Aksi bolasepak Malaysia musim 2022 kembali menemui penonton bermula 4 Mac 2022 dengan aksi perlawanan Liga Super dan 5 Mac 2022 Liga Premier akan memulakan tirai pada tarikh tersebut. Liga Malaysia bakal menyaksikan pertandingan melibatkan Liga Super, Liga Premier, Liga M3, Piala FA dan Piala Malaysia
Liputan siaran langsung perlawanan Liga Malaysia tahun 2022 akan disiarkan oleh Unifi TV serta saluran RTM dan tiada siaran langsung perlawanan akan disiarkan di saluran Astro
Liga Super Malaysia 2022 akan dilangsungkan dari 4 Mac sehingga 17 September 2022 melibatkan 22 perlawanan setiap pasukan (home dan away). Piala Malaysia pula akan berlangsung pada bulan Oktober hingga November 2022
Siaran Langsung Liga Super, Piala Malaysia Dan Piala FA 2022
Maklumat bagi tahun 2022 akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Peminat Liga Malaysia khususnya yang tidak datang ke stadium, boleh merujuk kepada ruangan di bawah bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung dengan perlawanan Liga Super, Liga Premier, Piala FA, Piala Malaysia yang dijadualkan untuk disiarkan secara langsung di kaca TV atau peranti mobile anda
Senarai Pasukan Piala Malaysia 2022
- JDT
- Selangor FC
- Penang FC
- Sri Pahang FC
- Sabah FC
- Terengganu FC
- Kedah Darul Aman FC
- Kuala Lumpur City FC
- Sarawak United FC
- Negeri Sembilan FC
- Petaling Jaya City FC
- Kelantan FC
- UiTM FC
- Kuching City FC
- Kelantan United
- PDRM FC
Jadual Siaran Langsung Piala Malaysia 2022 – Akhir
Jadual siaran langsung akan dikemaskini dari masa ke semasa setiap minggu (bergantung kepada jadual perlawanan)
Perlawanan Akhir – 26 November 2022 | |||
Perlawanan | TV | Hari | Waktu |
JDT Vs Selangor FC | Sukan RTM, Okey TV, UnifiTV Sports 1 | Sabtu | 9.00 PM |
– | – | – | – |
*Kesemua perlawanan ditayangkan secara percuma di Saluran Rasmi YouTube Unifi & secara langganan di Aplikasi unifi PlayTV
**Perlawanan ditunda kerana terdapat pasukan yang terlibat dengan perlawanan peringkat kumpulan Piala AFC
Pautan Live Piala Malaysia 2022
Di bawah adalah pautan livestream perlawanan Piala Malaysia secara percuma: