Keputusan Juara AJL 37 Anugerah Juara Lagu Konsert Akhir

Hiburan

Hiburan

Anugerah Juara Lagu ke 37 (AJL 37) kini menyaksikan dua belas finalis berentap di pentas konsert akhir bagi merebut gelaran juara lagu kali ke-37

Konsert final AJL37 akan berlangsung pada 12 Februari 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula pukul 9.00 malam. AJL 37 dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Jihan Muse serta dipancarkan secara langsung menerusi TV3

Penonton boleh strim secara langsung dalam definisi tinggi (HD) di laman Tonton dan Youtube rasmi TV3 Malaysia pada pukul 8.30 malam. AJL37 akan memulakan kehangatannya dengan segmen Karpet Merah di laman-laman strim tersebut serta di saluran TV9 pada jam 8.30 malam hingga 9.00 malam

Senarai Pemenang Dan Keputusan Juara AJL 37 Anugerah Juara Lagu Konsert Akhir

Anugerah Juara Lagu menjadi perhatian ramai peminat hiburan tanah air berikutan anugerah ini bakal menobatkan karya muzik terbaik sebagai Juara Lagu selain persembahan mantap daripada para finalis AJL37

Dalam memilih lagu terbaik, jemaah juri profesional yang berpengalaman luas dalam dunia muzik telah dilantik untuk melaksanakan penilaian berasaskan kualiti lagu yang mana ia merangkumi aspek melodi dan penulisan lirik. Di antara juri profesional yang dilantik adalah Dato Mokhzani Ismail selaku Ketua Juri.

Undian untuk Persembahan Terbaik yang dibawakan oleh Alha Alfa boleh dibuat di laman web rasmi www.tonton.com.my, dibuka dari jam 9 malam (hari pertandingan) sehinggalah persembahan finalis yang terakhir. Hanya 1 kali undian dibenarkan bagi setiap peranti.

12 Lagu Berjaya Ke Peringkat Akhir AJL 37

  1. Alif Satar & The Locos : Anugerah Terindah
  2. Dayang Nurfaizah & Amir Masdi : Debu
  3. Ernie Zakri : Korban
  4. Shila Amzah & Liza Hanim : Bahagiakan Dia
  5. Joe Flizzow & Sonaone : Satu Malam Di Temasik
  6. Marsha Milan : Kembali Terang
  7. Aina Abdul : Terus Hidup
  8. Iman Troye : Nang
  9. Noki & MK : Payung Pelangi
  10. Khai Bahar : Sengsara
  11. Shiha Zikir : Irama
  12. Naim Daniel : Mainan

Berikut adalah paparan keputusan senarai pemenang beserta hadiah yang dimenangi untuk pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-37

Juara AJL 37

  • Aina Abdul : Terus Hidup
    Komposer: Aina Abdul
    Penulis lirik: Aina Abdul
  • Trofi serta RM100,000

Naib Juara

  • Joe Flizzow & Sonaone : Satu Malam Di Temasik
    Komposer: Sonaone
    Penulis lirik: Joe Flizzow & Sonaone
  • Trofi serta RM50,000

Tempat Ketiga

  • Alif Satar & The Locos : Anugerah Terindah
    Komposer: Alif Satar, Romeo, Tam Cobain & Efry Arwis
    Penulis lirik: Alif Satar, Shah Shamshiri & Romeo
  • Trofi serta RM30,000

Vokal Terbaik

  • Aina Abdul : Terus Hidup
  • Trofi serta RM12,000

Persembahan Terbaik

  • Shiha Zikir : Irama
  • Trofi serta RM12,000

Penyanyi Pilihan Alha Alfa

  • Khai Bahar
  • Trofi serta RM12,000

Terima kasih atas persembahan mantap dari para peserta dan tahniah kepada semua pemenang AJL 37 Anugerah Juara Lagu tahun 2023

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan