Pakej UNIFI 2023 (Senarai Harga Plan Internet Terbaru)

Pakej Unifi Terkini

Pakej Unifi Terkini

Pada tahun 2010, Telekom Malaysia selaku syarikat perkhidmatan telekomunikasi utama negara telah melancarkan UNIFI sebagai penyedia jalur lebar menggantikan Streamyx. Kebanyakan rakyat di Malaysia melanggan perkhidmatan yang disediakan oleh UNIFI untuk melayari internet tanpa sempadan. Berikut dikongsikan Pakej UNIFI 2023 (Senarai Harga Plan Internet Terbaru) sebagai panduan untuk orang ramai

Kerajaan telah melaksanakan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) baharu yang menurunkan harga langganan internet. Pelaksanaan MSAP yang berkuat kuasa 1 Mac 2023 dijangka menurunkan harga maksimum perkhidmatan jalu lebar berkelajuan tinggi hingga sekitar 50 peratus kepada pengguna. Oleh itu, pengguna mempunyai pilihan untuk memilih pakej jalur lebar internet yang berbaloi dengan tahap penggunaan masing-masing

Pakej Unifi, Plan Harga Package Internet TM 2023 (Murah)

Di bawah adalah maklumat berkaitan Pakej UNIFI 2023 (Senarai Harga Plan Internet Terbaru) yang dikemaskini pada Oktober 2023. Pakej yang ditawarkan adalah mengikut kelajuan jalur lebar yang bermula 30Mbps sehingga 2Gbps tertakluk kepada capaian lokasi. Turut disertakan adalah perkhidmatan yang disediakan bersama dalam pakej yang ditawarkan

Senarai Pakej Unifi Home

1. 30Mbps Rahmah – RM69

  • Pakej ini hanya untuk pelanggan yang terpilih sahaja
  • Internet tanpa had
  • Kontrak selama 24 bulan
  • Kelajuan muat naik 10mbps
  • Kelajuan muat turun 30mbps
  • Standard Wi-Fi 5 router
  • Panggilan percuma kepada talian tetap TM
  • 20 sen/min kepada talian tetap lain

2. 100Mbps – RM99 (RM89 waktu terhad sahaja)

  • Internet tanpa had
  • Kontrak selama 24 bulan
  • Kelajuan muat naik 50mbps
  • Kelajuan muat turun 100mbps
  • Standard Wi-Fi 5 router
  • Panggilan percuma kepada talian tetap TM
  • 20 sen/min kepada talian tetap lain
  • Jaminan Perkhidmatan Bantuan 24 Jam

3. 300Mbps – RM139

  • Internet tanpa had
  • Kontrak selama 24 bulan
  • Kelajuan muat naik 50mbps
  • Kelajuan muat turun 300mbps
  • Wi-Fi 6 router
  • Panggilan percuma 600 minit
  • Panggilan percuma kepada talian tetap TM
  • 10 sen/min kepada talian tetap lain
  • Jaminan Perkhidmatan Bantuan 24 Jam

4. 500Mbps – RM159

  • Internet tanpa had
  • Kontrak selama 24 bulan
  • Kelajuan muat naik 100mbps
  • Kelajuan muat turun 500mbps
  • Wi-Fi 6 router
  • Panggilan percuma 600 minit
  • Panggilan percuma kepada talian tetap TM
  • 10 sen/min kepada talian tetap lain
  • Jaminan Perkhidmatan Bantuan 24 Jam

5. 1Gbps – RM289

  • Internet tanpa had
  • Kontrak selama 24 bulan
  • Kelajuan muat naik 500mbps
  • Kelajuan muat turun 1Gbps
  • Wi-Fi 6 router
  • Panggilan percuma 600 minit
  • Panggilan percuma kepada talian tetap TM
  • 10 sen/min kepada talian tetap lain
  • Jaminan Perkhidmatan Bantuan dalam masa 12 jam waktu bekerja
  • Pemasangan dalam masa 24 jam (bergantung kepada kekosongan pegawai pemasangan)

6. 2Gbps – RM319

  • Internet tanpa had
  • Kontrak selama 24 bulan
  • Kelajuan muat naik 1Gbps
  • Kelajuan muat turun 2Gbps
  • Wi-Fi 6 router
  • Panggilan percuma 600 minit
  • Panggilan percuma kepada talian tetap TM
  • 10 sen/min kepada talian tetap lain
  • Jaminan Perkhidmatan Bantuan dalam masa 12 jam waktu bekerja
  • Pemasangan dalam masa 24 jam (bergantung kepada kekosongan pegawai pemasangan)

Pakej UNIFITV

Berikut pula adalah pakej yang disediakan bersama langganan UNIFI TV, Disney Hotstar dan HBO GO. Pelanggan akan menerima UNIFI TV Box secara percuma untuk dipasang bersama televisyen masing-masing

  1. 100Mbps – RM144.90
  2. 300Mbps – RM194.90
  3. 500Mbps – RM214.90
  4. 1Gbps – RM344.90
  5. 2Gbps – RM374.90

Untuk maklumat lanjut yang lebih jelas, sila rujuk grafik berikut :-

Informasi

Semak Liputan UNIFI

Sebelum melanggan, orang ramai boleh menyemak liputan jalur lebar yang disediakan oleh UNIFI mempunyai capaian yang baik atau tidak di kawasan yang didiami. Langkah ini penting supaya kelajuan jalur lebar yang dilanggan dapat dicapai pada tahap maksima dan memuaskan. Untuk membuat semakan liputan UNIFI, klik pada pautan di bawah

  1. Layari : Portal Semakan Liputan UNIFI
  2. Klik pada “Fibre Broadband”
  3. Masukkan alamat rumah seperti nama jalan atau nama bangunan dengan tepat
  4. Klik “Check Now”

Maklumat lanjut

Untuk orang ramai yang berminat untuk melanggan Pakej UNIFI 2023 (Senarai Harga Plan Internet Terbaru), sila rujuk pautan di bawah atau hubungi talian bantuan seperti berikut

Related : sesuai untuk, ultimate pack, rm349 sebulan, kelajuan internet, pelan unifi, isi rumah,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan