Individu warganegara Malaysia yang telah mencapai umur 21 tahun adalah berkelayakan untuk membuat pendaftaran pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi bagi Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan Parlimen, DUN, Daerah Mengundi dan Lokaliti yang diadakan di Malaysia
Di sini bermulanya peranan serta hak rakyat sebagai pengundi untuk memilih para pemimpin serta parti politik yang akan menerajui tampuk pemerintahan kerajaan. Orang ramai perlu mendaftar untuk mengundi semasa pilihan raya dijalankan dan membuat pertukaran alamat untuk kemaskini serta memohon Borang 1A untuk mengundi pos
Sebagai makluman, semakan daftar pemilih (pengundi) dijalankan di sepanjang tahun, seperti yang diperuntukkan di dalam undang-undang
Kepada mereka yang telah membuat pendaftaran pemilih melalui saluran yang sah boleh membuat semakan secara dalam talian (online) atau menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Semakan juga boleh dibuat melalui Aplikasi MySPR Semak dengan hanya menggunakan nombor kad pengenalan
Senarai Sub-Topik
Cara Semakan Nama Daftar Pemilih (Pengundi) SPR Secara Online Dan SMS Mengundi PRU PRK
Berikut adalah maklumat dan butiran berkaitan yang diperlukan
MEKANISME SEMAKAN NAMA DAFTAR PEMILIH PILIHAN RAYA PRU PRK | ||||||||||
SPR
| ||||||||||
MAKLUMAT DAN PERTANYAAN |
Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi talian (call center) |
No. Telefon: 03-8892 7000 atau 03-88927018 |
Bilangan kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah 222 kerusi dan kerusi DUN sebanyak 505 kerusi di mana Sarawak adalah terkecuali daripada mengadakan Pilihanraya Negeri (PRN) kerana ianya baru sahaja diadakan pada 7 Mei pada 2017. Negeri Sabah juga telah mengadakan PRN pada 26 September 2020. |
MAKLUMAT DAN CARA MEMBUAT PENDAFTARAN PEMILIH
Di Malaysia, syarat minimum bagi seseorang untuk layak mereka menjadi pemilih ialah seorang warganegara Malaysia, telah mencapai umur 21 tahun, bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan dan tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa |
Mereka yang berkelayakan mengundi boleh membuat pendaftaran (mendaftar) di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya, Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri, Pejabat-Pejabat Pos atau melalui unit-unit bergerak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) |