Permohonan Sekolah Kawalan 2024 SMKA KAA SABK KRK

Sekolah

Sekolah

Permohonan kemasukan ke Sekolah Kawalan Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun pengambilan 2024 dijangka akan dibuka untuk tujuan permohonan pada bulan September atau Oktober 2023

Pemohon yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar tahun 6 2023 dan sekiranya berminat dengan Sistem Pendidikan Sekolah Kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh membuat permohonan ke Tingkatan 1 Sekolah Kawalan Menengah ambilan tahun 2024

Bermula tahun 2018, permohonan ke Sekolah Kawalan Menengah secara online melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) tidak disediakan pada tahun tersebut. Sebaliknya, ibu bapa atau penjaga murid perlu membuat permohonan melalui Borang Manual edaran Jabatan Pendidikan Negeri atau pun melalui sekolah rendah masing-masing

Terkini mulai ambilan tahun 2021,  (KPM) telah mengumumkan untuk tujuan pengambilan murid ke Sekolah Khusus yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV), dan Maktab Tentera Diraja (MTD) adalah menerusi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). Sistem permohonan kemasukan ke tingkatan 1 dan 4 secara single entry point ini adalah secara berpusat dan menggunakan kaedah pentaksiran standard secara berpusat

Permohonan Sekolah Kawalan Tahun 2024 Tingkatan 1 & 4 (SMKA KAA SABK KRK)

Berikut MYsumber sertakan maklumat berkaitan, seperti cara untuk membuat permohonan dan pengemaskinian tarikh sistem aplikasi permohonan Sekolah Kawalan Menengah 2024 dibuka serta ditutup. Maklumat bagi tahun 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sekolah kawalan adalah:

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  2. Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
  3. Sekolah Kawalan/ Sekolah Rancangan Khas (SRK)/ Sekolah Elit/ Sekolah Rancangan Khas Negeri (RKN)
  4. Kelas Kawalan/ Kelas Premier
  5. Kelas Rancangan Khas (KRK)/Rancangan Khas Daerah (RKD)/ Sekolah Premier
  6. Kelas Aliran Agama (KAA)

Permohonan Online Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) 2024 Tingkatan 1 & 4

  • Permohonan Dibuka : 1 Ogos 2023
  • Permohonan Ditutup : 17 September 2023

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Tahun 2024

Menurut kenyataan media pada 10 Oktober 2021, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan kaedah pentaksiran baharu untuk tujuan pengambilan murid ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4

Satu sistem telah dibangunkan KPM bagi permohonan murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah berkaitan secara single entry point. Sistem tersebut melibatkan permohonan secara berpusat serta kaedah pentaksiran standard juga secara berpusat. Untuk membuat permohonan rujuk panduan berikut:

Cara Dan Panduan Membuat Permohonan Online SMKA Tingkatan 1 & 4

Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama bagi tahun pengambilan 2023 boleh dibuat secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui laman sistem aplikasi SST1 KPM seperti di bawah:

Syarat Pemilihan Kemasukan SMKA

Tingkatan 1 

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid
  3. Murid Tahun Enam 6 Tahun 2023/2024:
    • Berumur 12 tahun atau
    • Lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012
  4. Menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus PKSK
  5. Murid sekolah rendah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di bawah KPM, Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR), Sekolah Rendah Agama Negeri (SRAN) dan Sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM atau PIhak Berkuasa Agama Negeri (PBAN)
  6. Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK) dan Penilaian Murid Aliran Agama (PMAA)
  7. Sijil Pencapaian Program j-QAF/Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)

Tingkatan 4

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid
  3. Murid Tingkatan 3 tahun 2023/2024
    • berumur 15 tahun atau
    • Lahir pada 2 Januari 2008 hingga 1 Januari 2009
  4. Murid Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama yang berdaftar dengan pihak berkuasa Negeri atau Bahagian Swasta KPM
  5. Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Pencapaian Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) 2023
  6. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK)
  7. Murid telah mengikuti Mata Pelajaran Bahasa Arab dari Tingkatan 1 hingga 3 dan mendapat keputusan cemerlang
  8. Syarat Khusus TMUA,
    a. Menghafal Juz Al-Quran tertentu
    b. Mengambil Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran semasa Menengah Rendah

Cara Membuat Permohonan Sekolah Kawalan 2024 Tingkatan 1

Permohonan melalui Borang Manual edaran Jabatan Pendidikan Negeri atau pun melalui sekolah rendah masing-masing.

  • Tarikh Permohonan Sekolah Kawalan Menengah 2024 Dibuka : –
  • Tarikh Permohonan Sekolah Kawalan Menengah 2024 Ditutup : –

Tarikh yang tepat boleh dirujuk ke Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing kerana tarikh adalah berbeza bagi setiap negeri

Cara Membuat Permohonan Sekolah Kawalan Tingkatan 1 Tahun Sebelumnya

Pautan Laman Sistem Aplikasi Borang Permohonan Sekolah Kawalan Online Tahun Sebelumnya

Permohonan Sekolah Kawalan adalah secara online melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPAT). Sistem aplikasi ini memudahkan permohonan sekolah kawalan tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual

Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum boleh mengakses sistem borang permohonan online bagi sekolah kawalan

(Daftar Masuk » Sekolah Kawalan » Pendaftaran Baru)

Maklumat lanjut sila rujuk (Klik) kepada judual pautan dibawah:

Pautan Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Maklumat Permohonan Sekolah Kawalan Mengikut Negeri

Berikut adalah pautan Sekolah Kawalan mengikut negeri. Sila klik pada pautan untuk mendapatkan maklumat lanjut permohonan

Bagi permohonan kemasukan ke program khas 2024, tawaran adalah berdasarkan kepada sistem “State Base” dan “District Base”. Penempatan adalah bergantung kepada kawalan negeri sepenuhnya. Bahagian yang bertanggungjawab untuk menyelaras permohonan, memproses dan menawarkan tempat kepada pemohon adalah Unit Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah.

Maklumat Sekolah Menengah Agama Negeri Mengikut Negeri

Berikut adalah pautan Sekolah Menengah Agama Negeri mengikut negeri. Sila klik pada pautan untuk mendapatkan maklumat lanjut permohonan termasuk borang permohonan

Semakan Menduduki / Pusat Ujian PKSK

Sila rujuk pautan berikut untuk maklumat lanjut mengenai ujian PKSK

Semakan Keputusan Tawaran Sekolah Kawalan 2024

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) setiap negeri akan membuat hebahan tawaran melalui laman web masing-masing.  Bagi calon yang berjaya mendapat tawaran, anda boleh mencetak surat tawaran di laman web tersebut

Sekolah Rendah asal pemohon juga akan mengedarkan cetakan surat tawaran kepada pemohon yang berjaya

Keputusan Permohonan dijangka akan dikeluarkan pada tarikh yang akan dikemaskini.

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan