Permohonan rumah PR1MA terkini daftar borang online

05:15 Redaksi Admin

PRIMA Permohonan Online Terkini

Rakyat Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan boleh memohon untuk memiliki kediaman Projek Rumah 1Malaysia (PR1MA)

Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi internet selaras dengan perkembangan teknologi masa kini dan sebagai makluman PR1MA tidak mengenakan sebarang yuran pendaftaran

Selain itu, PR1MA juga menegaskan bahawa pihak mereka tidak melantik mana-mana ejen atau pihak ketiga dalam menawarkan perkhidmatan untuk mengisi borang atau menyediakan peruntukan khas untuk rumah PR1MA

Malah PR1MA tidak meletakkan sebarang tarikh tutup untuk pendaftaran (tertakluk kepada pengumuman terkini PR1MA)

PENDAFTARAN PERMOHONAN RUMAH PR1MA TERKINI SECARA ONLINE

Kerajaan dalam setiap pembentangan Bajet (Belanjawan Malaysia) berusaha untuk meningkatkan pemilikan rumah dengan menyediakan peruntukan dari segi jumlah pembinaan rumah dan SKIM Pembiayaan melalui program yang diperkenalkan kepada golongan sasar

Maklumat Pendaftaran Dan Permohonan Rumah PR1MA
Syarat Dan Kriteria Asas Permohonan Rumah PR1MA
Warganegara Malaysia
Bujang atau berkahwin serta berumur 21 tahun dan ke atas
Individu atau keluarga (suami isteri) dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 – RM15,000
Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih daripada satu hartanah
Mengikut garis panduan tambahan yang ditetapkan oleh PR1MA
Tentang PR1MA
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana
Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz
Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara
Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM15,000
Cara Membuat Permohonan Online Rumah PR1MA
Permohonan Secara Online PR1MA
Cara memohon untuk menjadi pemilik kediaman PR1MA, sila ikuti langkah-langkah permohonan di laman web rasmi PR1MA, klik pada judul pautan berikut
Sila Klik LinkGaris Panduan Cara Permohonan PR1MA
Sekiranya pemohon menepati syarat dan kriteria asas yang ditetapkan boleh mendaftar akaun PR1MA, klik pada judul pautan berikut
Sila Klik LinkPendaftaran Akaun PR1MA
Mendaftar akaun PR1MA adalah bagi mendapatkan ID Pengguna dan kata laluan
Setelah berjaya mendapatkan ID Pengguna dan kata laluan, pemohon boleh mengakses sistem borang permohonan online untuk mengisi dan melengkapkan serta memuat naik dokumen yang diperlukan
Sila log masuk sistem dengan menggunakan ID Pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan di pautan berikut
Sila Klik LinkSistem Aplikasihttps://register.pr1ma.my/Account/Login
Senarai Negeri / Wilayah Kediaman PR1Ma
Sila Klik LinkKediaman PR1MA Mengikut Wilayah Negeri
Keputusan Permohonan Rumah PR1MA
Keputusan cabutan undi akan diumumkan diSila Klik Linkhttp://www.pr1ma.my
Pemohon yang berjaya diundi akan dihubungi melalui e-mel & SMS
Setelah selesai proses pengesahan, pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui surat rasmi dan e-mel untuk pemilihan unit kediaman anda
Anda bakal bergelar pemilik kediaman PR1MA!
Lain-Lain
Tertakluk pada garis panduan tambahan mengikut negeri
Kediaman PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka
Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut turutan cabutan undian
Moratorium selama 5 tahun akan dikenakan yang mana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik kepada pihak lain
Rumah PR1MA wajib didiami pemilik
Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan
Sila Klik LinkPersoalan Yang Sering Ditanya Beserta Jawapan
Bagi mendapatkan sebarang maklumat terkini dan pertanyaan, sila layari akaun Facebook rasmi PR1MA dengan klik pada judul pautan dibawah
Sila Klik LinkFacebook Rasmi PR1MA Home
Pemohon disarankan mendapatkan maklumat lengkap menerusi menu-menu yang tersediakan di laman web rasmi PR1MA
Facebook ShareTwitter ShareGoogleplus Share