Kadar Harga Terkini Buat Passport Malaysia Antarabangsa Cara Renew Online

Berita

Berita

Jabatan Imigresen Malaysia telah mengumumkan bahawa kadar bayaran membuat atau memperbaharui passport Malaysia Antarabangsa untuk tempoh lima tahun bagi warganegara Malaysia adalah sebanyak RM200

Kadar bayaran baharu tersebut menyaksikan pengurangan sebanyak RM100 jika dibandingkan dengan kadar harga terdahulu iaitu sebanyak RM300

Dengan pengurangan kadar bayaran untuk tempoh lima tahun, Pasport Malaysia Antarabangsa untuk tempoh sah selama dua tahun telah dimansuhkan

Bayaran pasport untuk warga emas, kanak-kanak di bawah 12 tahun dan jemaah haji dikenakan bayaran sebanyak RM100 berbanding kadar asal iaitu sebanyak RM150

Kadar Harga Terkini Buat Passport Malaysia Antarabangsa Serta Cara Pembaharuan (Renew) Secara Online

Manakala, bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak dikenakan bayaran untuk perkhidmatan tersebut

Justeru, hanya Pasport Malaysia Antarabangsa tempoh sahlaku lima (5) tahun sahaja yang akan dikeluarkan dengan kadar bayaran seperti maklumat dalam ruangan berikut

Tarikh Kuatkuasa Kadar Bayaran Passport Antarabangsa Malaysia

  • Pembaharuan / Permohonan : 15 Januari 2015 hingga kini

Senarai Kadar Bayaran Buat Passport Malaysia Antarabangsa

  1. Pemohon biasa (13 tahun hingga 59 tahun) : RM200
  2. Warga emas (60 tahun ke atas) : RM100
  3. Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah) : RM100
  4. Pelajar mengikuti program ijazah di luar negara ( 21 tahun dan ke bawah) : RM100
  5. Jemaah Haji (surat pengesahan dari Tabung Haji atau agensi yang dilantik) : RM100
  6. Orang Kelainan Upaya (OKU) : Gratis (percuma)

Tempoh Sah Laku 5 Tahun

Permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa boleh dibuat di semua pejabat Imigresen

Cara Permohonan Pembaharuan (Renew) Passport Antarabangsa Malaysia Secara Online – MyIMMS eServices

MYonline Pasport adalah satu kaedah sebagai kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia sahaja secara atas talian melalui internet.

Mulai 11 Mei 2022, Sistem Temujanji Online (STO) yang diperkenalkan oleh Imigresen Malaysia telah dimansuhkan. Urusan “Walk In” ke mana-mana cawangan Imigresen Malaysia hanya dibuka untuk :

  • Permohonan passport kali pertama
  • Permohonan pelanjutan kanak-kanak 13 tahun ke bawah
  • Kehilangan atau kerosakan passport
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  • OKU
  • Pelajar berumur 21 tahun dan ke bawah yang menyambung pelajaran peringkat Ijazah di luar negara
  • Jemaah yang akan menunaikan ibadah Haji

Pemohon yang ingin membuat pembaharuan pasport secara atas talian, ikuti langkah-langkah berikut

  1. Sila layari Portal Rasmi MyOnline Passport : https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport
  2. Tekan butang Setuju
  3. Isi maklumat peribadi pada ruangan yang disediakan
  4. Pilih pejabat pungutan yang terdekat
  5. Klik Carian
  6. Pastikan untuk membaca Peringatan yang dipaparkan dan klik Setuju
  7. Muat naik gambar yang sesuai dan menepati saiz yang ditetapkan
  8. Klik pada kotak pengakuan sebagai tanda persetujuan
  9. Klik Teruskan Kepada Bayaran
  10. Buat bayaran menggunakan kad debit, kad kredit atau FPX
  11. Pastikan muat turun dan simpan resit bayaran serta transaksi kerana cawangan kutipan, tarikh dan masa kutipan akan ditunjukkan dalam resit tersebut
  12. Pemohon perlu hadir ke cawangan kutipan pada masa yang ditetapkan dengan membawa bersama resit, kad pengenalan dan passport asal. Pemohon bawah 18 tahun, sila bawa kad pengenalan penjaga dan surat beranak

Pemohon yang mempunyai masalah cap jari boleh meneruskan bayaran dan hadir terus ke pejabat pemungut yang dipilih bagi pengambilan cap jari

Semakan Status Permohonan Pembaharuan Pasport Online

Pemohon akan menerima notifikasi melalui emel dalam tempoh 3 hari bekerja untuk kelulusan pasport dan hadir ke pejabat pungutan sekiranya tidak mendapat notifikasi selepas tempoh tersebut. Semakan status permohonan pembaharuan pasport juga boleh disemak dengan cara berikut

  1. Buka pautan berikut : https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport?pertanyaanStatusPMA\
  2. Isi maklumat yang diperlukan dan tekan butang Carian
  3. Status permohonan akan dipaparkan

Infografik

Berita

Maklumat Halaman Utama Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia

Menerusi halaman utama Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia, pengguna boleh menggunakan kemudahan yang disediakan diantaranya seperti berikut

  • a. Semakan Status Kawalan Imigresen untuk Warganegara Malaysia – Blacklist (SSPI)
  • b. Semakan Status Permohonan Pas Pelajar
  • c. Semakan Status Permohonan Permit Masuk (myOnlinePermit)
  • d. Semakan Permohonan Pembantu Rumah / Pekerja Asing
  • e. Lain-Lain Semakan Dan Perkhidmatan Secara Dalam Talian (Online)
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan