Senarai Pangkat Polis Diraja Malaysia (PDRM)

pangkat pdrm

pangkat polis

Ini adalah senarai pangkat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang perlu diketahui. Umum sedia maklum bahawa Polis DiRaja Malaysia merupakan sebuah pasukan beruniform di Malaysia selain daripada Bomba, Tentera Laut, Tentera Darat, Tentera Udara, Kastam dan sebagainya. Bagi setiap pasukan beruniform pasti mempunyai pangkat-pangkat yang tertentu dengan tugasan-tugasan yang tertentu. Untuk menjadi salah seorang anggota polis, hendaklah seseorang itu mengetahui pangkat Polis DiRaja Malaysia yang ada.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi Polis, permohonan jawatan kosong Polis DiRaja Malaysia (PDRM) adalah secara online atau atas talian. Laman web rasmi permohonan adalah menerusi portal e pengambilan yang boleh diakses sepanjang masa. Namun begitu, permohonan jawatan adalah tergantung kepada kekosongan dan hanya akan dibuka permohonannya pada tarikh tertentu sahaja atau sepanjang iklan permohonan itu dibuka.

Seperti sedia maklum, tugas polis secara umumnya adalah menjaga keamanan masyarakat dan negara. Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak mengetahui tugas-tugas khas bagi seorang pegawai polis. Ianya akan diterangkan lebih lanjut di bawah dan semestinya perlu diketahui bagi mereka-mereka yang berminat ingin menyertai anggota pasukan beruniform ini.

Senarai pangkat polis PDRM atau Polis DiRaja Malaysia akan dikongsikan di bawah ini yang bermula daripada Pemerintah Tertinggi, Pegawai Kanan sehinggalah kepada Pegawai Rendah. Ianya terdiri daripada 16 peringkat pangkat yang dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kumpulan pegawai kanan polis dan kumpulan pegawai rendah yang akan dijelaskan lebih lanjut.

Struktur Pangkat Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Berikut adalah senarai pangkat polis diraja malaysia pdrm serta maklumat lain yang berkaitan:

Polis diraja malaysia mempunyai 17 peringkat pangkat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dibahagikan kepada 2 kategori iaitu:

  1. Kumpulan Pegawai Kanan Polis 
    Bermula dari pangkat Inspektor sehingga Inspektor Jeneral Polis
  2. Kumpulan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel 
    Bermula Konstabel hingga Sub Inspektor

Sebagai rujukan, dikongsikan senarai istilah pangkat pangkat yang terdapat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti berikut:

1. Pemerintah Tertinggi PDRM

i. Ketua Polis Negara (IGP) : Inspector General of Police
ii. Timbalan Ketua Polis Negara (DIGP) : Deputy Inspector General of Police

2. Pegawai – Pegawai Kanan Polis

i. Pesuruhjaya Polis (CP) : Commissioner of Police
ii. Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) : Deputi Commissioner of Police
iii. Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SACP) : Senior Asisten Komisioner Polis SAC
iv. Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) : Assistant Commissioner of Police
v. Penguasa Polis (SP) : Superintendant of Police
vi. Timbalan Penguasa Polis (DSP) : Deputy Superintendant of Police
vii. Penolong Penguasa Polis (ASP) : Assistant Superintendant of Police
viii. Inspektor Polis (INSP) : Inspector of Police
ix. Inspektor Percubaan Polis (P/INSP) : Probationary Inspector of Police

3. Pegawai Rendah Polis

i. Sub Inspektor Polis (S/INSP) : Sub Inspector of Police
ii. Sarjan Mejar (SJN/M) : Police Sergeant Major
iii. Sarjan (SJN) : Police Sergeant
iv. Koperal (KPL) : Police Corporal
v. Lans Koperal (L/KPL) : Police Lance Corporal
vi. Konstabel (KONST) : Police Constable

Sebagai pencerahan, dikongsikan grafik senarai pangkat di bawah untuk rujukan:

Kakitangan Awam

Tugas / Skop Kerja Polis

Berdasarkan Portal Rasmi Polis DiRaja Malaysia, Seksyen 20 Akta Polis telah menyenaraikan tugas-tugas anggota polis seperti di bawah:

  1. Menangkap semua orang yang dia diberi kuasa oleh undang-undang untuk ditangkap (sah oleh undang undang untuk ditangkap);
  2. Memproses risikan keselamatan;
  3. Menjalankan pendakwaan;
  4. Memberi bantuan dalam melaksanakan mana-mana undang-undang berhubungan dengan hasil, eksesais, kebersihan, kuarantin, imigresen dan pendaftaran;
  5. Memberi bantuan dalam mengekalkan ketenteraman di pelabuhan dan lapangan terbang Malaysia, dan dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan kelautan dan pelabuhan;
  6. Melaksanakan saman, sapina, waran, perintah memenjara dan proses-proses lain yang dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana pihak berkuasa yang kompeten
  7. Mempamerkan maklumat;
  8. Melindungi harta yang tidak dituntut/hilang dan mencari pemunyanya;
  9. Menyita binatang-binatang yang berkeliaran dan menempatkannya dalam kandang awam;
  10. Memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta;
  11. Melindungi harta awam daripada hilang atau rosak;
  12. Menghadiri mahkamah jenayah dan jika diperintah dengan khas, mahkamah sivil, dan
  13. Menjaga ketenteraman didalamnya dan
  14. Mengiring dan menjaga banduan-banduan dan orang-orang lain yang ada dalam jagaan polis

Seksyen 21 Akta Polis pula adalah tugas mengatur, mengawal dan menjaga lalulintas di jalan awam.

Jabatan Utama Dalam Polis DiRaja Malaysia

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) terbahagi kepada 10 jabatan utama yang terdiri daripada berikut:

1. Jabatan Pengurusan,
2. Jabatan Siasatan Jenayah,
3. Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,
4. Jabatan Sumber Logistik dan Teknologi,
5. Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDN/KA),
6. Cawangan Khas,
7. Jabatan Siasatan Jenayah Komersil,
8. Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard
9. Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti
10. Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik

Jabatan yang dinyatakan ini diketuai oleh Pengarah-pengarah yang berpangkat Komisioner Polis

Maklumat Lanjut

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut. Sila rujuk di butiran di bawah:

Telefon : 03 – 2266 2222
Faks : 03 – 2070 7500
Alamat : Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, 50560 Kuala Lumpur

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan