Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melayani kunjungan pasukan Kedah untuk perlawanan Sumbangsih juga aksi pertama Liga Super Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 5 Mac 2021 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. Untuk pengetahuan semua, Stadium Sultan Ibrahim, Johor adalah stadium baharu yang menggantikan Stadium Larkin. Stadium Larkin kini diguna pakai oleh pasukan JDT II.
Pertemuan di antara Juara Liga Super (JDT) dan Kedah disifatkan sebagai “buku bertemu ruas” berikutan kedua-dua pasukan sama hebat dalam usaha untuk merangkul trofi pertama Liga Malaysia pada musim ini iaitu Piala Sumbangsih
JDT VS KEDAH PIALA SUMBANGSIH 2021
Perlawanan ini pastinya akan berlangsung sengit kerana masing-masing sudah tentu mahu memberi sepenuh tumpuan untuk menghadiahkan trofi Piala Sumbangsih terutamanya kepada para penyokong dan pengurusan serta barisan jurulatih
Siaran Langsung/ Live Streaming |
Perlawanan JDT vs Kedah akan disiarkan secara langsung di saluran TV1, RTM Sports HD dan Unifi |
Keputusan Terkini JDT Vs Kedah 5.3.2020 Piala Sumbangsih |
Perlawanan bagi merebut tiga mata pertama Liga Super 2021 juga trofi Piala Sumbangsih di antara pasukan JDT menentang Kedah akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada hari Jumaat, 5 Mac 2021 bermula pada jam 9 malam |
Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan Piala Sumbangsih juga aksi pertama Liga Super 2021 di antara pasukan JDT lawan (lwn) Kedah yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh |
JDT | 2 – 0 | Kedah |
Safawi Rasid 35′ Natxo Insa 68′ |
Juara Piala Sumbangsih 2021 |
Johor Darul Takzim |
Info Berkaitan |