Tarikh bayaran khas bonus kakitangan awam dan pesara 2021

Tarikh bayaran bonus Penjawat Awam

Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang tinggal beberapa hari saja lagi, penjawat awam pastinya tertanya-tanya mengenai bonus raya atau pemberian bantuan khas sempena perayaan Aidilfitri yang lazimnya diberikan kerajaan persekutuan saban tahun. Pengumuman ini biasanya akan dibuat ketika pembentangan bajet belanjawan tahunan negara ataupun pengumuman khas sebelum hari raya tiba

Pada tahun 2019, Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan khas perayaan pada Mei 2019 yang melibatkan pembayaran berjumlah RM450 bagi penjawat awam Gred 56 ke bawah manakala RM225 diberikan kepada pesara kerajaan. Secara keseluruhan bantuan ini memperuntukkan sebanyak RM855 juta untuk diberikan kakitangan awam yang layak di seluruh Malaysia

Kerajaan baharu, Pakatan Harapan juga tidak melupakan pegawai perkhidmatan awam serta pesara kerajaan pada pembentangan Bajet 2020 (Belanjawan Malaysia) pada 11 Oktober 2019 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Bagi menghargai sumbangan kakitangan awam yang menjalankan tugas dengan amanah dan dedikasi, kerajaan memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah. Manakala pesara kerajaan dan veteren tidak berpencen turut menerima bantuan khas sebanyak RM250

Pembayaran bonus menerusi pengumuman ketika belanjawan 2020 ini juga merupakan kali kedua di mana bonus dibayar dalam tahun yang sama iaitu pada sekitar bulan Disember 2019. Walau bagaimanapun, pembentangan belanjawan tersebut tidak menyatakan sebarang bantuan khas Aidilfitri untuk diberikan kepada penjawat awam bagi tahun 2020. Terkini, semasa pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PREPR), perdana menteri mengumumkan bayaran khas bantuan tunai kepada penjawat awam dan pesara

TARIKH PEMBAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM DAN PESARA KERAJAAN 2020

Pemberian bayaran khas itu juga dianggap sebagai ‘bonus’, memandangkan ia sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan stress (tekanan) dengan peningkatan perbelanjaan isi rumah saban tahun. Berikut adalah perincian lanjut mengenai bantuan khas untuk penjawat awam termasuklah bonus raya Aidilfitri

 TARIKH DAN JUMLAH BONUS RAYA KAKITANGAN AWAM DAN PESARA KERAJAAN  2020

Ringgit Malaysia 500

Penjawat Awam
Bantuan Khas Aidilfitri 2020
20 Mei 2020

Ringgit Malaysia 250

Pesara Kerajaan
Bantuan Khas Aidilfitri 2020
20 Mei 2020
nota:
Status bayaran bantuan khas atau bonus raya 2020 adalah rasmi mengikut pekeliling perkhidmatan bilangan 3 tahun 2020 seperti pautan di bawah
lampiran pdf sila klik Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2020 Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020
 
BONUS RAYA AIDILFITRI PENJAWAT AWAM DAN PESARA KERAJAAN 2020
1. Terkini Kerajaan telah memutuskan supaya Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 20 Mei 2020
PEGAWAI YANG LAYAK TERIMA BANTUAN KHAS AIDILFITRI TAHUN 2020
1. Pegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service
2. Pegawai yang bercuti bergaji penuh 
3. Pegawai yang bercuti separuh gaji
4. Pegawai yang bercuti tanpa gaji
5. Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan Khas Aidilfitri ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai
Selain itu, Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 turut dipanjangkan kepada 
1. Guru Interim;
2. Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
3. Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971
4. Pekerja Sambulan Harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.
PEGAWAI YANG TIDAK LAYAK
1. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangki, dipinjam/tukar sementara dan penempatan khas ke Gred  Jawatan Utama / Gred Khas; 
2. Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 20 Mei 2020; 
3. Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 20 Mei 2020; dan
4. Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 20 Mei 2020

 

BONUS RAYA AIDILFITRI PENJAWAT AWAM DAN PESARA KERAJAAN NEGERI
Beberapa buah negeri telah pun mengumumkan bantuan khas aidilfitri bagi kakitangan kerajaan negeri masing-masing. Berikut adalah jumlah bonus raya bagi setiap kerjaaan negeri serta tarikh pembayarannya bagi tahun 2020
No.NegeriJumlah Bantuan Tarikh Pembayaran
1Johor –
2Kedah RM50020 Mei 2020
3Kelantan
4Melaka
5Negeri Sembilan
6PahangRM500 (Gred Jusa dan ke bawah)19 Mei 2020
7Perak –
8Perlis –
9Pulau Pinang –
10Sabah
11Sarawak
12SelangorRM1,000 (Gred 56 dan ke bawah)9 Jun 2020
11Terengganu

