Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL 36) kini berada di kemuncaknya apabila finalis terdiri daripada senarai dua belas buah lagu yang layak ke final akan berentap di pentas konsert akhir AJL36 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada hari Ahad, 6 Mac 2022
Anugerah pencarian lagu terbaik berprestij kali ini mendapat sokongan Noir selaku penaja utama dan kehangatannya bakal dimulakan dengan segmen karpet merah secara strim langsung definisi tinggi (HD) di laman tonton dan TV3 bermula jam 900 malam
Bertemakan “Ini Rentak Kita”, AJL 36 akan dipancarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, menggandingkan Alif Satar dan Nabila Huda sebagai pengacara utama manakala Karpet Merah AJL 36 akan dihoskan oleh Sissy Iman dan Sean LJE
Tema yang dipilih menterjemahkan kepelbagaian vokal finalis bertanding di mana semua finalis mempunyai suara yang berbeza daripada segi julat dan nada
Final AJL 36 Anugerah Juara Lagu Konsert Akhir
12 lagu yang akan berentap di pentas final AJL36 adalah Haqiem Rusli (Mimpi), Aina Abdul (Sepi), Aina Abdul & Khai Bahar (Nafas Cinta), Ernie Zakri (Boneka), Naim Daniel (Purnama), SOG X Shila Amzah (Pelukan Angkasa), Bunga & Noraniza Idris (Intan Payung), Yonnyboi (Salahku), Shiha Zikir & Noki (AEWO), Hael Husaini, Naim Daniel, Haqiem Rusli (Lara), Siti Nordiana (Angkara), Marsha Milan (Cinta)
Senarai Lagu Dan Finalis AJL 36 | Anugerah Juara Lagu
Berikut adalah senarai dua belas buah lagu terbaik finalis AJL36 dan penyanyi atau kumpulan yang akan berentap di pentas akhir Anugerah Juara Lagu
- Haqiem Rusli : Mimpi
- Aina Abdul : Sepi
- Aina Abdul & Khai Bahar : Nafas Cinta
- Ernie Zakri : Boneka
- Naim Daniel : Purnama
- SOG X Shila Amzah : Pelukan Angkasa
- Bunga & Noraniza Idris : Intan Payung
- Yonnyboi : Salahku
- Shiha Zikir & Noki : AEWO
- Hael Husaini, Naim Daniel, Haqiem Rusli : Lara
- Siti Nordiana : Angkara
- Marsha Milan : Cinta
Siaran Langsung Final AJL36 Konsert Akhir Anugerah Juara Lagu
Malam kemuncak AJL 36 (Anugerah Juara Lagu) akan dipancarkan secara langsung menerusi TV3 selain turut boleh di tonton di seluruh dunia melalui laman web rasmi global live streaming Anugerah Juara Lagu iaitu (tonton.com.my) bermula jam 9:00 malam
Keputusan Pemenang AJL 36
Juara AJL 36
- Sekumpulan Orang Gila (SOG) & Shila Amzah (Pelukan Angkasa)
- Trofi serta RM100,000
Naib Juara
- Marsha Milan (Cinta)
- Trofi serta RM50,000
Tempat Ketiga
- Haqiem Rusli (Mimpi)
- Trofi serta RM30,000
Vokal Terbaik
- Aina Abdul (Sepi)
- Trofi serta RM12,000
Persembahan Terbaik
- Marsha Milan (Cinta)
- Trofi serta RM18,000
Penyanyi Pilihan Popular
- Aina Abdul & Khai Bahar
- Trofi serta RM5,000