Permohonan pendaftaran rumah impian bangsa Johor YSI

06:00 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 5 Disember 2019 jam 11:48 AM

Rumah Impian Bangsa Johor

Rakyat di negeri Johor (Bangsa Johor) boleh merebut peluang mendapatkan rumah impian masing-masing dengan membuat permohonan pendaftaran skim perumahan mampu milik yang diperkenalkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Pengumuman berkenaan projek Rumah Impian untuk bangsa Johor (RIBJ) itu dibuat sempena menyambut hari ulang tahun keputeraan baginda yang ke-59

Projek rumah impian mampu milik ini akan dibangunkan di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim (YSI) dengan kerjasama Bank Rakyat, menawarkan konsep hartanah kediaman yang berlainan, rumah kedai dan lain-lain unit komersil

Terkini pada 1 Disember 2019, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor telah mengumumkan tawaran dibuka semula bagi Rumah Impian Bangsa Johor Bandar Baru Majidee. Permohonan terbuka kepada rakyat Johor berpendapatan bawah RM 8,000 yang masih bujang dan yang telah berkahwin serta belum memiliki rumah.

PERMOHONAN PENDAFTARAN RUMAH IMPIAN MAMPU MILIK BANGSA JOHOR YSI

Status BetulObjektif utama pelaksanaan projek perumahan mampu milik ini adalah bertujuan agar bangsa Johor yang kurang berkemampuan menjadi sebuah komuniti yang berjaya memiliki kediaman sendiri
Status BetulSebagai makluman, tawaran rumah impian mampu milik ini hanya terbuka kepada Bangsa Johor, dan proses pemilihan akan disaring dengan ketat serta teliti bagi memastikan rakyat Johor yang benar-benar layak / memerlukan sahaja dapat memiliki rumah tersebut
Status BetulPemohon yang berjaya dalam permohonan hanya perlu membayar deposit (wang pendahuluan) sebanyak RM1 bagi mendapatkan pinjaman penuh atau pembiayaan pinjaman sehingga 100% manakala skim pembayaran balik adalah mudah

Dalam ruangan berikutnya, MYsumber sertakan maklumat berkaitan serta kriteria dan syarat kelayakan bagi memiliki Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim

Tarikh SemakanPENDAFTARAN RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR BANDAR BARU MAJIDEE
Aplikasi BukaDibukaAplikasi TutupDitutup
1 Disember 2019
Rakyat negeri Johor yang berminat perlu membuat permohonan pendaftaran secara atas talian bagi yang belum pernah memohon dan bagi yang pernah memohon hendaklah mengemaskini maklumat permohonan secara online juga menerusi pautan di bawah
Sistem Aplikasi ServerSila Klik LinkSistem Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ)

RIBJ Majidee
KRITERIA AM PERMOHONAN RIBJ BANDAR BARU MAJIDEE
Kriteria bagi permohonan pembelian melalui Rumah Impian Bangsa Johor  Bandar Baru Majidee adalah seperti berikut
Nombor 1Berkewarganegaraan Malaysia dan berusia 25 tahun ke atas 
Nombor 2Dibernarkan satu sahaja permohonan bagi setiap pasangan yang berkahwin
Nombor 3Keutamaan diberikan kepada pemohon yang belum pernah memiliki rumah
JENIS / HARGA RUMAH DAN PENDAPATAN LAYAK
Jenis / KategoriHargaPendapatan
Bandar Baru MajideeRM150,000Tidak lebih RM8,000 sebulan

PENGEMASKINIAN PENDAFTARAN RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR 2018 (RIBJ)

PENGEMASKIAN MAKLUMAT PENDAFTARAN RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR 2018 (JOHOR BAHRU)
Pengemaskinian maklumat pendaftaran RIBJ bagi projek di Johor Bahru hanya terbuka kepada pemohon yang telah membuat pra-pendaftaran pada 22 Mac 2017 hingga 28 Februari 2018 di Sistem E-Mohon Yayasan Sultan Ibrahim Johor
Pemohon perlu mengemaskini maklumat terkini dalam tempoh yang ditetapkan sahaja oleh YSIJ seperti di bawah untuk mengelakkan kegagalan permohonan
Tarikh SemakanPENGEMASKINIAN PENDAFTARAN RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR (JOHOR BAHRU)
Aplikasi BukaDibukaAplikasi TutupDitutup
31 Oktober 2018
7 November 2018
Pengemaskinian Pendaftaran Permohonan RIBJ (Johor Bahru)
Pengemaskinian maklumat pendaftaran boleh dilakukan di Sistem Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor seperti di pautan yang disediakan di bawah
Sistem Aplikasi ServerSila Klik LinkSistem Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ)
Informasi Pengemaskiaan maklumat RIBJ
Peringkat Saringan Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor 
Seperti dimaklumkan, permohonan Rumah Impian Bangsa Johor akan melalui tiga peringkat saringan seperti berikut untuk layak menerima tawaran
Nombor 1Tapisan PertamaTapisan oleh Sistem Rumah Impian Bangsa Johor RIBJ
Nombor 2Tapisan KeduaTapisan oleh Lembaga Pemilih Yayasan Sultan Ibrahim Johor
Nombor 3Tapisan KetigaTapisan oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sultan Ibrahim Johor 

Apabila mengemaskini maklumat pendaftaran, pemohon perlu memilih kategori rumah yang ingin dimiliki. Berikut MYsumber kongsikan di bawah kategori rumah berserta butiran lain untuk kemudahan pemohon

KATEGORI RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR (JOHOR BAHRU)
A HurufBandar Dato’ Onn
JenisJumlah UnitSaizKeluasan Binaan
Rumah Teres (2 Tingkat) 20319′ x 57′ 1,223 KP
Rumah Kluster 2 Unit (2 Tingkat)15639′ x 49′1,262 KP
Rumah Kluster (2 Tingkat)10037′ x 49′1,181 KP
Rumah Sesebuah (2 Tingkat)2929′ x 59′ 1,262 KP
Harga akan dijual dalam sekitar RM80,000 sehingga RM100,000 seunit dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020 bagi kesemua 488 buah unit
B HurufBandar Baru Majidee
JenisJumlah UnitSaizKeluasan Binaan
Pangsapuri3201,000 KP
Harga bagi seunit adalah bermula RM150,000 dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2019
C HurufBukit Saujana
Bagi projek RIBJ di lokasi Bukit Saujana, Johor Bahru, semakan semula terhadap pelaksanaannya sedang dijalankan dan sebarang pengumuman akan dikemaskini kelak

Terkini pada Oktober 2018, Keluarga Diraja Johor mengumumkan satu lagi berita gembira iaitu Rumah Impian Bangsa Johor akan diperluaskan sehingga ke Daerah Mersing. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan kriteria permohonan bagi projek ini dan akan digariskan seperti di bawah

RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR (MERSING)
Seluas 57 hektar tanah kurnia akan digunakan untuk membangunkan 1000 unit kediaman terdiri daripada rumah banglo, rumah berkembar, rumah teres dan dua tingkat, serta rumah kedai. 
Turut bakal dibangunkan adalah Kompleks Bangsa Johor meliputi balai raya atau dewan serbaguna, surau dan juga perancangan pembinaan sekolah rendah serta sekolah menengah.
Lokasi bagi pembinaan RIBJ (Mersing) ini terletak di Kampung Sri Pantai, Mersing
Harga bagi seunit rumah kediaman akan dijual bermula RM70,000 hingga RM200,000
Kategori  Rumah Impian Bangsa Johor (Mersing)
Rumah Teres 1 TingkatRumah Teres 2 Tingkat
3 Bilik Tidur dan 2 Bilik Air
3 Bilik Tidur dan 2 Bilik Air
Harga seunit mulai RM70,000
Harga seunit RM200,000 ke bawah
Kriteria / Syarat Khas Kelayakan Pembeli RIBJ (Mersing)
Kriteria bagi permohonan pembelian melalui Rumah Impian Bangsa Johor (Mersing) adalah seperti berikut
Nombor 1Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat negeri Johor 
Nombor 2Pemohon mempunyai pendapatan RM5,000 ke bawah bagi seisi rumah
Nombor 3Pemohon bukan terdiri daripada anak tunggal atau anak sulung
Nombor 4Pemohon mestilah belum pernah mempunyai sebarang hartanah sebelum ini
Nombor 5Dengan tujuan untuk membina semangat kemasyarakatan, Sultan Johor mahukan pengagihan dijalankan secara adil kepada setiap kaum Melayu, Cina dan India
Iklan Rumah Impian Bangsa Johor Mersing
NotaPermohonan boleh dilakukan secara atas talian sebaik sahaja permohonan dibuka

 

KRITERIA / SYARAT ASAS KELAYAKAN PEMBELI
Kriteria bagi permohonan pembelian melalui Rumah Impian Sultan Ibrahim dan Rumah Impian Bangsa Johor adalah seperti berikut
Nombor 1Warga negara Malaysia, menetap selama 5 tahun di negeri Johor dan berumur 18 tahun ke atas
(Keutamaan diberikan kepada rakyat Johor)
Nombor 2Permohonan rumah buat kali pertama
Nombor 3Bujang atau telah berkahwin
Nombor 4Satu permohonan bagi setiap pasangan yang telah berkahwin
Nombor 5Pemohon atau pasangan yang masih belum memiliki rumah
Nombor 6Pendapatan isi rumah adalah berdasarkan jenis / kategori rumah yang ditawarkan. Sila rujuk di bawah
JENIS / HARGA RUMAH DAN PENDAPATAN LAYAK
Jenis / KategoriHargaPendapatan
Rumah Impian Sultan IbrahimRM80,000 – RM100,000Tidak lebih RM5,000 sebulan
Rumah Impian Bangsa Johor (A)RM100,000 – RM150,000Tidak lebih RM8,000 sebulan
Rumah Impian Bangsa Johor (B)RM150,000 dan ke atasTerbuka dan tertakluk kepada pemohon
Maklumat lanjut, sila rujuk pada lampiran berikut

Kategori Rumah Bangsa Johor

 

Status BetulRumah banglo atau rumah berkembar / Semi-D dengan harga bawah RM100,000 seunit
Status BetulKediaman tidak berpagar bagi mewujudkan hubungan kejiranan dalam membentuk kesejahteraan hidup

GAMBAR CONTOH MODEL RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR (RIBJ) YAYASAN SULTAN IBRAHIM (YSI)

Model Rumah Impian Bangsa Johor

MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN 
Sebarang kemusykilan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila lihat soalan lazim (FAQ) seperti disediakan di bawah beserta beberapa pautan lain untuk dihubungi
Sila Klik LinkSoalan Lazim (FAQ)
Sila Klik LinkFacebook Rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
Sila Klik LinkHubungi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ)
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!