Permohonan LPPSA Pembiayaan Pinjaman Perumahan Kerajaan Online

Permohonan-LPPSA-Pembiayaan-Pinjaman-Perumahan-Kerajaan-Online

Permohonan-LPPSA-Pembiayaan-Pinjaman-Perumahan-Kerajaan-Online

Panduan buat rakyat Malaysia terutamanya kakitangan awam kerajaan/ penjawat awam yang berhasrat untuk membeli rumah. Sudahkah anda membuat permohonan pinjaman pembiayaan perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)?

Sekiranya belum, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan LPPSA Pembiayaan Pinjaman Perumahan Kerajaan Online meliputi borang permohonan serta syarat kelayakan memohon buat rujukan semua.

Berkuatkuasa 1 April 2019, Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB) telah dinaiktaraf kepada Sistem Pengurusan Pembiayaan (LMS) untuk menjadikannya lebih efisyen.

Selain itu ia membolehkan peminjam mengakses dan memantau akaun pembiayaan pinjaman sendiri tanpa perlu melakukan panggilan telefon atau mengunjungi kaunter perkhidmatan LPPSA.

Borang Permohonan Pinjaman Perumahan LPPSA Online (Kakitangan Awam)

Buat makluman semua, kakitangan awam yang berminat dan perkelayakan boleh membuat permohonan pinjaman perumahan di laman web rasmi LPPSA. Borang permohonan atas talian boleh diisi menerusi Sistem Pengurusan Pembiayaan (LMS) LPPSA.

Syarat Kelayakan

Untuk layak memohon pembiayaan LPPSA, pemohon perlu menyandang jawatan berikut:

1.Anggota Pentadbiran Persekutuan

2. Ahli Parlimen

3. Hakim

4. Badan-badan berkanun

5. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

6. Kerajaan Negeri

7. Anggota Pentadbiran Negeri

8. Ahli Dewan Undangan Negeri

9. Anggota Perkhidmatan Awam

10. Anggota Polis

11. Anggota Tentera

Panduan Permohonan Pembiayaan LPPSA Pinjaman Perumahan Kerajaan Online

Bagi yang menepati syarat kelayakan, berikut dikongsikan maklumat berkaitan pinjaman LPPSA yang merangkumi pautan dan panduan untuk membuat permohonan buat rujukan semua:

Klik : Borang Permohonan Online

Bagi yang belum mempunyai akaun LPPSA, klik Daftar di sini

Lengkapkan borang pendaftaran dan klik Daftar

Log Masuk menggunakan ID Pengguna (No. Kad Pengenalan) dan Kata Laluan yang digunakan semasa pendaftaran

Manual Pengguna LPPSA

Untuk memudahkan urusan permohonan secara online, rujuk manual berikut:

Proses Pembiayaan LPPSA

Carta alir proses pembiayaan LPPSA adalah seperti berikut:

1.Permohonan Online & Penerimaan Tawaran

2. Pemprosesan & Kelulusan

3. Cagaran Harta Kepada Lembaga

4. Bayaran Premium Insurans

5. Pengeluaran Bayaran

6. Bayaran Balik Pembiayaan

7. Pemantauan & Pemulihan ke atas Peminjam Ingkar

8. Penyelesaian Pembiayaan Sepenuhnya

9. Pemulangan Dokumen Hakmilik

10. Pemulangan Baki Kredit Dan Tutup Akaun

Klik Proses untuk maklumat yang lebih jelas

Jenis Permohonan Pembiayaan LPPSA

Terdapat 7 jenis pembiayaan LPPSA iaitu:

1.Membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap

2. Membina rumah di atas tanah sendiri

3. Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan

4. Membina tanah dengan tujuan membina rumah

5. Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan daripada bank/institusi kewangan

6. Membina rumah di atas tanah yang dibeli melalui pinjaman BPP/LPPSA

7. Membuat kerja ubahsuai rumah atau petak rumah kediaman

Kalkulator Anggaran Kelayakan Pembiayaan Pinjaman Kakitangan Awam

Pengiraan Anggaran Kelayakan Pembiayaan Perumahan di Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) boleh dilakukan menggunakan kalkulator pembiayaan berikut:

Klik : Kalkulator Pembiayaan LPPSA

Isikan maklumat di ruangan yang disediakan

Klik KIRA

Maklumat berkaitan kalkulator pembiayaan adalah seperti berikut:

Untuk Skim Pencen, tempoh pembiayaan maksimum 35 tahun atau maksimum umur 90 tahun yang mana terdahulu

Untuk Skim KWSP, tempoh pembiayaan terhad kepada umur tamat perkhidmatan atau 35 tahun yang mana terdahulu

Tempoh pembiayaan maksimum bergantung pada pembiayaan kali pertama atau kedua

Pengiraan anggaran kelayakan ini dikecualikan kepada kumpulan berikut:

  • Anggota pentadbiran persekutuan – Kelayakan tertakluk kepada Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980;
  • Anggota pentadbiran Negeri dan ahli Dewan Undangan Negeri – kelayakan tertakluk kepada keputusan Jemaah Menteri dari semasa ke semasa; dan
  • Hakim Mahkamah Persekutuan / Rayuan / Tinggi – kelayakan tertakluk kepada Akta Saraan Hakim 1971.

Pemohon yang tergolong dalam kategori di atas hendaklah menghubungi LPPSA untuk mendapatkan pengiraan anggaran kelayakan

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, rujuk butiran di bawah :-

  • Pusat Panggilan Utama : 03 – 8880 1600
    Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
    Kompleks Kementerian Kewangan,
    No.9, Persiaran Perdana, Presint 2
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya

Cara-Cara Memohon Pembiayaan Perumahan LPPSA

*Penafian: Maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan maklumat rasmi daripada Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA. Sebarang permohonan dan semakan perlulah dibuat terus di laman web portal rasmi berkenaan.

Aduan Dan Pertanyaan

Semoga perkongsian maklumat berkaitan ini memberi manfaat buat semua. Selamat berjaya membuat pinjaman pembiayaan perumahan yang diidamkan.

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan