Jumlah Kadar Pendapatan Peratus Bonus Tabung Haji TH 2022 – 2023

Berita

Berita

Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka akan mengumumkan bonus tahunan (Hibah) atau lebih dikenali sebagai bonus tabung haji bagi kewangan berakhir 31 Disember 2022 kepada pendeposit pada minggu pertama bulan Februari 2023 atau selewat-lewatnya pada bulan Mac 2023

Kadar peratusan bonus tahunan Tabung Haji yang bakal diumumkan itu dijangka kompetitif dengan kadar pulangan akaun deposit tetap Perbankan Islam dan Konvensional

Seandainya pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 Tabung Haji mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan, selain Bonus Tahunan pendeposit turut mendapat pulangan pemberian Bonus Haji seperti tahun-tahun sebelumnya

Namun begitu sejak tahun 2018 yang lalu, tiada Hibah Haji atau bonus haji diberikan sehingga tahun 2021. Bagaiman untuk tahun ini? Sama-sama kita nantikan dan berdoa agar kadar pengagihan peratus bonus hibah tabung haji lebih baik untuk tahun mendatang.

Jumlah Pendapatan Kadar Peratus Bonus (Hibah) Tahunan Tabung Haji (TH) 2022

Berikut adalah carta senarai agihan pendapatan peratusan Bonus (Hibah) Tahunan Tabung Haji (TH) dan Bonus (Hibah) Haji bagi tahun terkini dan rekod tahun yang terdahulu.

Apa itu Bonus Tabung Haji? 

Bonus Tabung Haji atau kadar agihan keuntungan TH adalah pengagihan atau pemberian kadar keuntungan kepada pendeposit mengikut prestasi dan kemampuan kewangan TH pada tahun semasa dan tertakluk kepada pematuhan dan kehendak Akta Tabung Haji 1995

Info Bonus (Hibah) Tahunan Dan Bonus (Hibah) Haji Tahun 2022 : Tabung Haji (TH)  telah mengumumkan agihan hibah atau bonus kepada pendeposit sebanyak 3.10% peratus dan tiada tambahan hibah haji peratus kepada yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2022 pada hari Jumaat, 28 April 2023.

Jadual Jumlah Kadar Peratus Bonus Tabung Haji (TH)

Berikut adalah % Bonus (Hibah) Pendeposit Tabung Haji Tahun 2022 -1994 :

2022

  • Hibah Tahunan : 3.10%
  • Hibah Haji : –

2021

  • Hibah Tahunan : 3.10%
  • Hibah Haji : –

2020

  • Hibah Tahunan : 3.10%
  • Hibah Haji : –

2019

  • Hibah Tahunan : 3.05%
  • Hibah Haji : –

2018

  • Hibah Tahunan : 1.25%
  • Hibah Haji : –

2017

  • Hibah Tahunan : 4.5%
  • Hibah Haji : 1.75%

2016

  • Hibah Tahunan : 4.25%
  • Hibah Haji : 1.5%
Tahun Hibah Tahunan Hibah Haji
20155%3%
20146.25%2%
20136%2%
20126.5%1.5%
20116%1.5%
20105.5%1.5%
20095%1.5%
20085%1.5%
20075%2%
20064.75%2%
20054.5%2%
20044.3%2%
20034%2%
20023.5%2%
20013.25%2%
20005.5%2%
19998%2%
19988%2%
19979.5%2%
19969.5%2%
19959.5%2%
19949.5%2%

 

*Bonus haji adalah bonus khas yang diberi kepada para pendeposit TH yang belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa

Pemberian Bonus Haji menunjukkan keiltiziman TH dalam menjaga kebajikan para pendeposit

Perbezaan / Fahami Bonus (Hibah) Tahunan Tabung Haji Dan Bonus (Hibah) Haji

Apakah Bonus (Hibah) Tahunan TH?

  • Merupakan bonus yang diistiharkan oleh Tabung Haji (TH) mengikut prestasi Kewangan tahun semasa
  • Ianya diberi bagi menghargai kesetiaan pendeposit yang sentiasa yakin dan aktif menyimpan di TH

Apakah Bonus (Hibah) Haji?

  • Merupakan bonus khas yang diberikan kepada pendeposit yang belum menunaikan haji bagi meningkatkan tabungan mereka
  • Majoriti pendeposit mendapat bonus haji ini

Panduan Cari Kira Bonus (Hibah) Tabung Haji Tahun 2022 

Bonus (Hibah) Tahunan TH (3.10%)

(Baki purata minima bulanan akaun TH (Jan – Dis 2022) (÷) 12 bulan (×) 3.10%. Contoh pengiraan

Bonus (Hibah) Haji (?%)

Bonus Haji diberikan kepada mereka yang belum pernah menunaikan haji sahaja

1. Akaun simpanan yang baki purata minima bulanan kurang dari bayaran Haji (RM9,980)

(Baki purata minima bulanan (Jan – Dis 2022) (÷) 12 bulan) (×) ?%

Terhad kepada bayaran haji semasa (RM9,980)

2. Akaun simpanan yang baki purata minima bulanan melebihi bayaran Haji (RM9,980)

RM9,980 (×) ?%

Semakan Pengkreditan Bonus Tahunan Tabung Haji 2022

Para pendeposit boleh menyemak pengkreditan Bonus (Hibah) Tahunan Tabung Haji 2022 melalui kaunter Tabung Haji dan ATM bank-bank rakan strategik Tabung Haji iaitu Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic mulai pada tarikh 29 April 2023, jam 12 tengah hari hari Sabtu.

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan