitu pakej Sains, Teknologi. Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan pakej sastera dan Kemanusiaan
PAKEJ STEM
Bagi yang ingin mengambil pakej STEM, murid hendaklah memenuhi satu kriteria yang berikut:
Mengambil semua mata pelajaran sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan; atau
Mengambil mana-mana dua pelajaran sains tulen dan Matematik Tambahan serta sekurang-kurangnya satu mata pelajaran elektif STEM sains gunaan dan teknologi atau mata pelajaran daripada bukan elektif STEM; atau
Mengambil sekurang-kurangnya dua mata pelajaran elektif STEM sains gunaan dan teknologi atau mengambil mana-mana satu mata pelajaran vokasional (MPV)
PAKEJ STEM A Huruf
Pakej STEM A adalah bagi murid yang berminat dan layak untuk menyambung pelajaran pada peringkat program Asasi Sains, Program Matrikulasi, dan Pengajian Tingkatan Enam dalam bidang :
BetulSains
Betul Perubatan dan Kesihatan
BetulKejuruteraan
BetulBioteknologi dan sebagainya
Contoh gabungan semua mata pelajaran sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi serta Matematik Tambahan yang boleh diambil oleh murid adalah seperti pakej-pakej berikut:
CONTOHNombor 1
TerasWajibElektif
Bahasa MelayuPendidikan Jasmani &
Pendidikan Kesihatan
Fizik
Bahasa InggerisKimia
MatematikBiologi
SejarahMatematik Tambahan
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
*Pengecualian mata pelajaran teras Sains
CONTOHNombor 2
TerasWajibElektif
Bahasa MelayuPendidikan Jasmani &
Pendidikan Kesihatan
Fizik
Bahasa InggerisKimia
MatematikBiologi
SejarahMatematik Tambahan
Pendidikan Islam / Pendidikan MoralPendidikan Seni Visual
*Pengecualian mata pelajaran teras Sains 
CONTOHNombor 3
TerasWajibElektif
Bahasa MelayuPendidikan Jasmani &
Pendidikan Kesihatan
Fizik
Bahasa InggerisKimia
MatematikBiologi
SejarahMatematik Tambahan
Bahasa Arab 
Pend. Al-Quran dan As-Sunnah
Pend. Syariah Islamiah
*Pengecualian mata pelajaran teras Sains dan Pendidikan Islam 
PAKEJ STEM B Huruf
Pakej STEM B adalah bagi murid yang berminat dan layak untuk menyambung pelajaran pada peringkat tertiari dalam bidang teknologi seperti :
BetulKejuruteran
Betul Sains Komputer
BetulReka Bentuk
BetulTeknologi Pembuatan
BetulPerakaunan dan lain-lain
Contoh gabungan mana-mana dua mata pelajaran sains tulen dan Matematik Tambahan dan sekurang-kurangnya satu mata pelajaran elektif STEM sains gunaan dan teknologi atau mata pelajaran daripada elektif bukan STEM yang boleh diambil oleh murid adalah seperti pakej-pakej berikut;
CONTOHNombor 1
TerasWajibElektif
Bahasa MelayuPendidikan Jasmani &
Pendidikan Kesihatan
Fizik
Bahasa InggerisKimia
MatematikMatematik Tambahan
SejarahGrafik Komunikasi Teknikal
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
*Pengecualian mata pelajaran teras Sains 
CONTOHNombor 2
TerasWajibElektif
Bahasa MelayuPendidikan Jasmani &
Pendidikan Kesihatan
Fizik
Bahasa InggerisKimia
MatematikMatematik Tambahan
SejarahPengajian Kejuruteraan Awam
Pendidikan Islam / Pendidikan MoralLukisan Kejuruteraan
*Pengecualian mata pelajaran teras Sains 
CONTOHNombor 3
TerasWajibElektif
Bahasa MelayuPendidikan Jasmani &
Pendidikan Kesihatan
Fizik
Bahasa InggerisBiologi
MatematikMatematik Tambahan
SejarahSains Sukan
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
*Pengecualian mata pelajaran teras Sains 
PAKEJ STEM 
Pakej STEM C adalah bagi murid yang berminat dan layak untuk menyambung pelajaran pada peringkat sijil dan diploma di universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan institusi kemahiran dalam bidang :
BetulPerniagaan
BetulReka bentuk fesyen 
BetulHospitaliti
BetulReka Bentuk Media dan sebagainya
Contoh gabungan sekurang-kurangnya dua mata pelajaran elektif STEM sains gunaan dan teknologi atau mengambil mana-mana satu Mata Pelajaran Vokasional bagi kategori ini adalah seperti berikut:
CONTOHNombor 1
TerasWajibElektif
Bahasa MelayuPendidikan Jasmani &
Pendidikan Kesihatan
Sains Komputer
Bahasa InggerisReka Cipta
MatematikPendidikan Seni Visual
Sejarah
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
Sains
CONTOHNombor 2
TerasWajibElektif
Bahasa MelayuPendidikan Jasmani &
Pendidikan Kesihatan
Produksi Reka Tanda
Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
Sains
CONTOHNombor 3
TerasWajibElektif
Bahasa MelayuPendidikan Jasmani &
Pendidikan Kesihatan
Sains Tambahan
Bahasa InggerisMatematik Tambahan
MatematikGrafik Komunikasi Teknikal
Sejarah
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
Sains
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila rujuk kepada surat pekeliling yang dikeluarkan KPM
Sila Klik LinkSurat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 6 Tahun 2019
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!
Close