Tarikh bayaran bonus kakitangan awam Selangor Bajet 2023

Kakitangan Awam

Kakitangan Awam

Semua anggota perkhidmatan awam atau kakitangan awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor mendapat perkhabaran gembira iaitu menerima bonus atau bantuan khas kewangan (BKK) sebanyak sebulan gaji bagi BKK kali pertama dan minimum RM 500 sehingga dua bulan gaji berdasarkan prestasi Jabatan dan Individu bagi BKK kali kedua bagi tahun 2021.

Perkara ini akan diumumkan oleh Menteri Besar, YAB Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan 2023 (Bajet 2023) Negeri Selangor yang dibentangkan pada hari Jumaat, 25 November 2022

Mengenai bayaran khas atau bonus raya Aidilfitri 2022, Menteri Besar telah mengumumkan pada 7 April 2022 bahawa bantuan khas kewangan adalah sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1000

Bantuan khas kewangan (Aidilfitri 2022) tersebut akan diberikan kepada keseluruhan penjawat awam pada 27 April 2022. Bantuan khas turut diberikan kepada pemimpin masyarakat iaitu Pengerusi MPKK, Pegawai Perhubungan Kampung Baru/ Bagan/ Tersusun, Ketua Komuniti India dan Penyelia Wanita Berdaya (PWB), Penggerak Belia Selangor (PeBs), Setiausaha MPKK dan petugas masjid (Nazir, Imam, Siak dan Bilal)

Tarikh Pembayaran Bonus Penjawat Awam Negeri Selangor Bajet 2023

Bagi Bantuan Khas Kewangan (BKK), tarikh pembayaran bonus tersebut adalah seperti ketetapan berikut:

BayaranJumlahTarikh
Bantuan Khas Kewangan (BKK)
Bantuan Khas Kewangan Bajet 2023 – Penjawat Awam Negeri
Dua bulan setengah gaji atau minimum RM 1,000BKK 1 (1 Bulan) :  Telah dilaksana melalui insentif khas Rahmah Ramadan
BKK 2 (1 Bulan) : 29 Disember 2022
BKK 3 (1/2 Bulan) : Februari 2023
Bantuan Khas Aidilfitri (2022)
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 – Penjawat Awam NegeriSatu bulan gaji atau minimum RM 1,00027 April 2022

Kerajaaan Negeri Selangor juga telah mengumumkan keputusan memuktamadkan jumlah bantuan khas kewangan bagi tahun ini adalah sebanyak dua bulan setengah gaji atau minima RM1,000 secara keseluruhannya.

Tahun lalu pemberian bantuan khas telah memberi manfaat kepada kira-kira 17,000 penjawat awam melibatkan peruntukkan kewangan sebanyak RM34.53 juta dan telah dibayar pada 29 Disember 2020

BayaranJumlahTarikh
Bantuan Khas kewangan Belanjawan 2022 Negeri Selangor
Setengah bulan gaji atau minimum RM 1,00029 Disember 2021

Berikut adalah teks ucapan Belanjawan Negeri Selangor 2023 berkaitan Bantuan Khas Penjawat Awam Negeri Selangor :-

Untuk menterjemahkan tema Selangor Negeri Tahan Uji maka strategi Belanjawan Negeri Selangor tahun 2022 adalah seperti berikut:

  1. Memacu pertumbuhan ekonomi berimpak tinggi dan meningkatkan kecekapan penyampaian
  2. Membangun masyarakat penyayang dan kesejahteraan sosial
  3. Mengukuhkan Agenda Kesihatan Awan Selangor
  4. Mewujudkan persekitaran hijau dan pembangunan lestari
  5. Mengoptimumkan teknologi pintar dan digitalisasi
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan