Ucapan Terkini Selamat Tahun Baru Cina 2025 CNY Malaysia

Informasi

Informasi

Tahun Baru Cina (Chinese New Year) merupakan perayaan terpenting untuk orang berbangsa Cina dalam menyambut tahun baru mengikut kalendar qamari Cina

Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Untuk tahun 2025, perayaan tahun baru cina (Tahun Ular) akan disambut oleh rakyat Malaysia yang beragama Buddha pada tarikh 29 Januari 2025

Tahun Baru Cina juga dianggap sebagai detik permulaan (kosong-kosong), titik permulaan juga penentuan nasib dalam menjalani kehidupan yang mendatang

Ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2025 (Chinese New Year) Malaysia

Persediaan Dan Cara Sambutan Tahun Baru Cina 2025 Di Malaysia:

  • Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru
  • Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang
  • Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau
    Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin
  • Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin
  • Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang
    Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei

Selamat Tahun Baru Cina 2025

Berikut MYsumber sertakan koleksi ucapan selamat tahun baru cina untuk yang mahu dedikasikan melalui sistem aplikasi komunikasi WhatsApp atau di Facebook, Twitter, Instagram mahupun di rangkaian laman media sosial lain terutamanya kepada mereka yang menyambut perayaan tahun baru cina

Koleksi Ucapan Terkini Tahun Baru Cina 2025 Malaysia

  • Apabila teks WhatsApp ini kamu terima, aku harap di tahun baru ini ia akan membawa kebahagiaan dan kejayaan buatmu. “Gong Xi Fa Cai”
  • Hei..lihat ada bintang jatuh! cepat buat hajat. Kalau aku minta supaya di tahun baru ini yang baca mesej ku ini akan menjadi sahabat ku selamanya.“Gong xi Fa Cai”
  • Mulakan hari di tahun baru dengan membuka lembaran baru. “Gong Xi Fa Cai”
  • “Gong Xi Fa Cai” semoga tahun baru ini, persahabatan kita akan menjadi lebih baik meskipun kita berbeza agama, budaya dan bangsa tapi kita tetap sehati sejiwa
  • Di tahun baru ini aku percaya akan catatan kecil yang selalu mengingatkan untuk selalu tersenyum, Bahagia, bermain dan merayakan pesta bersamamu. -Gong Xi Fa Cai-
  • Ketika jam sudah menunjukkan jam 12.01 pagi ia bererti kita harus siap sedia menghadapi tahun baru. Semoga kebahagian dan kekayaan bersamamu. -Gong Xi Fa Cai-
  • Raihlah bintang di malam tahun baru ini, semoga apa yang menjadi keinginanmu akan tercapai. -Gong xi fa cai-
  • Mengharapkan tahun barumu dimulakan dengan senyuman dan hati yang bersih. Semoga berbahagia selalu. -Gong xi fa cai-
Bahasa MandarinBahasa Melayu
Xin Nian Kuai LeSelamat tahun baru
Shen Ti Jian KangSemoga selalu sihat
Da Ji Da LiSemoga mendapat berkat dan keuntungan besar
Bu Bu Gao ShengSemoga maju jaya /dapat kenaikan pangkat, hubungan baik /usaha meningkat
Sheng Yi Xing RongSemoga usaha bertambah maju
Wan Shi Ru YiSemoga semua permintaan dipenuhi
Gong Xi Fa ChaiTahniah moga mendapat lebih kekayaan / Berbahagia dan cepat kaya
Nian Nia You YuSemoga tiap-tiap tahun baharu selalu makmur
Kiong Hi Fat Coi Ang Pau Na LaiSelamat tahun baru angpaunya tolong diberikan kepada saya
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan