Live Streaming AME 2021-2022 Anugerah Meletop ERA

Hiburan

Hiburan

Anugerah MeleTOP Era bagi tahun 2021 (AME 2021) berlangsung pada Ahad malam 29 Mei 2022 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dimana menyaksikan keseluruhan pencalonan Top 5 daripada 16 kategori dipertandingkan

Anugerah MeleTOP Era adalah sebuah acara penganugerahan dianjurkan oleh pihak Astro dan Era FM sebagai pengiktirafan kepada penggiat seni hiburan tanah air yang merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital

AME 2021 masih mengekalkan format asal iaitu memberi kuasa memilih sepenuhnya pemenang setiap kategori yang dipertandingkan kepada para peminat untuk mengundi sendiri calon-calon kegemaran mereka

Siaran Langsung (Live Streaming) Anugerah Meletop Era AME 2021

Anugerah Meletop Era edisi ke 8 untuk tahun 2021 bertemakan “Yang Fresh, Yang Legend” dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad sementara pemenang untuk setiap kategori yang dipertandingkan akan diumumkan sewaktu siaran langsung malam kemuncak AME 2021

Anugerah Meletop bersiaran secara siaran langsung menerusi saluran Astro Ria (104), Astro Go, On Demand dan Sooka, bermula jam 9 malam. Istimewa untuk pelanggan Astro yang memiliki dekoder ‘Ultra Box’, AME 2021 turut didatangkan dengan format kualiti 4K UHD menerusi saluran khas 780.

Pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan akan menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM5,000 beserta trofi manakala pemenang undian paling tertinggi iaitu Anugerah Utama Top Top Meletop Lelaki dan Wanita akan memenangi hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi.

Berikut adalah ringkasan butiran info berkaitan dengan siaran Anugerah MeleTOP Era (AME 2021)

  • Tarikh Dan Waktu Siaran AME 2021 : 29 Mei 2022 (Ahad) bermula jam 9 malam hingga 12 tengah malam
  • Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
  • Tema : Yang Fresh. Yang Legend
  • Pengacara : Jihan Muse, Nabil Ahmad dan Sherry Al Hadad
  • Saluran : Astro Ria HD (104) / Astro Ria (123)

Klik pautan di bawah untuk tontonan livestreaming Anugerah Meletop Era 2021

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan