Permohonan skim MyDeposit 2019 pembiayaan deposit rumah pertama

Skim MyDeposit Terkini

Permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) inisiatif kepada pembeli rumah pertama bagi memiliki kediaman sendiri sepertimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Bajet 2018 kini dibuka

Skim MyDeposit akan membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) yang berpendapatan isi rumah antara RM3,000 hingga RM15,000 sebulan untuk memiliki kediaman sendiri

Skim MyDeposit ini dilancarkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Pelaksanaan inisiatif pemilikan rumah untuk rakyat adalah membabitkan usaha pelbagai pihak dari peringkat Persekutuan, Kerajaan Negeri juga sektor swasta dalam menyediakan kediaman mampu milik kepada keperluan golongan yang disasarkan

Terdahulu, dalam pembentangan Bajet 2018 kerajaan telah mengumumkan peruntukkan RM25 juta bagi meneruskan pelaksanaan Skim MyDeposit pada tahun 2018 untuk membantu pembayaran deposit pembelian rumah pertama di bawah projek perumahan swasta

KELEBIHAN | MANFAAT SKIM PEMBIAYAAN DEPOIT RUMAH PERTAMA
1. Membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) yang mempunyai pendapatan isi rumah antara RM3,000 hingga RM15,000
2. Kerajaan membantu dengan memberi sumbangan sebanyak 10 peratus (10%) daripada harga jualan atau maksimum RM30,000 (yang mana lebih rendah) kepada pembeli pertama bagi membantu mereka membeli rumah yang berharga sehingga RM500,000 dan ke bawah
INFO SKIM MYDEPOSIT
1. Sebelum mengemukakan permohonan Skim MyDeposit, pemohon perlu mengenal pasti terlebih dahulu projek perumahan yang hendak dibeli
2. Pemohon bebas memilih projek perumahan swasta yang menepati syarat dan harga rumah kurang daripada RM500,000
3. Insentif yang diberikan oleh Skim MyDeposit adalah berbentuk sumbangan dan ia tidak perlu dibayar balik
4. Kerajaan menetapkan rumah yang dibeli melalui skim ini tidak boleh dijual untuk tempoh 10 tahun selepas pembelian
5. Pemohon yang sudah ditapis untuk ditawarkan skim berkenaan akan diberi tawaran bersyarat yang sah selama 30 hari berkuatkuasa daripada tarikh surat berkenaan dikeluarkan
6. Pemohon perlu memenuhi beberapa perkara seperti menandatangani Surat Setuju Terima Pembiayaan Deposit Rumah Pertama dan Menandatangani Perjanjian Jual Beli dengan pemaju atau pemilik asal rumah. Sekiranya pemohon gagal berbuat demikian, surat tawaran bersyarat itu dikira batal dan kerajaan berhak untuk menolak tuntutan bayaran yang dikemukakan
7. Skim bayaran insentif MyDeposit tidak terpakai bagi Projek perumahan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti projek PPA1M, PR1MA, RUMAWIP, PPR, MyHome dan Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri
TARIKH RASMI PERMOHONAN ONLINE SKIM MY DEPOSIT 2019
DibukaDitutup
Peringatan  INFO TERKINI : SKIM MY DEPOSIT 2019
Menurut Portal Rasmi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Permohonan Skim My Deposit bagi tahun 2019 adalah ditutup
BORANG PERMOHONAN ONLINE SKIM MY DEPOSIT 2018
Permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) bagi tahun 2018 boleh dibuat secara atas talian (online) dengan mengisi borang permohonan online bermula pada tarikh 15 Disember 2017 (jam 10 pagi) hingga 15 Februari 2018 melalui sistem aplikasi di laman sesawang rasmi Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN)
CARA BUAT PERMOHONAN ONLINE SKIM MYDEPOSIT
Berikut adalah cara atau langkah-langkah mudah untuk membuat permohonan Skim MyDeposit secara online
LANGKAH 1
Pemohon perlu mendaftar akaun sebagai pengguna sistem SPRN (jika belum pernah mendaftar) bagi mengakses sepenuhnya Borang Permohonan Skim Perumahan yang ditawarkan dalam Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN)
sila klik Daftar Akaun SPRN untuk pemohon mendaftar sebagai pengguna bagi membolehkan sistem borang permohonan Skim MyDeposit dapat diakses sepenuhnya
Daftar Akaun SPRN
Kemudian isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap, seterusnya klik pada butang “Daftar Akaun”
Setelah pemohon mendapat pengesahan pendaftaran akaun berjaya yang akan di hantar melalui email, sila Log Masuk Sistem Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) dengan menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan
sila klik Log Masuk Sistem SPRN
Log Masuk SPRN
LANGKAH 2
Selepas Log Masuk ke Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN), Pemohon boleh memilih untuk membuat permohonan bagi Skim Perumahan yang ditawarkan dalam Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) melalui menu yang tersedia (Mydeposit) atau ke laman utama SPRN untuk memilih
sila klik Laman Utama https://sprn.kpkt.gov.my
SPRN Mydeposit 2018

DOKUMEN WAJIB PERMOHONAN

Senarai dokumen (mandatori) yang perlu dimuatnaik dalam Sistem MyDeposit (format: .pdf)

Dokumen MyDeposit

SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN MYDEPOSIT
a. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat dan tiada umur maksima ditetapkan
b. Permohonan ini adalah bagi tujuan pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah tidak layak
c. Pendapatan kasar isi rumah antara RM3,000 sehingga RM15,000. Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain)
d. Pemohon mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan
e. Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli

CARTA ALIR PERMOHONAN MYDEPOSIT

Peringkat Kelulusan Mydeposit

Sebarang maklumat lanjut berhubung dengan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) boleh diperolehi melalui judul pautan di bawah
sila klik Maklumat Rasmi Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit)
sila klik Facebook Rasmi Jabatan Perumahan Negara (JPN)
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan