Tarikh bayaran jumlah bonus duit raya 2018 kakitangan awam Selangor

18:58 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 17 Oktober 2018 jam 06:53 PM

Bonus Duit Raya Aidilfitri Selangor Terkini

Semua 17,109 anggota perkhidmatan awam atau kakitangan awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor orang mendapat perkhabaran gembira iaitu menerima bonus duit raya Aidilfitri 2018 (bantuan khas kewangan) sebanyak satu bulan gaji

Jumlah bantuan khas kewangan sempena hari raya Aidilfitri pada tahun ini (2018) lebih rendah berbanding pada Aidilfitri tahun lepas (dua bulan gaji)

Turut menerima bantuan khas adalah seramai 755 kakitangan di tujuh jabatan Persekutuan di Negeri Selangor yang bakal menerima sebanyak RM1,000

TARIKH PEMBAYARAN DAN JUMLAH BONUS DUIT RAYA 2018 KAKITANGAN AWAM NEGERI SELANGOR

Tarikh pembayaran bonus raya Aidilfitri 2018 atau bantuan khas kewangan kepada kakitangan negeri Selangor akan dibuat mulai 25 Jun 2018 (Isnin)

BayaranJumlahTarikh
Bantuan Khas kewangan Sempena Aidilfitri 2018RM MYR Ringgit Malaysia1 Bulan Gaji25 Jun 2018

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan bahawa pemberian bantuan khas kewangan ini dibayar selepas Hari Raya kerana tidak mahu penjawat awam berbelanja berlebihan dalam menyambut Aidilfitri

Ianya juga kerana, kerajaan negeri telah mengeluarkan pekeliling melaksanakan pembayaran gaji bulan Jun lebih awal iaitu pada Rabu ini (6 Jun 2018)

Sebanyak 10 peratus daripada bantuan khas kewangan yang dinikmati penjawat awam gred 44 dan ke atas akan disumbangkan kepada Tabung Harapan Malaysia (THM)

Beliau juga mengharapkan pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam negeri dalam merancang persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka akan disambut pada 15 Jun ini