Borang online permohonan skim perumahan belia BSN

15:07 Redaksi Admin

Maklumat Terkini Untuk Artikel Ini Telah Dikemaskini Pada 15 Mac, 2017 Jam 04:04 AM

Skim Rumah Belia BSN Permohonan Terkini

Pasangan belia yang berkahwin dan berumur antara 25 hingga 40 tahun serta belum memiliki rumah pertama boleh membuat permohonan bagi Skim Perumahan Belia BSN (Youth Housing Scheme YHS)

Objektif utama Skim Perumahan Belia BSN diperkenalkan adalah bagi membantu pasangan suami-isteri yang berumur antara 25-40 tahun dan memperoleh pendapatan tidak melebihi RM10,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka

Skim Perumahan Belia adalah insentif oleh kerajaan Malaysia dan BSN dengan kerjasama pintar kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Cagamas

Pasangan belia yang sudah berkahwin disarankan mengambil peluang ini sebaik mungkin dengan mengemukakan permohonan kerana Skim Perumahan Belia BSN terhad kepada 20,000 pembeli pertama sahaja serta berkonsepkan ‘siapa cepat dia dapat’

BORANG PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN ONLINE SKIM PERUMAHAN BELIA BSN

Berikut MYsumber sertakan beberapa maklumat penting berhubung dengan Skim Perumahan Belia BSN
Maklumat Pendaftaran Dan Permohonan Skim Perumahan Belia BSN (Youth Housing Scheme)
Syarat Kelayakan Permohonan Skim Perumahan Belia BSN
Butiran
Warganegara Malaysia
Berumur dari 25 tahun hingga 40 tahun
Berkahwin
Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan
Belum memiliki rumah sendiri
Pemegang akaun BSN GIRO / GIRO-i
Manfaat Dan Kelebihan Skim Perumahan Belia BSN
Butiran
Kadar bunga yang rendah antara BR+0.45% sehingga BR+2.85%
Bantuan kewangan bulanan sebanyak RM200 untuk pelanggan bagi dua tahun pertama bermula daripada pengeluaran pinjaman yang pertama
Pembiayaan sehingga 100 peratus harga pembelian dan sehingga 5 peratus harga pembelian bagi MRTT atau MRTA
Pengeculian pembayaran duti setem sebanyak 50 peratus bagi penjanjian pinjaman
Pembiayaan sehingga maksimum RM500,000 dengan tempoh pembayaran balik sehingga 35 tahun atau umur maksimum 65 tahun
Maklumat lanjutSila Klik LinkPDF FormatPersoalan Sering Ditanya (FAQ) Dan Jawapan Skim Perumahan Belia BSN
Senarai Dokumen Yang Diperlukan : Skim Perumahan Belia BSN
Pemohon Bergaji / Pemohon Bersama (Pasangan Sahaja)
Dokumen Sokongan
Salinan kad pengenalan
Sijil perkahwinan yang sah
Slip gaji 3 bulan terkini
Nota: Bagi permohonan tunggal, suami atau isteri pemohon perlu mengemukakan satu (1) salinan slip gaji terkini
Penyata bank 3 bulan terkini
Slip gaji dan penyata bank 6 bulan terkini (pendapatan lain)
Penyata KWSP
Pemohon Bekerja Sendiri/ Pemohon Bersama (Pasangan Sahaja)
Dokumen Sokongan
Salinan kad pengenalan
Sijil perkahwinan yang sah
Pendaftaran syarikat (SSM)
Borang B/BE + Resit LHDN
Penyata Kewangan Syarikat
Penyata bank syarikat untuk 6 bulan
Dokumen lain seperti laporan lawatan tapak dan sebagainya
Borang Permohonan Dan Pendaftaran Online Skim Perumahan Belia BSN
Borang
Butiran
Bagi yang berminat dengan Skim Perumahan Belia/-i boleh mengemukakan permohonan dan mendapatkan borang
Sila Klik LinkPDF FormatBorang Manual Skim Pinjaman / Pembiayaan Skim Perumahan Belia BSN
Lain-Lain
Info
Sila Klik LinkMaklumat Lengkap / Rasmi Skim Perumahan Belia BSN
Sebarang keterangan lanjut berhubung dengan Skim Perumahan Belia/-i, sila kunjungi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran
Boleh layari laman web di www.mybsn.com.my atau hubungi talian hotline khidmat pelanggan BSN di 1300-88-5465
Facebook ShareTwitter ShareGoogleplus Share