Puasa sunat pada Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf boleh dilakukan oleh umat Islam di Malaysia pada hari Isnin, 19 Julai 2021 Masihi bersamaan 9 Zulhijjah 1442 Hijrah
Berdasarkan kepada Kalendar Islam di Malaysia untuk tarikh penting 2021M/ 1442H, tarikh 1 Zulhijjah adalah pada 11 Julai 2021, maka Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf yang merupakan kemuncak ibadah haji, adalah pada 19 Julai 2021 Masihi bersamaan 9 Zulhijjah 1442 Hijrah
Senarai Sub-Topik
Tarikh Di Malaysia Puasa Sunat Hari Arafah Tahun 2021 Masihi 1442 Hijrah
Pada tahun ini, 9 Zulhijjah 1442 Hijrah di di Malaysia jatuh pada hari Isnin, 19 Julai 2021. Umat Islam disunatkan berpuasa mengikut tarikh tersebut
Tarikh Puasa Sunat hari Arafah tahun 2021/1442H Malaysia
- Tarikh Hijri (1442) : 9 Zulhijjah
- Tarikh Miladi (2021) : 19 Julai
- Hari : Isnin
Sebagai makluman, Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 20 Julai 2021, menurut Kalendar tarikh penting Islam tahun 2021/ 1442-1443H dan tertakluk kepada penyisytiharan tarikh 1 Zulhijah dan tarikh 10 Zulhijah (20 Julai) iaitu tarikh bagi Hari Raya Haji / Aidiladha 2021 bagi negeri-negeri seluruh Malaysia nanti oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Penyistiharan akan dibuat secara langsung melalui radio dan televisyen sekitar jam 8 malam pada hari Selasa, 13 Jun 2021 Masihi bersamaan 29 Zulkaedah 1442 Hijrah
Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2021/ 1442-1443H Malaysia
Tarikh Hijri (1442) | Tarikh Miladi (2021) | Hari Perayaan / Kebesaran Islam |
27 Rejab | 11 Mac | Israk dan Mikraj |
1 Ramadhan* | 13 April | Awal Ramadhan / Berpuasa |
17 Ramadhan | 29 April | Nuzul Al-Quran |
1 Syawal* | 13 Mei | Hari Raya Puasa / AidilFitri |
1 Zulhijjah | 11 Julai | Awal Zulhijjah |
10 Zulhijjah* | 20 Julai | Hari Raya Korban / Aidiladha |
1 Muharam 1442 | 10 Ogos | Awal Muharam / Maal Hijrah |
12 Rabiulawal 1442 | 19 Oktober | Maulidur Rasul |
*Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia