TTA PLUS 2019 jadual waktu perjalanan cuti hari raya Aidilfitri

08:02 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 31 Mei 2019 jam 07:47 PM

Balik Pulang Raya Aidilfitri Lebuhraya PLUS

Pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dinasihatkan merancang perjalanan mereka dengan mengikut jadual Cadangan Waktu Perjalanan atau Travel Time Advisory (TTA) yang dikeluarkan oleh pihak pengendali lebuh raya PLUS bagi mengelak dari terperangkap dalam kesesakan teruk

TTA terbukti berkesan apabila membantu pengguna menikmati perjalanan selesa dan lancar untuk pulang ke kampung dan kembali semula ke ibu kota serta mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza-plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak

JADUAL WAKTU PERJALANAN CUTI HARI RAYA AIDILFITRI PLUS (TTA) 2019

Apabila setiap pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mematuhi jadual perjalanan ini, ia sekali gus dapat mengelakkan kenderaan yang menuju pelbagai destinasi di utara dan selatan daripada bertembung di satu-satu lokasi di lebuh raya pada masa yang sama

TTA juga memainkan peranan yang penting dalam membantu mengagihkan trafik di lebuh raya kerana lonjakan jumlah kenderaan di lokasi dan pada masa yang sama sering menyumbang kepada kesesakan lalulintas pada musim perayaan dan waktu-waktu puncak

Tips Keselamatan Pengguna Lebuh Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri 2019
BetulRancang perjalanan berdasarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA)
BetulPeriksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan
BetulJangan berhenti di lorong kecemasan kecuali berlaku kecemasan
BetulBerhenti rehat di R&R atau Hentian Sebelah sekiranya anda berasa mengantuk
BetulPastikan kad PLUSMiles atau Touch ‘n Go anda mempunyai baki yang mencukupi untuk perjalanan anda
BetulLorong Tambah Nilai akan ditutup dari 30 Mei hingga 11 Jun 2019 untuk melancarkan perjalanan di Lebuhraya
BetulJangan memandu di lorong kecemasan kecuali diarahkan oleh polis atau pihak yang terbabit
BetulJangan mengekori kenderaan di hadapan dengan terlalu rapat
BetulPakai tali keledar
BetulPatuhi had laju yang ditetapkan
BetulHormati had anda dan had kemampuan kenderaan anda
BetulPandu dengan berhemah pada setiap masa

JADUAL CADANGAN WAKTU PERJALANAN (TTA) PLUS

Berikut adalah lampiran jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dari 30 Mei hingga 10 Jun 2019 yang dikeluarkan oleh PLUS bersempena dengan cuti musim perayaan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2019

TTA PLUS Aidilfitri 2019

Penerangan Berdasarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) PLUS
Nombor 1Dari Lembah Kelang Ke Negeri Lain
Pengguna dari Lembah Klang (Kuala Lumpur) ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (utara) dan Johor disaran memasuki Lebuh Raya sebelum jam 10 pagi manakala lain-lain negeri yang tidak dinyatakan selepas 10 pagi
Nombor 2Dari Negeri Lain Ke Lembah Kelang
Pengguna dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (utara) dan Johor balik ke Lembah Kelang disaran memasuki Lebuh Raya sebelum jam 10 pagi manakala lain-lain negeri yang tidak dinyatakan balik ke Lembah Kelang disaran memasuki Lebuhraya selepas 10 pagi
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!