Debaran kemuncak final Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) kian terasa apabila 12 buah lagu terbaik telah terpilih untuk ke pentas akhir AJL 36 selepas berentap di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36)
Keputusan pemilihan senarai finalis AJL35 telah diumumkan pada minggu ketiga iaitu peringkat Semi Final Muzik-Muzik ke-36 (SFMM36) yang diadakan pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022.
Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) bakal berlangsung pada tarikh dan venue yang akan dikemaskini. Anugerah ini juga dijangka akan berlangsung tanpa penonton susulan penularan COVID-19 di Malaysia
Saingan peringkat separuh akhir Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) diadakan selama tiga minggu bermula 28 November dan 5 Disember 2021 membabitkan 30 lagu bersaing dengan kesemua lagu yang bertanding diadili oleh juri profesional.
Senarai 12 Lagu Final Anugerah Juara Lagu (AJL 36) Tahun 2022
Berikut adalah senarai penyanyi dan kumpulan bersama lagu-lagu mereka yang berjaya mara ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu Ke-36 yang bakal berlangsung pada awal tahun 2022. Tarikh rasmi akan dikemaskini
12 Lagu Berjaya Ke Peringkat Akhir AJL 36
- Haqiem Rusli : Mimpi
- Komposer : Haqiem Rusli & Dato A.Aida
- Penulis Lirik : Haqiem Rusli & Dato A.Aida
- Aina Abdul : Sepi
- Komposer : Aina Abdul
- Lirik : Aina Abdul, Wan Zakaria
- Aina Abdul & Khai Bahar : Nafas Cinta
- Komposer: Khai Bahar, Aina Abdul
- Lirik: Aina Abdul, Wan Zakaria
- Ernie Zakri : Boneka
- Komposer/ Lirik : Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh
- Naim Daniel : Purnama
- Komposer: Amzar Razqa & Naim Daniel
- Lirik: Amzar Razqa
- SOG X Shila Amzah : Pelukan Angkasa
- Komposer: Raja Nazrin Shah
- Lirik: Fazleena Hishamuddin
- Bunga & Noraniza Idris : Intan Payung
- Komposer: Luca Sickta, Bunga & Amzar Razqa
- Lirik: Bunga & Siqma
- Yonnyboi : Salahku
- Komposer/ Lirik : Yonnyboi
- Shiha Zikir & Noki : AEWO
- Komposer: Ezra Kong
- Lirik: Ezra Kong & Noki
- Hael Husaini, Naim Daniel, Haqiem Rusli : Lara
- Komposer: Hael Husaini & Mfmf
- Lirik: Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli
- Siti Nordiana : Angkara
- Komposer: Sharon Paul
- Lirik: Fedtri Yahya & Nana Alias
- Marsha Milan : Cinta
- Komposer: Bunga Cantik & Hang Nadim
- Lirik: Hang Nadim