 

terkiniBAYARAN KHAS BANTUAN TUNAI PENJAWAT AWAM DAN PESARA KERAJAAN 2020
1. Pada 27 Mac 2020 iaitu pada pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PREPR), Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin telah mengumumkan bayaran khas iaitu bantuan tunai sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah ternasuk perkerja secara kontrak
2. Bayaran khas bantuan tunai turut diberikan kepada pesara kerajaan sebanyak RM500
TARIKH DAN JUMLAH PEMBAYARAN KHAS KAKITANGAN AWAM DAN PESARA KERAJAAN PREPR

Ringgit Malaysia 500

Penjawat Awam
Bantuan Tunai PREPR
23 April 2020

Ringgit Malaysia 500

Pesara Kerajaan
Bantuan Tunai PREPR
23 April 2020
PEGAWAI YANG LAYAK TERIMA BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2020
1. Pegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service
2. Pegawai yang bercuti bergaji penuh 
3. Pegawai yang bercuti separuh gaji
4. Pegawai yang bercuti tanpa gaji
5. Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan Khas Kewangan ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai
Selain itu, Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 turut dipanjangkan kepada 
1. Guru Interim;
2. Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
3. Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971
PEGAWAI YANG TIDAK LAYAK
1. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangki, dipinjam/tukar sementara dan penempatan khas ke Gred  Jawatan Utama / Gred Khas; 
2. Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 23 April 2020; 
3. Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 23 April 2020; dan
4. Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 23 April 2020
nota:
Untuk maklumat lengkap mengenai bayaran khas ini, sila rujuk kepada pekeliling menerusi judul pautan di bawah 
lampiran pdf sila klik Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2020

 

BONUS KHAS PENJAWAT AWAM DAN PESARA KERAJAAN BAJET 2020
1. Pada 11 Oktober 2019 iaitu pada pembentangan Bajet 2020, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah dan RM250 kepada pesara kerajaan
2. Bantuan khas kewangan turut diberikan kepada veteran tidak berpencen sebanyak RM250
TARIKH DAN JUMLAH PEMBAYARAN KHAS KAKITANGAN AWAM DAN PESARA KERAJAAN BAJET 2020

Ringgit Malaysia 500

Penjawat Awam
Bayaran Khas Bajet 2020
18 Disember 2019

Ringgit Malaysia 250

Pesara Kerajaan
Bayaran Khas Bajet 2020
18 Disember 2019
nota:
Untuk maklumat lengkap mengenai bayaran khas ini, sila rujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan menerusi judul pautan di bawah 
lampiran pdf sila klik Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2019 Peraturan Bayaran Khas

Sementara, dalam pembentangan Bajet 2020, kerajaan turut mengumumkan beberapa inisiatif kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, seperti berikut

KANDUNGAN INTIPATI BAJET 2020 PENJAWAT AWAM
1. Dengan peruntukan tambahan sebanyak RM350 juta setahun, kerajaan akan menaikkan Kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) sebanyak RM50 sebulan untuk kumpulan pelaksana.
2. Kerajaan juga membenarkan penebusan awal Gantian Cuti Rehat (CGR) sebanyak 75 hari bagi ganjaran wang tunai. Namun ianya hanyalah bagi penjawat awam yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun
3. Kerajaan turut menawarkan Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok bernilai RM100 ribu secara percuma selama dua tahun kepada peminjam baharu kemudahan pinjaman perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
Selain itu, kerajaan ingin membantu meringankan beban waris penjawat awam yang telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan, justeru kerajaan memperkenalkan:-
4. Faedah Ex-Gratia Kematian yang akan diberikan kepada waris penjawat awam yang telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan bernilai sehingga RM150,000
5. Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) diawalkan sebelum Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) kepada penjawat awam yang telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan
6. Kerajaan akan menaikkan elaun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sebanyak RM2 sejam bermula 1 Januari 2020 dengan jumlah peruntukan tambahan berjumlah RM26 juta
7. Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dihargai oleh kerajaan dengan memberikan Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba berjumlah RM200 sebulan dengan peruntukan berjumlah RM35 juta bagi tahun 2020. Manfaat ini akan dinikmati oleh 14,400 anggota bomba
8. Turut dihargai, pengorbanan dan keperwiraan anggota tentera, terutamanya pemegang Pingat Jasa Malaysia. Justeru bayaran secara one-off berjumah RM500 akan diberikan kepada hampir 70 ribu pemegang Pingat Jasa Malaysia dengan peruntukan berjumlah RM35 juta
9. Selari dengan falsafah 3R (Repair, Replace, Restore), Kerajaan akan memberi peruntukkan kepada Bahagian Pengurusan Hartanah di bawah Jabatan Perdana Menteri berjumlah RM330 juta untuk membaikpulih dan menyelenggara kuarters penjawat awam. Sebagai tambahan untuk tujuan yang sama, RM150 juta bagi Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) serta RM250 juta bagi kuarters PDRM juga akan diperuntukkan
10. Kerajaan turut mengumumkan kabar gembira buat semua penjawat awam dengan memberikan Bantuan Khas Kewangan bagi kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM500. Bantuan Khas Kewangan turut disampaikan kepada pesara kerajaan serta veteran tidak berpencen berjumlah RM250. Kedua-dua bantuan tersebut akan dibayar sebelum hujung tahun 2019
KANDUNGAN INTIPATI BAJET 2019 PENJAWAT AWAM
1. Kerajaan sentiasa mengambil berat dan mengiktiraf peranan serta sumbangan 30,000 pegawai lantikan kontrak (contract of service) di dalam perkhidmatan awam yang tidak menikmati kemudahan yang sama seperti penjawat awam tetap. Justeru itu, Kerajaan memperuntukkan RM10 juta setahun untuk memanjangkan kemudahan perubatan kepada ibu bapa pegawai lantikan kontrak. Selain itu, kemudahan Cuti Kuarantin turut dipanjangkan kepada pegawai lantikan kontrak yang anaknya menghidap penyakit berjangkit bermula 12 November 2018
2. Kerajaan telah meluluskan kemudahan Cuti Tanpa Rekod kepada pegawai beragama Islam untuk menunaikan ibadah umrah sebanyak 7 hari sekali sepanjang tempoh perkhidmatan. Bagi menghargai 201,600 penjawat awam yang bukan beragama Islam, Kerajaan bersetuju memanjangkan kemudahan cuti tanpa rekod yang sama bagi tujuan keagamaan
3. Untuk menggalakkan pemilikan perlindungan insurans, perlepasan cukai bagi caruman KWSP dan premium insurans hayat atau takaful akan diasingkan. Perlepasan cukai pendapatan sehingga RM4,000 ke atas caruman kepada KWSP atau dana pencen yang diluluskan; dan pelepasan cukai pendapatan sehingga RM3,000 ke atas takaful atau bayaran premium insurans hayat. Bagi penjawat awam di bawah skim pencen, pelepasan cukai adalah sehingga RM7,000
4. Kerajaan akan terus membina dan menyiapkan rumah mampu milik dengan peruntukan hampir RM1.5 bilion untuk Program Perumahan Rakyat, Perumahan Penjawat Awam Malaysia, PR1MA dan Syarikat Perumahan Nasional Bhd demi memastikan bekalan rumah mencukupi
5. Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk membantu kakitangan sektor awam memiliki kediaman yang diimpikan, Kerajaan akan memanjangkan tempoh pembiayaan perumahan sektor awam di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di mana tempoh pembiayaan pertama daripada 30 tahun kepada 35 tahun; dan tempoh Pembiayaan Kedua daripada 25 tahun kepada 30 tahun
6. Untuk memastikan kesejahteraan penjawat awam terutamanya polis, tentera dan guru mendiami kuarters yang selesa, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM400 juta untuk penyelenggaraan dan membaik pulih kuarters Kerajaan yang dikenal pasti
7. Kerajaan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia atas sumbangan mereka dalam menjamin keselamatan serta keamanan negara. Sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi kesemua penjawat awam semasa melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka, Kerajaan mencadangkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 54 dan bawah. Bayaran khas sebanyak RM250 juga akan diberi kepada pesara kerajaan. Jumlah bayaran khas ini adalah sebanyak RM1 bilion. Berbanding dengan pentadbiran dahulu yang lazimnya menyalurkan bayaran khas pada tahun depan, Kerajaan Pakatan Harapan ini akan menyalurkan bayaran khas sebelum hujung tahun 2018 ini
BONUS RAYA AIDILFITRI PENJAWAT AWAM DAN PESARA KERAJAAN 2019
1. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berkata pihaknya telah pun berbincang dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) mengenai bonus raya untuk kakitangan kerajaan bagi tahun 2019
2. CUEPACS juga telah mengutus surat kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk memohon agar pemberian bantuan khas atau bonus raya diberikan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan
3. Permohonan tersebut dibuat dengan cadangan pemberian bantuan khas sebanyak RM1,000 kepada penjawat awam serta RM500 kepada pesara dengan jangkaan peruntukan sebanyak RM1 bilion
4. Jika pada tahun 2018, hanya penjawat awam Gred 41 ke bawah sahaja yang layak menerima bantuan, tahun ini cadangan diberikan untuk turut melibatkan pemberian bantuan kepada Gred 54 ke bawah
5. Walau bagaimanapun, pada 16 Mei 2019 Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan khas adalah sebanyak RM450 bagi penjawat awam Gred 56 dan ke bawah serta RM225 bagi pesara kerajaan yang melibatkan peruntukan sebanyak anggaran RM855 juta

 

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan