MyJPJ Cukai Jalan (e-LKM) & Lesen Memandu (e-LMM) Online

Kenderaan

Kenderaan

Baru sahaja diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bahawa cukai jalan dan lesen memandu kini boleh diakses secara atas talian atau online mulai hari ini, 10 Februari 2023. Hal ini telah diumumkan beliau dalam satu sidang media pada hari ini di Pejabat Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) di Putrajaya awal pagi tadi. Justeru itu orang ramai boleh menarif nafas lega dengan perihal cukai jalan yang didapati bermasalah sama ada untuk dilekatkan atau dicabut kerana mudah terkoyak.

Dalam sidang media tersebut, dimaklumkan MOT akan melaksanakan langkah digitalisasi dalam perkhidmatan teras Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian bermula pada hari ini (10 februari 2023). Oleh itu, pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) menerusi Portal Awam JPJ atau Aplikasi Telefon Mudah Alih MyJPJ di bawah satu projek perintis (secara in-house).

Namun begitu, inisiatif ini akan dijalankan secara berperingkat iaitu bermula dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu, termasuklah motosikal (warganegara), mengambil kira kesediaan sistem dan penerimaan awam terhadap pelaksanaannya sebelum peluasan pelaksanaannya ke fasa-fasa seterusnya. Dengan adanya kaedah pendigitalan ini, keadaan sesak serta beratur panjang di kaunter JPJ akan berkurangan dan seterusnya dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan keselesaan rakyat.

Selaras inisiatif ini, peruntukan di bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) di mana setiap LKM hendaklah dilekatkan & dipamerkan pada kenderaan yang berkenaan tidak lagi akan dikuatkuasakan bagi kategori pemilik di bawah fasa pertama (Kenderaan Persendirian Individu termasuk motosikal) terhad kepada warganegara. Ini bersepadanan dengan agenda utama kementerian iaitu mempermudahkan urusan rakyat.

Cara Daftar Aplikasi MyJPJ Cukai Jalan (e-LKM) & Lesen Memandu (e-LMM) Online

Berikut adalah cara untuk mendaftar dan log masuk aplikasi MyJPJ serta maklumat lain yang berkaitan:

Muat Turun Aplikasi MyJPJ

Google PlayStore

Apple App Store

Cara Log Masuk

  1. Daftar Akaun di laman Portal Awam JPJ (MySikap) di pautan: https://public.jpj.gov.my/
  2. Log masuk ke aplikasi menggunakan ID MySikap

Sekiranya belum pernah mempunyai akaun sila daftar baharu seperti di bawah:

Daftar Akaun Baharu

  1. Buka aplikasi
  2. Klik ‘Daftar Akaun Baharu’
  3. Masukkan Nombor IC tanpa tanda sengkang dan klik Hantar
  4. Isikan maklumat yang diperlukan
  5. Jawab soalan keselamatan
  6. Simpan rekod untuk maklumat yang telah diisikan dan klik OK
  7. Cipta kata laluan dan klik OK
  8. Pendaftaran selesai. Log masuk ke aplikasi

Cara Paparkan e-LKM & e-LMM

  1. Log masuk ke aplikasi
  2. Klik bahagian Profil di bawah
  3. Pilih sama ada ingin memaparkan lesen memandu atau lesen kenderaan motor

Kenderaan

KenderaanKenderaan

Soalan Lazim

Kenderaan

Kenyataan Media 

Kenderaan

Kenderaan

Kenderaan

Kenderaan

Maklumat lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila layari laman web rasmi Kementerian Pengangkutan Jalan seperti perincian di bawah:

Related : cukai jalan e lkm digital e lkm dan lmm digital e lmm melalui portal awam,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan