RFID Touch n Go: Cara Pasang Tag Di Kenderaan & Pengaktifan Online

RFID Touch n Go: Cara Pasang Tag Di Kenderaan & Pengaktifan. Berikutan penambahan jumlah kenderaan yang menggunakan lebuhraya, Kementerian Kerja Raya (KKR) akan melaksanakan transaksi tol menggunakan RFID bermula 15 Januari 2022 di seluruh lebuhraya pantai barat Semenanjung Malaysia. Pelaksanaan ini akan bermula untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) di laluan Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor di Lebuhraya Utara Selatan

Di bawah Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar yang diterajui oleh KKR, ia merangkumi pelaksanaan Sistem Tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (Multi-Lane Free Flow – MLFF). Inisiatif ini dapat memberikan perkhidmatan yang lebih mudah, selamat dan pantas kepada semua pengguna lebuhraya di Malaysia seiring dengan perkembangan teknologi pada hari ini

Apa Itu RFID?

RFID adalah Radio Frequency Identification atau Identifikasi Frekuensi Radio yang terdapat pada pelekat atau tag yang dikeluarkan oleh Touch N Go. Dengan hanya melekatkan RFID yang mempunyai cip frekuensi radio di lampu atau cermin hadapan kenderaan, transaksi pembayaran tol boleh dibuat tanpa menghentikan kenderaan. Manakala, transaksi pembayaran atau tambah nilai boleh dibuat secara online di aplikasi Touch N Go eWallet

Jika dibandingkan dengan SmartTag, RFID tidak memerlukan peranti yang menggunakan bateri, malah RFID mampu mengimbas kenderaan pada kelajuan 30km/j. Penyelarasan baki dan tambah nilai pada aplikasi Touch N Go eWallet juga memudahkan pengguna kerana kesesaakn di tol dapat dielakkan dan membuat transaksi secara online

Cara Pasang RFID Touch n Go Pelekat Tag Di Kenderaan & Pengaktifan

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan RFID Touch n Go: Cara Pasang Tag Di Kenderaan & Pengaktifan sebagai panduan untuk orang ramai.

Cara Membeli RFID

Tag RFID boleh didapati dengan dua kaedah iaitu pembelian secara online atau pergi ke pusat pemasangan RFID yang disediakan oleh Touch N Go seperti berikut:

Untuk pembelian secara online, pengguna boleh mendapatkan Tag RFID di Shopee, Lazada dan aplikasi Touch N Go eWallet pada harga RM35. Pembelian secara fizikal juga boleh dilakukan di kedai-kedai terpilih seperti Shell Select, BHPetrol, Watson dan rakan kongsi lain yang dinyatakan di laman web RFID.

TERKINI : Potongan RM10 jika pengguna membeli tag RFID menggunakan aplikasi Touch N Go eWallet. Tempoh promosi akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Cara Pasang Tag RFID

Bagi pengguna yang mendapatkan tag RFID secara online dan ingin memasang pelekat tersebut secara manual, ikuti langkah berikut:

  1. Bersihkan permukaan cermin atau lampu hadapan yang ingin ditampal Tag RFID menggunakan kain yang kering
  2. Biarkan selama 2 hingga 3 minit
  3. Kemudian cabut pelekat Tag dan tampal sekurang-kurangnya 5cm jarak daripada permukaan lain di cermin atau lampu.
  4. Pastikan pelekat/tag tersebut ditampal pada permukaan yang rata dan bukan pada lengkungan cermin atau lampu
  5. Berikut adalah contoh bergambar di mana untuk pasang RFID di kenderaan bagi memudahkan tol mengimbas:

Kaedah Pengaktifan RFID

Terdapat dua kaedah untuk mengaktifkan Tag RFID iaitu yang pertama menggunakan  Laman Web RFID dan aplikasi Touch N Go eWallet.

Menggunakan Laman Web RFID:

  1. Sila layari Laman Web RFID
  2. Klik pada bahagian Login/Register
  3. Kemudian klik Register Now untuk pendaftaran baharu
  4. Masukkan butiran maklumat pengguna dengan tepat
  5. Seterusnya masukkan 24 digit tag RFID pada pakej yang diterima
  6. Selaraskan maklumat tersebut dengan aplikasi Touch n Go eWallet

Melalui Aplikasi Touch N Go eWallet:

  1. Muat turun aplikasi Touch N Go eWallet
  2. Tekan pada ikon Toll dan pilih RFID
  3. Seterusnya klik Activate TNG RFID TAG
  4. Masukkan maklumat kenderaan

Nota: RFID akan diaktifkan dalam tempoh 24 jam selepas pendaftaran di web atau aplikasi

Video Pemasangan Dan Pengaktifan RFID

Soalan-Soalan Lazim

1. Kenapa pengguna digalakkan untuk menggunakan RFID?

  • Kerana ia memudahkan pengguna lebuhraya dari segi tambah nilai secara online, mengurangkan kesesakan di tol

2. Jika pakej RFID yang ditempah secara online diterima dalam keadaan rosak, apa yang perlu dibuat?

  • Pengguna perlu menurunkan tandatangan kepada kurier yang menghantar pakej tersebut, sekiranya pakej sudah rosak, pengguna tidak perlu terima pakej tersebut dan akan digantikan dengan pakej yang baru

3. Tag RFID telah ditampal pada cermin hadapan dan pemilik kenderaan ingin menggelapkan atau ‘tinted’ cermin tersebut

  • Pemasangan tinted atau menggelapkan cermin kereta hadapan akan menganggu pembacaan oleh tol jika Tag RFID ditampal pada kawasan tersebut. Oleh itu, pengguna digalakkan untuk menampal Tag RFID pada lampu hadapan kenderaan

4. Adakah Tag RFID boleh digunakan untuk teksi atau lori?

  • Tidak, pemasangan RFID hanya dibenarkan untuk kenderaan persendirian Kelas 1 buat masa ini

5. Bagaimana untuk memastikan Tag RFID tidak rosak?

  • Elak mencuci atau terkena hujan dalam tempoh 24 jam selepas pemasangan tag tersebut
  • Jangan alihkan tag yang telah ditampal kerana ia akan koyak jika ditanggalkan
  • Elakkan mencuci kawasan yang ditampal tag tersebut dengan bahan kimia. Ingatkan kepada pengusaha pencuci kereta jika pengguna mencuci kereta di pusat percucian kereta
  • Pihak Touch n Go menyatakan Tag RFID mampu menahan cuaca buruk dan boleh digunakan sehingga 5 tahun

Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang masalah berkenaan RFID Touch n Go: Cara Pasang Tag Di Kenderaan & Pengaktifan, sila hubungi atau layari:

Related : kenderaan melalui tol pengimbas, teknologi radio frequency identification, cip frekuensi radio, mengesan frekuensi radio, perlu berhenti, untuk membuat, tol akan ditolak, pasang rfid, n go dan smarttag, radio frequency identification rfid, kad touch n go, cara daftar, pelekat rfid, secara automatik,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan