PADU 2024 : Sistem Pangkalan Data Utama – Cara Daftar & Kemaskini

Informasi

Informasi

Pada 2 Januari 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan Pangkalan Data Utama (PADU) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). PADU merupakan sebuah sistem yang dibangunkan kerajaan ke arah digitalisasi dan penghasilan analitik yang tepat menerusi kewujudan pangkalan data utama negara yang selamat. Ianya akan menghubungkan data dalam satu sistem yang bersepadu dengan menggabungkan semua maklumat dari jabatan dan agensi kerajaan. Sekaligus dapat membantu meningkatkan lagi kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Seiring peredaran zaman dan kemajuan teknologi yang ada, pelancaran sistem PADU dilihat bertepatan dengan keperluan masa kini kerana dengan adanya satu pangkalan data sosioekonomi negara yang bersepadu, ianya dapat memberikan gambaran seadilnya berkenaan kedudukan sosio-ekonomi setiap isi rumah rakyat di negara Malaysia. Sistem ini dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam daripada tiga agensi utama iaitu Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) serta kerjasama agensi lain.

Dengan adanya sistem pangkalan data yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap ini, ramai yang tertanya mengenai keselamatan maklumat yang bakal dimuatnaik secara atas talian (online) tersebut. Namun begitu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil telah menjelaskan bahawa rakyat Malaysia boleh menggunakannya tanpa ragu atau risau terhadap tahap keselamatan data peribadi. Ini kerana ianya dibangunkan bersama entiti seperti Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), CyberSecurity Malaysia dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) sekaligus menunjukkan aspek keselamatan siber adalah dititikberatkan.

Justeru bermula 2 Januari ini, semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar dan mengemas kini maklumat ke dalam sistem PADU. Antara kepentingan mendaftar PADU adalah memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima bantuan, subsidi bersasar dan perlindungan sosial. Dengan ini kerajaan dapat mengenalpasti kumpulan sasar yang memerlukan bantuan dengan lebih terperinci dan subsidi bersasar akan dapat disampaikan dengan lebih berkesan dan menyeluruh.

Cara Daftar & Kemaskini PADU: Sistem Pangkalan Data Utama 2024

Berikut akan dikongsikan beberapa maklumat penting mengenai sistem Pangkalan Data Utama PADU 2024 serta info lain yang berkaitan

Apa itu PADU?

PADU atau Pangkalan Data Utama adalah sebuah sistem yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia. Maklumat profil ini akan dikemaskini secara berkala menerusi pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber. Oleh itu, rakyat Malaysia boleh mendaftar dan membuat semakan serta pengemaskinian maklumat secara terus dalam sistem PADU.

Adakah PADU sama dengan ID Digital Nasional (IDN) ? 

Tidak sama. PADU adalah sebuah pangkalan data yang mengandungi maklumat individu manakala IDN pula adalah pengenalan diri secara digital yang memudahkan seseorang individu bagi melaksanakan urusan dalam talian.

Buat masa ini, sistem PADU menggunakan pengesahan identiti individu melalui e-KYC sahaja. Pengintegrasian IDN dengan sistem PADU akan dilaksanakan kelak.

Kenapa Perlu Daftar PADU / Kemaskini PADU?

Pendaftaran dan kemaskini PADU perlu dilakukan agar rakyat Malaysia yang layak dan memerlukan bantuan tidak tercicir atau terlepas daripada mendapat bantuan yang sewajarnya seperti pemberian subsidi, bantuan kewangan mahupun perlindungan sosial.

Dengan ini kerajaan dapat memperoleh data maklumat setiap rakyat dengan lebih komprehensif dan sesuai dengan latarbelakang situasi sosio-ekonomi yang terperinci agar bantuan dapat sampai ke golongan sasaran.

Objektif

  1. Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi penghasilan analitik berkala dan digitalisasi tanpa ketirisan.
  2. Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
  3. Mengimbangi kedudukan fiskal menerusi pelaksanaan dasar secara bersasar.

Matlamat

  • Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
  • Melaksanakan pengukuhan dalam penggunaan sumber yang terhad.
  • Melaksanakan pemerkasaan sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
  • Merapatkan jurang sosioekonomi dengan memenuhi keperluan rakyat serta mengimbangi pembangunan.

Informasi

Informasi

Tarikh Pendaftaran & Kemaskini PADU

Rakyat malaysia boleh membuat pendaftaran dan pengemaskinian di Sistem PADU pada:

  • Mulai 2 Januari 2024

Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas adalah digalakkan untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat anda ke dalam sistem dan mengesahkan 39 maklumat peribadi yang diperlukan sebelum 31 Mac 2024

Pendaftaran baharu, kemaskini maklumat dan semakan dalam sistem PADU adalah PERCUMA. Tiada bayaran yang akan dikenakan

Cara Daftar & Kemaskini PADU

Buat masa ini, terdapat dua kaedah untuk melakukan pendaftaran dan kemas kini PADU iaitu:

  1. Menerusi Online (secara atas talian)
  2. Melalui Kaunter PADU

Langkah Untuk Daftar Secara Online

Layari Portal PADU: https://www.padu.gov.my/

DAFTAR

Klik pada butang ‘Log Masuk‘ atau ‘Daftar Sekarang‘ di halaman / paparan utama sistem PADU bagi memulakan proses pendaftaran.

LANGKAH 1 : MAKLUMAT ASAS

Isikan maklumat asas seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, poskod dan e-mel.

Maklumat pendaftaran mestilah sama seperti yang tertera pada Kad Pengenalan. Isikan no. telefon bimbit dan e-mel yang sah serta aktif untuk penerimaan OTP.

Informasi

LANGKAH 2 : PENGESAHAN AKAUN (OTP)

Masukkan kod One-Time Password (OTP) yang diterima melalui SMS / alamat e-mel yang telah didaftarkan.

Pengguna perlu mengisi OTP yang diterima menerusi SMS / emel. Permohonan semula diperlukan sekiranya tidak menerima OTP dalam tempoh ditetapkan atau tamat tempoh pengisian

LANGKAH 3 : TETAPKAN KATA LALUAN

Isi kata laluan mengikut kriteria yang telah ditetapkan

Kata laluan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 8 aksara dengan kombinasi huruf kecil, huruf besar dan simbol istimewa (*%S). Kata laluan ini diperlukan bagi log masuk untuk proses semakan dan pengemaskinan maklumat.

PENGESAHAN IDENTITI

Setelah selesai, imbas kod QR yang dipamerkan bagi membuat pengesahan identiti (e-KYC) untuk menyempurnakan pendaftaran akaun.

Pengguna dibenarkan klik butang ‘seterusnya’ jika mahu melakukan pengesahan eKYC kemudian

Beikut adalah 3 langkah mudah eKYC atau proses pengesahan identiti untuk melindungi maklumat indvidu:

  1. Sila imbas QR kod yang tertera menggunakan telefon bimbit
  2. Ambil gambar Kad Pengenalan (depan & belakang)
  3. Ambil gambar swafoto

Informasi

Setelah berjaya mendaftar, pengguna akan menerima notifikasi melalui telefon bimbit seperti di bawah:

Informasi 

Informasi

Lupa Kata Laluan

Informasi 

Langkah Untuk Daftar Secara Manual di Kaunter

Berikutan capaian internet di luar bandar adalah berbeza berbanding di bandar, kerajaan waspada atas kekangan ini dan memperkenalkan pelbagai kaedah atau mod pendaftaran dan pengemaskinian maklumat bagi setiap warganegara Malaysia di dalam sistem PADU. Berikut adalah penjelasannya:

Informasi

Dokumen Penting Semasa Pendaftaran / Pengemaskinian PADU Secara Manual di Kaunter

Informasi

Promosi Daftar Dapat Percuma Kad NFC Touch ‘N Go

3,000 individu yang mendaftar ke dalam sistem Pangkalan Data Utama layak mendapat kad Touch n’ Go NFC secara percuma dengan ikuti langkah berikut:

1. Layari sistem PADU setelah dibuka secara rasmi selepas perasmian oleh Perdana Menteri pada tengah hari 2 Januari 2024.

2. Daftar maklumat ke dalam sistem PADU menerusi peranti sendiri atau di kaunter yang disediakan di luar Dewan Perdana, Putrajaya International Convention Centre (PICC)

3. Tunjukkan bukti pendaftaran kepada petugas di kaunter pendaftaran PICC

4. Pengguna yang telah berjaya daftar layak menerima kad Touch n’ Go NFC sekiranya stok masih ada

Promosi Diskaun di MYDIN

Pasaraya MYDIN turut menyediakan promosi bagi mereka yang mendaftar PADU. Untuk menikmati diskaun kad PADU di cawangan MYDIN, pengguna dikehendaki mendaftar di MYDIN REWARDS WEBAPP melalui mana-mana pelayar internet dalam telefon pintar, tablet, komputer riba atau PC anda

Setelah itu, pengguna perlu memasukkan kod verifikasi yang disediakan oleh pihak PADU setelah selesai proses verifikasi pada bahagian kod penebusan MYDIN REWARDS WEBAPP seperti paparan berikut:

Cara Tebus

1. Selesaikan pendaftaran di website PADU
2. Setelah selesai pengesahan & perakuan di website PADU, pengguna akan menerima emel Perakuan Profil Individu. Simpan kod perakuan yang diterima
3. Selepas itu, imbas Kod QR di bawah atau layari https://rewards.mydin.com/
4. Isikan nombor telefon dan butiran yang diperlukan. Klik ‘Get Verification Code’ dan masukkan kod pengesahan OTP yang dihantar ke nombor telefon
5. Selesai mendaftar, pergi ke bahagian ‘My Voucher’ dan klik ‘View Rewards’.
6. Di bahagian ‘Redeem Code’, masukkan kod perakuan yang telah ditema daripada emel PADU
7. Klik ‘Available Voucher’ dan pengguna akan menerima kupon promosi MYDIN. Klik ‘Use Now’ untuk menggunakan kupon dan tunjuk kupon tersebut semasa membuat pembayaran di cawangan MYDIN

Promosi Minggu Ini

Informasi

Video Penjelasan

Maklumat Lanjut

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi atau layari perincian berikut:

  • Laman Web Rasmi: https://padu.gov.my/
  • Soalan Lazim : FAQ PADU
  • Hotline MyGCC: 1-800-88-7720 (8.00 pagi hingga 6.00 petang0
  • Hotline Jabatan Perangkaan Malaysia : 1-800-88-7721 (7.30 pagi hingga 10.00 malam) *Mulai 5 Januari 2024
  • Aduan secara online melalui SiSPAA (24 jam setiap hari): https://padu.spab.gov.my/

Informasi

*Penafian: Maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan maklumat rasmi daripada Portal Rasmi PADU. Sebarang permohonan dan semakan lanjut sekiranya ada perlulah dibuat terus di laman web portal rasmi berkenaan.

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan