Calon-calon pelajar yang telah membuat application ke Tingkatan 1 dan 4 Maktab Rendah Sains MARA bagi intake tahun 2021, berikut adalah maklumat berkaitan semakan status keputusan dan tawaran
Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM merupakan sekolah berasrama penuh yang ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hampir di setiap negeri di Malaysia
Maktab Rendah Sains MARA telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan
Senarai Sub-Topik
Semakan Keputusan Dan Tawaran MRSM Tingkatan 1 Dan 4 Tahun 2021 Secara Online Dan SMS
INFO TERKINI: Tarikh Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) serta ujian khas Ulul Albab bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4 tahun 2021 adalah seperti infografik di bawah.
Berikut adalah ruangan kemaskini maklumat terkini berhubung dengan tarikh keputusan dan tawaran MRSM Tingkatan 1 dan 4 tahun 2021 serta info-info yang berkaitan
Tarikh Semakan Tawaran Dan Rayuan Tingkatan 1
Berikut adalah tarikh rasmi semakan tawaran serta rayuan bagi kemasukan Tingkatan 1 ke MRSM:
- Dibuka : –
- Ditutup : –
Cara Semak Tawaran Tingkatan 1 MRSM
Untuk membuat semakan dan e-Rayuan, sila layari pautan yang disediakan di bawah:
- Sistem Aplikasi : Semakan Tawaran Dan Rayuan MRSM 2021 Tingkatan 1
Semakan SMS : Taipkan: MARA (jarak) MRSM (jarak) ANGKA GILIRAN hantar SMS ke 15888
Nota: Pelajar yang berjaya akan menerima makluman melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS)- Surat tawaran rasmi boleh dicetak dengan melayari judul pautan sistem aplikasi semakan tawaran di atas
- Sila sahkan penerimaan / penolakan dalam tempoh ditetapkan. Calon-calon yang tidak mengesahkan penerimaan dianggap menolak tawaran ini iaitu sebelum tarikh yang akan dikemaskini
- Calon yang tidak membuat pengesahan dalam tempoh yang ditetapkan dianggap MENOLAK TAWARAN MRSM
*Calon tidak berjaya boleh buat rayuan online. Hanya rayuan online sahaja yang akan dipertimbangkan untuk pengambilan seterusnya jika ada kekosongan.
Tarikh pendaftaran pelajar adalah pada tarikh yang akan dikemaskini. Sebarang maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) www.mara.gov.my
Semakan Tawaran Menduduki Ujian Kecenderungan MRSM (UKKM) Tingkatan 1 2021
Semakan panggilan untuk menduduki Ujian Kecenderungan Memasuki MRSM (UKKM) serta Ujian Khas ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ulul Albab bagi Tingkatan 1 boleh dibuat pada tarikh dinyatakan di bawah. Maklumat berkaitan adalah seperti berikut:
Tarikh Semakan Panggilan UKKM MRSM Tingkatan 1
Berikut adalah tarikh semakan panggilan untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi tingkatan 1:
- Buka : 16 September 2020
- Tutup : –
Cara Semak Panggilan Menduduki UKKM Tingkatan 1
Semakan boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut:
Tarikh Semakan Panggilan Ujian Khas MRSM Ulul Albab Tingkatan 1
Tarikh semakan panggilan untuk menduduki Ujian Khas MRSM Ulul Albab untuk tingkatan 1 adalah seperti di bawah:
- Buka : 16 September 2020
- Tutup : –
- Aplikasi Semakan: Sistem Aplikasi Semakan Panggilan Ujian Khas MRSM 2021 Tingkatan 1
Tarikh Semakan Tawaran & Rayuan Tingkatan 4
Berikut disediakan tarikh rasmi semakan tawaran serta rayuan kemasukan Tingkatan 4 ke MRSM:
- Dibuka : –
- Ditutup : –
Cara Semak Tawaran MRSM Tingkatan 4
Bagi melakukan semakan dan e-Rayuan, sila layari pautan yang disediakan di bawah:
- Sistem Aplikasi : Semakan Tawaran Dan Rayuan MRSM 2021 Tingkatan 4
Semakan SMS : Taipkan: MARA (jarak) MRSM (jarak) ANGKA GILIRAN hantar SMS ke 15888
Nota: Pelajar yang berjaya akan menerima makluman melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS)- Surat tawaran rasmi boleh dicetak dengan melayari judul pautan sistem aplikasi semakan tawaran di atas
- Bagi calon yang tidak berjaya dan ingin membuat rayuan juga boleh melakukannya di sistem aplikasi yang sama
- Sila sahkan penerimaan / penolakan dalam tempoh tujuh (7) hari. Calon-calon yang tidak mengesahkan penerimaan dianggap menolak tawaran ini
- Tarikh pendaftaran pelajar adalah pada tarikh yang akan dikemaskini
Semakan Tawaran Menduduki Ujian Kecenderungan MRSM (UKKM) Tingkatan 4 Tahun 2021
Semakan panggilan untuk menduduki Ujian Kecenderungan Memasuki Maktab Rendah Sains MARA (UKKM) bagi Tingkatan 4 telah dibuka. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan:
Tarikh Semakan Panggilan UKKM MRSM Tingkatan 4
Berikut merupakan tarikh semakan panggilan bagi menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) untuk tingkatan 1:
- Buka : 16 September 2020
- Tutup : –
Cara Semak Panggilan Menduduki UKKM Tingkatan 4
Berikut adalah pautan bagi membuat semakan:
Maklumat Lanjut Tarikh Kemasukan, Rayuan & Semakan Keputusan Rayuan MRSM 2021
Berikut adalah tarikh kemasukan iaitu pendaftaran dan persekolahan pelajar MRSM bagi tahun 2021:
Rayuan MRSM MARA 2021 Tingkatan 1 dan 4
Bagi calon yang tidak berjaya dan ingin membuat rayuan juga boleh melakukannya melalui aplikasi semakan yang sama
Sekiranya tiada butang pautan rayuan selepas membuat semakan status keputusan, pelajar boleh berusaha dan cuba menulis surat rasmi (rayuan bertulis) kepada pihak Bahagian Pendidikan Menengah MARA. Boleh rujuk panduan:
Keputusan rayuan masih tertakluk kepada merit yang dicapai oleh pelajar dan kekosongan tempat yang ada selepas proses pendaftaran pelajar baharu nanti. Untuk maklumat lanjut adalah sewajarnya dengan menghubungi pihak Bahagian Pendidikan Menengah MARA
Semakan Keputusan Rayuan MRSM MARA 2021 Tingkatan 1 dan 4
Keputusan Rayuan KEDUA Ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2021 boleh disemak bermula – Januari/ Februari 2021 (akan dikemaskini_
Pelajar yang berjaya akan menerima makluman. Surat tawaran rasmi boleh dicetak dengan melayari pautan semakan yang sama. Sila sahkan penerimaan/penolakan selewat-lewatnya pada tarikh yang telah ditetapkan. Calon-calon yang tidak mengesahkan penerimaan dianggap menolak tawaran ini.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) www.mara.gov.my atau rujuk:
- Program Sistem Pendidikan MRSM
- Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA)
- Direktori Pusat MARA
- Bahagian Pendidikan Menengah MARA : 03-2613 4531 / 03-2613 4532 / 03-2613 4533 / 03-2613 4516 / 03-2613 4517
- MARA Call Centre : 03-26132000