Program realiti nyanyian Gegar Vaganza (GV) musim kesembilan (9) pada tahun 2022 menyaksikan seramai 13 penyanyi senior akan berentap bagi merebut hadiah lumayan pertandingan dengan mengekalkan penyertaan penyanyi berkumpulan
Gegar Vaganza 2022 tajaan Farm Fresh manakala Cuckoo, Digi serta Adabi sebagai penaja bersama masih menggunakan format seperti sebelumnya selain masih menggunakan khidmat juri profesional untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan tema mingguan yang telah ditugaskan kepada peserta
Keunikan bagi musim kesembilan ini, Gegar Vaganza disertai peserta yang mempunyai vokal yang hebat serta pernah menjadi juara dalam pertandingan nyanyian yang lain.
Dato’ Ramli MS merupakan ketua juri tetap disamping Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Keos Endang. Manakala setiap minggu akan menampilkan seorang juri jemputan yang diundang khas
Live Streaming Konsert Gegar Vaganza 2022 GV musim 9
Gegar Vaganza 9 (GV9) akan menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara dengan rancangan bakal bersiaran secara langsung selama 11 minggu di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
Kesemua peserta akan dinilai sepenuhnya melalui sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri dengan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan
Justeru, peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan tersingkir dari persaingan bagi minggu berikutnya
Senarai 13 Peserta Gegar Vaganza 2022
Penyanyi Lelaki
- Fuad Rahman
- Roy Kapilla (Kapilla)
- Tomok (New Boyz)
- Asheed (Def Gab C)
- Hazrul Nizam
- Bob Yusof
Penyanyi Wanita
- Pat (Candy)
- Dina Nadzir
- Shila Amzah
- Jaclyn Victor
- Haida
- Tom (MyStarz LG)
Penyanyi Berkumpulan & Duo
- VE
Jadual Siaran Langsung – Live Streaming Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9)
Konsert Gegar Vaganza musim kelapan (GV9) akan bersiaran selama sepuluh minggu bermula 18 September 2022, setiap hari Ahad secara langsung dari Dewan majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bermula dari jam 9:00 malam
Gegar Vaganza 2022 turut disiarkan secara siaran langsung menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) bermula jam 9:00 malam
Siaran Langsung GV9 akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Siaran Langsung/ Live Streaming GV9 Minggu 11 (Akhir)
Akan dikemaskini pada hari Ahad setiap minggu
Senarai Kedudukan Pemenang Dan Hadiah Serta Juara Gegar Vaganza 2022
Kedudukan | Pemenang | Markah | Hadiah |
1. Juara | Jacyln Victor | 85.86% | RM100,000 |
2. Naib Juara | Bob Yusof | 76.28% | RM50,000 |
3. Ketiga | Shila Amzah | 76.02% | RM30,000 |
4. Keempat | Tomok | 75.83% | RM20,000 |
5. Kelima | Kumpulan VE | 72.39% | RM15,000 |
6. Keenam | Hazrul Nizam | 69.75% | RM10,000 |
Selain hadiah wang tunai, kesemua finalis turut menerima sebuah trofi serta hadiah sampingan lain daripada penaja
Senarai Juara Gegar Vaganza Astro Ria
- Gegar Vaganza 8 (GV8) : Aliff Aziz
- Gegar Vaganza 7 (GV7) : Cliff Umar
- Gegar Vaganza 6 (GV6) : Naqiu (Boboy) & Hady Mirza
- Gegar Vaganza 5 (GV5) : Noryn Aziz
- Gegar Vaganza 4 (GV4) : Aishah
- Gegar Vaganza 3 (GV3) : Azharina
- Gegar Vaganza 2 (GV2) : Siti Nordiana
- Gegar Vaganza 1 (GV1) : Ayai (Ilusi)