Maklumat berkaitan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangs Tahun 2022 akan dikemaskini sebaik sahaja dimaklumkan. Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) kali ke 62 tahun 1441H/ 2020M akan berlangsung dari 6 hingga 11 April 2020 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
TERKINI : MTHQA ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak berikutan situasi semasa wabak COVID-19 di mana kerajaan mengarahkan agar semua perhimpunan termasuk acara yang melibatkan penyertaan dalam dan luar negara ditangguhkan
Pada Tahun lepas, sebanyak 87 buah negara termasuk tuan rumah, Malaysia akan menyertai Tilawah tahun ini dengan penyertaan tiga buah negara baharu iaitu Benin, Niger dan Macedonia
Malaysia akan diwakili oleh Johan Qari dan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 untuk kategori Tilawah iaitu Muhammad Qayyim Nizar Bin Sarimi (Kelantan) dan Puteri Kalimatul Azzua Binti Hamid (Perak)
Untuk kategori hafazan, Malaysia akan diwakili oleh johan lelaki dan wanita kategori 30 Juzuk Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 iaitu Mohamad Hakim Bin Mohd Hisam dari Kedah dan Putri Aminah Binti Mohd Hanif dari Kelantan
Keputusan Rasmi Pemenang Juara Tilawah Al-Quran 2022 Peringkat Antarabangsa
Kategori Tilawah – Qari Dan Qariah
Qari
Kedudukan | Pemenang | Negara | Markah (%) |
Juara | – | – | – |
Kedua | – | – | – |
Ketiga | – | – | – |
Keempat | – | – | – |
Kelima | – | – | – |
Qariah
Juara | – | – | – |
Kedua | – | – | – |
Ketiga | – | – | – |
Keempat | – | – | – |
Kelima | – | – | – |
Hafiz
Juara | – | – | – |
Kedua | – | – | – |
Ketiga | – | – | – |
Hafizah
Juara | – | – | – |
Kedua | – | – | – |
Ketiga | – | – | – |
Berikut adalah keputusan rasmi pemenang juara tilawah Al-Quran Antarabangsa bagi tahun lepas 2019
Kategori Tilawah – Qari Dan Qariah
Qari Malaysia, Abdul Khair Jalil diumumkan sebagai pemenang Juara Qari selepas memperolehi markah 93.02 peratus, manakala Qariah dari Malaysia, Nor Farhatul Fairuzah Panut juga muncul johan selepas memperoleh markah 87.05 peratus
Naib Johan (tempat kedua) dimenangi qari Algeria dan qariah dari Indonesia yang memperoleh 91.75 peratus dan 84.88 peratus markah
Wakil qari Maghribi merangkul tempat ketiga dengan markah 89.92 peratus bersama qariah dari Thailand dengan markah 80.46 peratus
Johan Qari dan Qariah masing-masing membawa pulang hadiah kepingan emas bernilai RM70,000, piala iringan dan wang tunai RM40,000
Qari
Kedudukan | Pemenang | Negara | Markah (%) |
Juara | Abdul Khair Jalil | Malaysia | 93.02 |
Kedua | Yassine Bekouassa | Algeria | 91.75 |
Ketiga | Ilyas Lamhayahoui | Maghribi | 89.92 |
Keempat | Hadi Mowahhedeamin | Iran | 87.71 |
Kelima | Ahmad Daniyal Mohd Rizal | Singapura | 87.55 |
Qariah
Juara | Nor Farhatul Fairuzah Panut | Malaysia | 87.05 |
Kedua | Wardatun Nisa Hasa | Indonesia | 84.88 |
Ketiga | Karimah Hayibaraheng | Thailand | 80.46 |
Keempat | Dayangku Fauziah Nadhirah | Brunei | 80.25 |
Kelima | Rahima P. Amerol | Filipina | 77.38 |
Kategori Hafazan – Hafiz Dan Hafizah
Kategori menghafaz al-Quran, hafiz dari Sweden dan hafizah dari Niger muncul johan dengan masing-masing memperoleh markah 96.05 peratus dan 92.96 peratus
Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat antarabangsa ke-60 kali ini adalah bertemakan “Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara”
Hafiz
Kedudukan | Pemenang | Negara | Markah (%) |
Juara | Mohamed Abdi | Sweden | 96.05 |
Kedua | Mohammad Maruf Hossain | Kanada | 94.26 |
Ketiga | Heytham Sagar Ahmad | Kenya | 94.11 |
Hafizah
Juara | Fatouma Ousseni Moussa | Niger | 92.96 |
Kedua | Hadeel K.A Madfaa | Palestin | 92.83 |
Ketiga | Hasiya Usman Jibrilla | Nigeria | 88.58 |